Cuma ini adalah cara saya dalam mendidik anak untuk bersolat.
Terus-terang saya katakan.
Mendidik anak (saya) bersolat tidak mudah.
Lebih-lebih lagi budak yang aktif macam Irfan.
Mana boleh dia buat satu-satu benda tu lebih seminit.
Gerenti dia jemu.
Tapi saya tidak pernah berhenti.
Saya mahu perkara itu menjadi darah daging baginya.
Saya mahu dia tahu walau dalam apa jua keadaan solat itu adalah wajib baginya.
Mengapa saya yang mendidiknya?
Mengapa bukan MR. Daddy.
Dalam kes Irfan, dia lebih ikut dan dengar cakap saya.
So, sayalah yang harus menjadi contoh buatnya.
Saya mulakan seawal usia dia pandai berdiri ( + 9 bulan, Irfan berjalan awal)
Waktu itu kalau nak solat saya akan bentang sejadah depan dia.
Saya akan solat depan dia.
Mula-mula memang dia kacau.
Dia bertenggek dekat belakang bila saya sujud.
Dia duduk dekat riba bila saya duduk antara dua sujud.
Kadang-kadang dia selak telekung nak tengok apa yang di dalamnya.
Selepas beberapa kali macam tu (kacau saya solat), dia jadi berminat untuk buat apa yang saya buat (solat).
Bila saya bentang sejadah, dia minta satu untuk dia.
Setiap pergerakan yang saya buat dia akan tiru walau dia masih tidak faham mengapa harus berbuat begitu.
Itulah yang saya buat setiap hari dengan Irfan sehinggalah hari ini usianya sudah pun 3 tahun 2 bulan.
Anak-anak kecil ni hatinya lembut dan bersih.
Kitalah yang akan mendidik dan membentuk mereka.
Sekarang setiap kali azan Irfan akan tanya pada saya, "Mami nak sembahyang?"
Kadang-kadang dia akan solat dengan saya.
Kadang-kadang dia akan tunggu MR. Daddy.
Saya selalu ingatkan diri saya.
"Saya adalah contoh terbaik untuk anak saya."
Berwuduk. Sekarang Irfan dah tahu aturan untuk ambil wuduk cuma belum sempurna. |
No comments:
Post a Comment