Monday, July 8, 2013

Jom Buat Shawl Halfmoon Sendiri [TUTORIAL bergambar] v.1

Hai uolls. Hari nih kak Ton berhati ceria maka dengan ini kak ton nak share kekdah-kekdah untuk buat shawl halfmoon. First of all kak ton nak tunjuk dulu macam mana nak buat pattern (polar) untuk shawl halfmoon ni. So bila ada pattern len kali korang nak buat lagi dan lagi mudahlah. Tapi pattern nih kak ton tunjuk dalam skala kecil ek. Cuma korang buatlah dalam ukuran yang sebenar. Payah benar nak buat dalam ukuran yang sebenar, nak amik gambar tu yang payah. Tertonggeng-tonggeng kak Ton. Huduh benor ghupenyerrr. So lets begin.....

Pertama:
Sediakan bahan-bahannya iaitu kertas minyak atau kertas apa sahaja yang korang suka yang penting bersaiz besar, pembaris...lagi panjang pembaris lagi elok dan sebatang pen.

Kedua:
1. Ukur kertas korang.
2. Panjang setiap sisi (keempat-empat sisi) adalah 75cm. Kategori apa ek..? Segiempat tepat @ segiempat sama? Kak Ton memang fail bab nih.
3. Pastikan korang dapat seperti gambar di bawah.


Ketiga:
1. Bila dah dapat macam gambar (segiempat dengan panjang keempat-empat sisi adalah sama), lipat dua untuk membentuk segitiga pula.


2. Bucu A ditemukan dengan bucu B.
3. Bentuk segitiga akan diperolehi (seperti gambar bawah).


Keempat:
1. Sekali lagi bentuk segitiga ini dilipat dua.


2. Temukan permukaan A dengan permukaan B.
3. Pastikan garisan A bertemu dan sekata dengan garisan B.


4. Ini bentuk yang korang sepatutnya dapat (seperti gambar di atas).
5. Garisan A dan garisan B bertemu.

Kelima:
1. Sekali lagi bentuk segitiga ini dilipat dua.


2. Temukan permukaan A dengan permukaan B.
3. Pastikan garisan A bertemu dan sekata dengan garisan B


4. Korang akan dapat bentuk macam dalam gambar.
5. Selesai, buka semula semua lipatan sehingga mendapat bentuk segitiga yang asal.

Keenam:
1. Pada setiap bayang lipatan, ukur untuk mendapatkan ukuran sepanjang 75cm dan tanda.


2. Tanda pada setiap bayang garis.
3. Cantumkan kesemua tanda ukuran.
4. Kemaskan ukuran agar membentuk lengkungan dan gunting.

Ketujuh:


Ta-da! Pattern untuk shawl halfmoon korang dah siap! Pastikan bila korang cuba try test ukur macam garisan merah tu, ukurannya mestilah 75cm. Sekarang korang dah sedia untuk memotong shawl halfmoon kor-rangggggggggggggg. Get ready girlsssssssssssss...




p/s: kalau ada yang nak beli polar untuk shawl halfmoon ni boleh contact saya:
      email : safiah_07 [at] yahoo.com
      sms/whatssap/wechat/ : 012-6163705
      juga boleh comment di bawah

 _______________________________________________________________________________

Ads:

Dapatkan kain chiffon kosong untuk membuat shawl anda sendiri di sini.
Lebih mudah dan cepat.
_________________________________________________________________________________

19 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya minta izin nak copy beberapa gambar dan step bagi menjayakan projek SEM saya, nama cik puan dan blog cik puan akan sayapaparkan. terima kasih :)

Unknown said...

S long s ia utk kebaikan then u already have my permission.

Just please jgn salah guna.

FizaHR said...

salam akk.. maaf nk tny.. ukuran polar ni bila pakai besar x? ke jd mcm kita pakai tdg bdg 45?

Unknown said...

W'salam. Pd akk pjg just nice tutup dada. Tp awak blh pjgkn lg just masa beli kain beli 2m jgn 1.5m. Awak lbhkn dlm 5-6inch keliling. Kalo rasa t'lalu pjg blh pendekkn.
Selamat mencuba ;)

qud's collection said...

mohon share saya nak try wat

Unknown said...

Sila. Ilmu mmg untuk dikongsikan. Good luck :)

nina said...

sgt2 mbantu...trima kasih tk thinggaaaaa ♥

Unknown said...

Most welcome dear...selamat mencuba :)

Unknown said...

Thanks sudi share ilmu...

Unknown said...

My pleasure siti hajar <3

Unknown said...

T.kasih sudi kongsi ilmu ye...sy nak try buat.:-)

Unknown said...

salam..saya dah try buat..jd..terima kasih..;)

Unknown said...

Nor Dalila...
Congrate...mudah jer kan ;)

Unknown said...

Sila...sila...noorhidayu jaaifar...moga menjadi.

Unknown said...

pls izinkan makcik ni gunakan ur tutorial. terima kasih.

Unknown said...

Sure...u can untie Farida Km

Just Sharing said...

terbaik la ilmu yg dikongsi ini

Unknown said...

Alhamdulillah gunakanlah tanpa waswas...

Selamat berkarya ;)

Unknown said...

Asalammualaikum. Mohon gunakan ilmu yg diajar. Teringin buat selendanh awñhw Hu episode Terima. Kasih..