Sebab Irfan dah pandai nak pilih kelengkapan dia sendiri.
Daripada baju, seluar, songkok, kasut semua kena ikut taste dia.
Kalau tidak memang beli sajer-sajer lah.
Tapi dalam banyak-banyak baju yang dijual tu, boleh pulak dia mengamuk nak baju tidur ultraman.
Adulah pening betul kepala.
Entah mana dia nampak sebelum tu tak tahulah.
Jenuh kami mencarikannya.
Nak jadi hal, kebetulan masa nak beli tu baju tu memang tak ada.
Merata kami round cari.
Penyudahnya jumpa jugak dekat pasar malam Presint 2.
Itupun mak cik tu sorang jer yang jual.
Bukan setakat corak pada baju, warna baju pun dia ada taste dia sendiri.
Sebenarnya saiz dia cuma ada warna purple, dark blue dengan pink.
Saya ambilkan warna dark blue tu untuk dia.
Selamba ajer di campaknya ke bawah.
Sebab dia nak warna merah.
Gigihlah kakak yang meniada tu selongkar van dia cari baju ultraman warna merah saiz Irfan.
Penyudahnya jumpa sehelai.
Tapi bukan betul-betul saiz Irfan.
Satu saiz lebih besar.
Try acu dekat badan dia, nampak ok.
Tak pelah beli lah.
Lagipun budak-budak ni cepat membesar.
Kemain lah dia happy dapat baju ultraman tu.
Dalam kereta dah tak peduli yang lain.
Dok lah dia menyanyi lagu ultraman dari pasar malam sampai ke rumah.
Dekat rumah terus mengamuk nak pakai.
Dah pakai apa lagi, transform jadi ultraman lah.
Lantaklah asalkan tak merempan-rempan sudah.
Being emak-emak memang macam tu kan. Seboleh-bolehnya nak memenuhi kehendak anak (selagi tak melampau bataslah). Sebab bila anak happy automatik kita pun happy jugak. Senyuman anak tulah pengubat segala jenis penat dan lelah seorang ibu :)
No comments:
Post a Comment