Friday, August 10, 2012

When Daddy Away

Semalam MR. Daddy ada majlis buka puasa di office.
Tapi hanya untuk staff.
So family tak boleh nak ikut.
Makanya me and Irfan akan berbuka berdua di rumah.

Sehari sebelum tu MR. Daddy dah start dok fikir.
Apa yang saya dan Irfan akan makan nanti.
Sebab dia akan balik lambat, lepas habis tarawih katanya.
Saya kata tak apalah, nanti saya gorenglah telor ke, masak sardin ke.
Senang jer bukan susah sangat pun.

Selalunya saya masak macam-macam tu kalau MR. Daddy ada di rumah.
Sebab saya tak boleh berdiri lama-lama.
So saya akan start masak, MR. Daddy pula akan take turn half way sampailah lauk pauk tu masak.
Then saya akan jenguk semula untuk tambah garam or repair-repair apa yang patut.
Makanya kalau dia tak ada tak mampulah saya nak berdiri sorang dekat dapur tu nak masak.

Last-last dia kata nanti sebelum pergi majlis buka puasa tu dia belikan saya makanan siap-siap dari pasar ramadhan.
Tak mahu dia risau anak isterinya ditinggal kelaparan saya pun ok kan jerlah.
Apa yang dibelinya untuk dua beranak yang cerewet ni?
Meh tengok.


Tepung pelita dengan puding jagung. Tepung pelita tu memang saya dan Irfan suka, tapi semalam entah kenapa langsung tak berkeinginan untuk makan. Both me and Irfan tak usik pun tepung pelita tu. Saya cuma makan puding jagung sahaja. Habis empat ketul. Waktu pregnant ni memang puding jagung tu jadi favourite saya. Pantang nampak gerenti nak.

Sipong / tokeng ayam panggang. Irfan panggil ayam cucuk. Yang ini favourite Irfan and MR. Daddy. Me, kurang sikit. Tapi masih boleh makan. Saya makan satu cucuk. Irfan langsung tak sentuh.

Roti John. Kesukaan saya jugak. Tapi roti john ni tak boleh beli sembarangan. Hanya yang dijual di tempat-tempat tertentu sahaja yang akan saya makan. Yang ini saya rasa secubit jer. Tak sedap langsung. Penyudahnya ke tong sampah.

Kuew teow goreng. Dalam gambar warna dia macam sempurna. Kalau tengok life rupanya memang tak menyelerakan. Tapi mujurlah ada rasa. Paling penting tak pedas. Yang ini saya makan, separuh. Irfan tak mahu.

 Mee goreng. Yang ini agak kena dengan taste saya. Tak pedas dan sedikit basah. Saya tak suka mee goreng mamak yang kering tu. Rasa tersangkut dekat tekak bila makan. Sedap-sedap pun saya makan cuma suku. Irfan makan cuma sesudu. Lepas tu menggelupur pedas. Entah apa yang pedas ntah. Saja lah tu alasan tak nak makan.

Pukul 11.00 lebih kurang macam tu MR. Daady balik.
Dia tanya kenapa makan tak habis.
Banyak lagi tu.
O-ho-ho-ho...ai walaupun preggy tapi nafsu makan tak menggila.
Hilang selera lagi ada.

Beli banyak macam tu memang kena ada yang jadi tukang perabih lah.
Penyudahnya MR. Daddy jugak yang melantak.
Mujurlah habis kecuali roti john.
Idaklah rasa membazir sangat.
Kalu idak memanglah ai berleter.

Tapi itu memang tabiat MR. Daddy.
Dia kalau beli lauk-pauk semendangnya macam nak buat kenduri.
Jenuh dah ajar beli cukup-cukup untuk makan jer.
Tak mahu terbuang, membazir.
Tetaplah begitu.....

No comments: