Wednesday, August 29, 2012

Keciwak!!!

Tak der kecewa dengan sesiapapun.
Dengan diri sendiri jer.
Sejak badan makin heavy ni pergerakan makin terbatas.
Kerja-kerja rumah pun terbengkalai.
Itu belum masuk projek jahit-menjahit...masak-memasak.
Eh, tension ok!

Semalam balik kerja officemate hantar.
Katanya kesian tengok mak buyung ni heavy jer nak menapak ke ERL.
MR. Daddy nak hantar-jemput ke office, eksyen jual mahal tak moh.
Bukan apa, hantar tahan lagi sampai office pukul 8.00.
Tang jemput balik tu yang sanggup.
Nak menunggu tu rasanya lebih "heavy" dari menapak sendiri ke ERL.

Sampai rumah, Mr.Daddy dengan Irfan masih belum balik.
So duduk lepak-lepak dekat sofa sambil tekan-tekan iPad nak main game.
Haram!!!!
Semua game Irfan.
Tak reti noks mak nak main.

Tak tahu nak buat apa, pergilah sidai kain.
Kain tu basuh sebelum pergi kerja.
So, balik kerja terus sidai jer.
Tak derlah buang masa sangat.
Tengah sidai kain MR. Daddy dengan Irfan pun balik.

Lepas Maghrib tanya MR. Daddy nak makan apa.
Dia pun tak tahu nak makan apa.
Me? Lagilah sejak lepas raya ni memang hilang langsung selera nak makan.
Ngenangkan ada baby ni jer, paksa-paksa juga telan makanan.
Kalau ikut selera tembolong sendiri memang tak makan lah jawabnya.
Nak masak memang tak larat.
Itulah, sekarang kalau buat satu dua kerja tenaga mesti flat terus lepas tu.
MR. Daddy pun masih tak kuat sangat lagi.
So penyudahnya keluar jer lah cari makanan dekat luar.
Pun tak tahu sebenanrnya nak makan apa.

Sedihlah.
Bila keadaan diri macam ni banyak kerja tak mampu nak buat.
Kadang-kadang gagahkan juga diri untuk buat.
Tapi bila sampai satu limit point, memang flat terus.
Itu lagi bahaya.
Sebab tu sekarang memujuk diri buat kerja yang termampu sahaja.
Yang ringan-ringan sahaja.
Ramai yang tegur saya nampak kurus walau kandungan dah masuk 8 bulan.
Walaupun kurus terasa sangat badan ni heavy.

Semoga Allah mempermudahkan urusan saya.
Tak biasa lah duduk-terbaring jer.
Kesian dengan MR. Daddy dan Irfan.
Both dah biasa makan homemade food.
Bila makan kat luar diorang makan tak banyak.
Lagi-lagi Irfan tu.
Mungkin tenaga banyak habis untuk kerja-kerja raya kot *sedapkan hati sendiri*
Insya Allah lepas rehat weekend ni dapatlah rentak semula.

2 comments:

Nadia Elena said...

moga dipermudahkan segalanya. amin.. =)

Unknown said...

Thanks Nadia. Mungkin disuruh berehat jer sbb tu badan ni cpt jer rasa letih.