Saturday, September 8, 2012

Tak Menjadi La Pulok

Semalam hari terakhir berkursus.
Tengah hari dah selesai.
Syok sungguh.
Penat betul berulang ke PJ setiap hari.
Bila balik mesti terus cari katil.
Luruskan pinggang.

Malam tu macam biasa MR. Daddy mesti tanya nak makan apa.
Mula-mula terasa nak makan nasi goreng kampung.
MR. Daddy ok jer.
Dia kata nanti lepas maghrib masak.
Masa tonton tv ternampak iklan pizza.
Terus tukar selera.

Beritahu MR. Daddy kita buat pizza lah.
MR. Daddy set jer.
So lepas Maghrib tu teruslah buat.
Kami buat Chicken Pizza.

Tapi yang sedihnya kali ni pizza kami tak menjadi.
Huhuhuhuhu.
Entah manalah silapnya.
Walhal sebelum preggy dulu sangatlah selalu buat.
Triple chicken pizzalah, seafood pizzalah, mix pizzalah.
Tapi kali ni memang spoiled.

Roti dia belah bawah tu keras kelentang, yang belah atas pulak mentah tak masak.
Sedihnya tak dapat makan pizza.
Penyudahnya kutip isi-isinya sahaja.
Pizzanya terpkasa dibuang.
Nak ambik gambar, MR. Daddy tak bagi.
Awal-awal dah pesan, jangan ambil gambar tau.

Apa-apalah MR. Daddy.
Len kalilah kita cuba lagi.
Mujurpagi ni dapat makan nasi goreng kampung.
Thanks ye MR. Daddy.

No comments: