Wednesday, September 4, 2013

Terima Kasih uolls

Dah ramai ek yang berjaya buat shawl halfmoon sendiri. Tahniah semua adik-adik. Bagus adik-adik akak ni. Gigih nak belajar. Itu yang akak suka tu. Lagi semangat akak nak bagi tutorial. Terima kasih juga yang tak putus-putus wassap akak tanya itu ini. Jangan risau korang tak ganggu akak pun. Kalau ganggu awal-awal akak tak letak no telefon untuk korang wassap. Silalah bertanya. Ilmu memang untuk dikongsikan kan. Tak da wassap boleh jer tinggalkan komen. Pun akak akan jawab juga.

Dan terima kasih juga pada adik-adik yang wassap gambar masing-masing bergaya dengan shawl halfmoon buatan sendiri. Macam mana perasaan korang masa first time pakai shawl sendiri buat? Rasa hebat kan. Rasa nyata jelita...erk :)

Dan ramai juga yang bertanya soalan yang sama dan mungkin ramai juga yang nak tanya soalan yang sama. Soalan yang biasa akak terima:

1. Shawl tu kalau pakai besar mana ye kak?
2. Kalau nak buat dua lapis macam mana kak?
3. Buat shawl pakai kain apa sesuai kak?
4. Kalau nak besar macam tudung labuh boleh pakai kain bidang 45 tak?
5. Kalau guna contoh polar yang akak bagi tu boleh buat lagi besarkan?
6. Keliling dia jahit macam mana?

OK adik-adik ini jawapannya:

1. Shawl tu kalau pakai besar mana ye kak?
Besar shawl tu sebenarnya bergantung juga cara korang pakai, tapi saiz yang saya beri adalah saiz standard, yang mana saya pakai tutup dada. Tapi tak ada masalah kalau korang nak besarkan daripada saiz yang saya dah beri. TETAPI jangan beli kain 1.5m, beli 2m terus so that saiz korang boleh adjust.

2. Kalau nak buat dua lapis macam mana kak?
Korang boleh potong dua jenis kain dengan satu saiz. Atau satu ukuran ikut polar dan lagi satu boleh besarkan sikit daripada polar. Then jahit tepi pun sama. Samada korang boleh jahit keliling dengan cantumkan dua jenis kain atau jahit keliling dengan cara berasingan hanya pada bahagian lurus sahaja dicantumkan. Ikut kreativiti korang. Yang mana korang rasa akan menjadikan korang nyata jelita bila memakainya.

3. Buat shawl pakai kain apa sesuai kak?
Setakat ni akak cuma guna chiffon. Knitting lycra juga boleh. Ikut taste korang. Yang penting bila korang pakai nyata jelita...gittewwh!! #boleh beli kain chiffon di sini

4. Kalau nak besar macam tudung labuh boleh pakai kain bidang 45 tak?
OK untuk yang tak tahu kain yang biasa kita beli tu normally bidangnya adalah bidang 45. Untuk kain bidang 45 ni ukuran keliling paling besar yang korang boleh dapat adalah 100cm (ukuran polar 75cm) so korang decidelah samada ukur keliling 100cm tu cukup besar bagi korang atau tak.

5. Kalau guna contoh polar yang akak bagi tu boleh buat lagi besarkan?
Ye sayang...boleh tapi macam yang akak dah beritahu ukur keliling hanya boleh pergi sampai 100cm dan please jangan beli kain 1.5m sila beli lebih.

6. Keliling dia jahit macam mana?
Normally halfmoon shawl ni orang jahit tepi halus jer. So that kalau korang buat double layer korang boleh pakai both side.

Ini contoh dah siap. Ukur keliling 75cm. Cukup besar tak untuk korang? Akak punya ni double layer dengan saiz yang sama. Dijahit bertindih. Kalau korang perasan belah bawah tu ada terkeluar sikit yang warna birunya.

 
Yang ni akak pakai terbalik pula, warna biru di luar. Tapi dah nampak macam warna purple sebab layernya warna pink. Belah tangan kanan boleh nampak layer warna pink.

Yang ini pulak contoh kalau korang buat double layer dengan saiz yang tak sama. Bahagian lengkungan tu akan terpisah so masa pakai both warna akan kelihatan. Nampak tak betapa berimannya akak ambil gambar pun dalam surau...apa barang ambil gambar dalam toilet :)
Hopefully soalan-soalan yang membelenggu pemikiran dan mengganggu tidur malam korang telah pun berjawab. Ahaks!!

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....

4 comments:

Anonymous said...

Thanks akk ilmu yg sgt2 bguna utk sy.lps ni bole la bgaya mcm akk..hehe

Unknown said...

Most welcome dear *shy*

Auw...bergaya kerrrr *kelipkelipmata*

Cuba buat ye...nnt wassap gambar dkt akk

si zhal said...

Assalamualaikum, nak tanya.. blkg shawl tu labuh tak?

Unknown said...

Pada saya labuh tapi tak selabuh yg depan, pendek sikitlah. Labuh atau tak tu bergantung juga pada cara awak adjust.