Thursday, August 9, 2012

Pajeri Terung [Laporan Masakan Bergambar]



Ini lauk buka puasa dua hari lepas kot.
Kami masak pajeri terung, masak lemak cili api ayam.
Lagi satu tu terung panggang MR. Daddy.
Me, selamba jer cakap dengan MR. Daddy lepas dia keluarkan terung tu dari oven, "Tengah lapar pun tak ada selera tengok terung panggang abang ni."
Tensi jer MR. Daddy.

Awalnya berbuka hari tu MR. Daddy nak beli lauk dari Pasar Ramadhan.
Then he called me tanya nak makan apa.
Saya kata tak mahu beli nak masak pajeri terung dengan masak lemak cili api ayam.
Terus MR. Daddy pun tak jadi beli apa-apa dekat pasar Ramadhan.

Ok, jom share resepi.

Pajeri Terung

Bahan-bahan:
* Terung - potong ikut saiz yang disukai.
* Bawang besar - ditumbuk / dikisar halus.
* Bawang putih - ditumbuk / dikisar halus.
* Kari ayam / kari daging - ikut sesuai dengan jumlah terung.
* Bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis - setiap satu sikit-sikit jer.
* Santan - saya pakai satu kotak, boleh tambah atau kurangkan.
* Gula melaka - untuk menggelapkan kuah pajeri.
* Garam - secukup rasa.
* Minyak - untuk menumis.

Kekdah membuatnya:
* Campurkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar halus dengan rempah kari.
* Tumis hingga pecah minyak.
* Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis. Tumis seketika.
* Masukkan santan.
* Kacau seketika. Setelah beberapa minit masukkan terung.
* Kacau hingga terung masak / menjadi layu.
* Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit. Lihat kepada kehitaman kuah yang disukai.
* Setelah masak tambahkan garam secukup rasa.
* Sedia untuk dihidang.

No comments: