Hari ni hari terakhir bekerja di bulan Ramadhan sebelum Syawal menggamit datang.
Wah...seronoknya rasa.
Sampai mood nak kerja pun dah ke laut.
Tahun ni turn balik Sg. Besar.
Insya-Allah jika tak ada aral yangmelintang patah-membujur lalu lepas berbuka kami balik.
Hopefully semuanya dipermudahkan.
Urusan di sini selesai.
Jalan pun tak sesak.
Beg baju dah siap packed.
Selalu balik kampung beg kecik jer.
Tapi kalau balik raya harus beg yang paling besar.
Lepas tu sumbat semua kain baju satu family.
Ha senang!
Satu beg besar baju sahaja.
Lepas tu sediakan pulak satu beg kecil.
Dalamnya sumbat segala mak nek gadget dua beranak tu.
MR. Daddy pergi manapun lap top mesti bawak.
Irfan ipad dengan tab wajib bersama.
Lepas tu ai lah kerja mengangkut segala macam jenis charger.
Mujurlah saya waras lagi tak meroyan nak angkut mesin jahit pergi mana-mana.
Kalau tak...meloponglah korang!
Then pack pulak satu raga barang makanan.
Hok ni memang ke mana pergi pun mesti ada raga makanan.
Kali ni isi dengan kuih raya dan snacks ringan bekalan kalau-kalau jalan sesak.
Pastuh siap dengan milo dan susu Irfan.
Termos air panas, air sejuk dan cawan kecil untuk bancuh milo.
Jalan sesak, makan snacks, haus - bancuh milo.
Terror kan :)
Korang-korang yang balik kampung tu selamat pulang ke kampung halaman.
Semoga kita sama-sama selamat di dalam perjalanan.
Jangan lupa pulak kunci rumah yang ditinggalkan.
Kang ada pulak yang senyum tak lekang-lekang.
Salam Aidilfitri semua.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
No comments:
Post a Comment