Showing posts with label K.A.M.I.ntahapapantah. Show all posts
Showing posts with label K.A.M.I.ntahapapantah. Show all posts
Wednesday, March 8, 2017
Geram
Lama tak buat update.
Banyak kali try update dari phone tapi tak lepas.
Asyik error.
Lepas tu try update tanpa gambar, boleh.
Alahhh mana best update cerita tak ada gambar.
Tapi nak update guna komputer memang bercinta lah gamaknya.
Sebab persekitaran kerja adlah mesin jahit dan handphone.
Laptop buka kalau nak menyulam sahaja.
Nak setting design pun dah makan seharian, bila mananya nak mengupdate blog.
*sigh*
Wednesday, February 22, 2017
Kosong 😔
Assalamualaikum...
Lama tak update. Busy tak busy...lebih kepada buat-buat busy. Biasalahkan life
Baru empat baris menaip dah 20 kali betulkan typo. Masalah jemari gemuks sangat ni 😤
Sebenarnya kak jeng kalau cerita tak ada gambar tak seronok. Tapi gallery dalam phone ni habis dah kena bersihkan. Siapalah yang rajin benor tu kan.
Next time lah cerita panjang lebar...bila dah dapat penuhkan balik gallery.
Till then.... daaaaaaaa
Thursday, January 21, 2016
Masih Awal Tahun Dah Malas!
Ini bukan nak mengata orang.
Ini pasal diri aku sendiri.
Wehhhh masih bulan Januari weh...masih awal ni tapi malasnya nak buat kerja.
Malas nak update fail.
Malas nak check stok.
Malas nak download data.
PEndek kata malas dan aku berpisah tiada.
Bagai aur dengan tebing.
Bagai isi dengan kuku.
Choi sangat ni.
Cemana nak buang sifat malas yang melebihi tahap maksimum ni.
Semalam riuh dalam satu group whatsapp aku pasal struktur jabatan.
Bila diorang tanya aku nak jaga kawasan mana nanti...
Senang je aku jawab.
Malas nak pikio.
Malas nak ambil tahu.
Aku kan SYMP.
Terus kena bahan.
Baiklah aku redha jer.
Help lah....sambil menaip ni pun dah 36 kali aku menguap.
Ada benda sebenarnya nak share tapi ya ampunnnnn malasnya nak mengarang.
See betapa malasnya aku.
Dah lah lain kali aku rajin aku karang, aku share.
Kalau RAJIN eh.
Daaaaaaaaaaaaa

Tuesday, July 7, 2015
Dah Julai Pun
Assalamualaikum
Ampunlah dah masuk Julai pun. Parah betullah sekarang ni. Sebulan satu entry jer naik, tapi rasa sayang lagi dengan dunia blogging ni.
Sebab kat sinilah boleh merapu meraban yang tak tentu hala.
Tapi tahun ni aktiviti agak padat termasuk dengan kerja-kerja opis. Ad-hoc yang paling tak tahan. Tapi tak pelah itukan tugas kita. Buat jer selagi masih dalam capaian kerja kita.
Dah 21 hari Ramadhan dan tinggal lagi 9 hari nak raya.
Bulan-bulan poser ni macam biasalah sesaknya jalan macam kan..... haih malas nak cakap.
Kadang-kadang try jugak bawa-bawa bersabar tapi selalunya memang hilang sabar. Macam kan dia sorang jer yang nak cepat balik rumah. Kita ni konon-kononnya cuma nak makan angin bersesak atas jalan tu...tolonglahhhhhhhh.
Raya tahun ni kittew tak balik kampung sebab pakar motivasi tuttttt kata itu salah satu cara penjimatan. Ish...ish...ish... manalah dia belajar agaknya ek. Nilai kekeluargaan itu kan sangat tinggi. Hari ni kalau kita buat pada ibu bapa kita macam tu, one day anak-anak pula akan buat pada kita. Mahukah?
*geleng-geleng kepala*
Eh, sepanjang bulan Ramadhan ni banyak tak dapat bubur lambuk. Paling famous for sure bubur lambuk kampung baru. Tapi saya tak makan bubur lambuk sebab dalamnya ada daging. Saya tak makan daging. Selalunya bahagian saya, saya akan beri pada kawan-kawan opis yang lain. Lebih baik begitu daripada membazir kan.
Oh kuih raya tahun ni pun tak beli. Sebab :
1) Cuti raya tak panjang
2) Orang datang raya tak makan pun kuih raya
3) Kitorang anak-beranak memang kureng sikit kuih raya ni, lebih kepada kerepek-kerepek jer.
Korang???
Eh dahlah. Kan dah kata memang suka mengarut jer bila buat entry.
Tata-titi-tutu

Tuesday, April 14, 2015
Janji Yang Tidak Dapat Ditepati
Assalamualaikum...
Bernafas lagi kak Fifi ni rupanya ye...
Janjinya nak sambung tutorial baju kurung tapi nan hadoooo
Maaflah kakak-kakak adik-adik sekalian.
Janji yang telah dibuat tidak dapat hamba tepati. Terlalu banyak rintangan dan cabaran terpaksa hamba lalui demi menyiarkan tutorial baju kurung ini.
Banyak benor alasan kan.. Memang ratu alasan punggggg
Insya Allah soon, kak Fifi siarkan. Lepas tukar komputer ni payah benor nak transfer gambo. Tak maunnya komputer ni detect telefon kak Fifi tu. Heran benor rasanya.
Dah ku tukar cabel gitu juga akhirnya. Kenapa ek???? Nak kena tanya Mr. Google dulu. Nanti dah dapat jalan penyelesaian Kak Fifi sambung balik tutorial tu key. Sehingga waktu tersebut tiba mohon bersabar...
Chow chin chow
Adios
Jemput singgah kedai saya di: ebyryza.blogspot.com
Boleh like page saya di: www.facebook.com/ebydanryza
Follow instagram saya di: www.instagram.com/ebyryza_ent
Wednesday, April 8, 2015
Assalamualaikum...Bertemu Kembali
Assalamualaikum dunia...
Assalamualaikum dunia...
Hamboi...hamboi kak Fifi tu dah suku tahun 2015 habis baru ingat nak meng'update' belog sendiri.
Apa khabar semua??? *smile emoticion insert*
Kak Fifi lupa link nak pergi belog sendiri. Mujur username dengan password ada catat.
Kalau tak selamat jalan Romeo jerlah pada blog kesayangan ini.
Sebenarnya dari awal tahun lagi dah berazam konon-kononnya tahun ni nak update benda-benda yang berfaedah.
Yang boleh bawa kebaikan dan manfaat pada semua.
Kononnya..................................lahhhhh
Tapi.................
Bila direnung-renung kembali ada ker yang aku tulis benda faedah dalam ni.
Rasanya semua pun mengarut.
Dah memang kehebatan kak Fifi ni suka mengarut maka marilah terima kenyataan.
Jadi setelah dapat menerima kenyataan kita mula kembali menulis.
Tapi insya Allah nanti kak Fifi akan selit-selitkan beberapa tutorial untuk korang.
Tutorial apa???
Itu kena tunggu.
Till then...
Chiaou
Assalamualaikum.
Jemput singgah kedai saya di:
Boleh like page saya di:
Follow instagram saya di:
Tuesday, March 18, 2014
Da-tim
Sejak dah ada anak-anak ni...inilah antara satu benda yang kitorang jarang dapat buat. Ke tak pernah dah. Ke mana-mana pergi sure ngangkut berdua tu. Acaner nak dating?
Mana tak nya baru pasang hajat nak keluar berdua...kononnya nak tumpangkan bebudak kat rumah MAMA tapi tak sampai seminit sure tukar fikiran. Kesian lah, tak seronoklah, rasa bersalah lah, nanti mesti teringat kat anak-anak lah...penyudahnya gerenti berangkut semua. Walau hakikatnya dah tahu dah kalau bawa bebudak hiruk pikuknya macam mana...! Tapi tetaplah kannnnnnnnn
Ahkak Fifi memang salute parents yang boleh luangkan masa berdua-duaan. Hiasih *sigh*
Macam tahun lepas planning bercuti ke langkawi. Asalnya nak pergi berdua. Pagi booked untuk kitorang, tak sampai tengah hari masukkan nama budak berdua tu. Rasa tak sampai hati nak tingglkan. Penyudahnya sepuluh hari sebelum pergi tukar lagi fikiran. Kali ni dengan MAMA and IBU sekali kitorang masukkan nama.
Muahahahaha...langsung bertukar tema percutian. Daripada tema honeymoon kepada tema mother's day. Kekekekeke...
Tahun ni pun ada rancangan gak nak bercuti lagi. Entah berapa ramai battalion pulak yang kitorang angkut kali ni. Entahlah hati tisu memang gitu kot. Bila planned nak pergi mana-mana tu mulalah terbayang muka yang itu, muka yang ini. Haish...
Tak pelah tunggu lah anak-anak dah bersor esok baru keluar datim semula. Itu pun kalau umur panjang dan masih ada tenaga. Idak kalu duduk rumah sajalah. Kau pandang muka aku, aku pandang muka kau...

Macam-macam keletah...acaner nak tinggal?
Yang benar,
Ahkak Fifi
Tuesday, January 21, 2014
Kejadahan Namanya....
Ini cerita mimpi yang tak masuk akal...
Last week rasanya ada lah nampak dekat FB pasal orang sharing and like berita pasal Syamsul Yusof nak nikah dengan puteri apa ke namanya tu. Tak baca pun berita tu just baca dia punya head line sambil lalu.
"Syamsul Yusof akan Menamatkan Zaman Bujang bersama Puteri dot dot dot". Lebih kurang gitulah bunyi head linenya. Dah kata tak minat dengan dua-duanya so tak adalah terasa nak mengorek lebih dalam. Scroll lagi FB adalah jumpa lagi tajuk news yang lebih kurang gitu. tetaplah tak ambil endah.
Ok habis cerita tu. Sekalinya malam esoknya tu...lebih kurang gini, ternampak news tu hari Isnin then kejadian malam selasa...ha gitulah. Ok so malam esoknya tu boleh pulak mimpi jumpa si Syamsul ni. Choiii betul mimpi. Biasanya orang kata kalau kita terlalu pikirkan sesuatu benda tu akan masuk dalam mimpi kita. Masalahnya jangan kata nak pikir, terlintas pun tidak nama dia. Tapi boleh pulak mamat tu datang dalam mimpi.
Nak menambah lagi kejadahannya boleh pulak dalam mimpi tu ahkak yang gojes ni frust sebab dia nak kawin dengan perempuan lain. Memang speechless sungguh. Siap syamsul tu datang jemput akak sebab nak explain kenapa dia kena kawin dengan perempuan ittew. Motip??????????Oh rasa nak hantuk kepala dekat dinding dek non....Memang tak boleh nak hadam macam mana boleh dia masuk dalam mimpi ku.
Hoih...sampai hari ni masih terngiang-ngiang mengapakah?????

Wednesday, January 8, 2014
Thursday, November 7, 2013
Merindu
Assalamualaikum....Selamat hari Khamis.
Lama tak update. Ada banyak cerita tapi cerita sedih. Tak berapa minat nak kongsi dekat blog walaupun rasa blog ni dah macam diari cuma ini diari terbuka. So ada batas dalam penulisan. Cuma sekarang ni rasa macam dah tak berapa down sangat so bolehlah menulis balik.
Selalu pesan pada diri bila datang musibah itu tandanya Allah ingat pada kita. Musibah itu sesuatu yang boleh kita tanggung tapiiiii sebagai manusia rasa down tetap ada. Ini pun baru beberapa hari lepas dapat pulak berita yang masih tidak menggembirakan. Tak apalah yang itu saya pilih untuk let go. Dah cuba untuk diperbaiki tapi masih tidak dihargai. Jadi saya lepaskan untuk pergi. Full stop.
Oh ada reader comment mintak tunjuk halfmoon shawl double layer. Actually cara buatnya sama macam satu layer tu juga. Cuma untuk double layer buatlah dengan panjang yang berbeza. Yang luar tu buat saiz yang ditunjuk pada tutorial dan satu layer lagi pendekkan beberapa cm di kelilingnya.
Hari ni taip entry untuk lepaskan rasa beban dalam jiwa. Tak dapat nak cerita tulis sikit-sikit pun rasa lapang dada.
Insya Allah semoga hari esok dan mendatang diberikan kekuatan untuk menempuhnya....

Thursday, October 17, 2013
Longgokan Cerita
Sebab malas nak tulis banyak kali. Lagipun cerita semua pendek-pendek jadi mari kita himpunkan semua cerita yang tak penting dalam satu entry. Walaupun hakikatnya selama hari ni memang tak pernah ada pun cerita yang berfaedah kan!
Pembuka Cerita!!!
SA.MAN
Bayaran SEWA CLAMPING!!!
Ko mampu??? Sewa clamping ok!!
Punya banyak benda berfaedah dalam donia fana ni clamping yang laki aku pergi sewa. Fitam mak inchik. Walaupun cuma RM 50.00 tapi tetaplah menyakitkan hati ini. Tambah lagi sakit hati kena clamped bawah rumah sendiri. Yang ko boleh nampak dari tingkap rumah ko kereta kena clamped. Sangat sangat SANGAT BENCIKKKKKKKKK
AI.DIL.AD.HA
With boyfriend dengan bakul picnic dia
With girlfriend domok-domok
Tajuk gambar: lubang hidung siapa lagi besar???
Salam aidiladha semua. Tahun ni aidilahda kitorang nak balik mana-mana kampung. Patutnya balik Sungai Besar tapi sebab jatuh tengah-tengah minggu dan cuti tahun tinggal nyawa-nyawa ikan tak dapat air jadi kita postpone raya sampai hujung minggu ni. Insya Allah esok baru balik kampung. So raya kitorang tahun ni cuma di Putrajaya then petang ke Alamanda. Tak ada orang habaq hang.
TU.DUNG.LA.YER
Model kecik yang tak nak bekerjasama.
Tudung tingkat-tingkat untuk Nuha.
Dua hari lepas buatkan tudung tingkat-tingkat ni untuk MAMA. Then ada kain lebih. MR. Daddy kata buatkan lah untuk Nuha. Ukur kain tengok cukup-cukup. So buatlah. Sekali nak pakaikan berguling-guling dia tak nak. Kemain dia merentap nak buka! sikit lagi nak rabak. Sabor jerlah. Langsung tak nak beri kerjasama. Tak wonderpets betul. Apa yang penting??? KERJASAMA!!
RA.I.KAN.CIN.TA
Sampai semalam
Ini wedding reminder dari cik eiyza azmi...bestie of mine. Nak kahwin Deepavali nih. Dah letak dekat planner pun. Beritahu MR. Daddy:
"Ini apa jadipun kita kena pergi. Hanya kematian yang mampu menghalang langkah kita."
MR. Daddy reply:
"Nak buat baju baru lah tu!!"
"Erk..."
Thursday, October 10, 2013
Mami's Turn
Sekarang dah pas baton pada saya. Turn mami pulak tak sihat. Batuk, selsema, sakit kepala. Berpusing rasa. Selera makan pun macam tak berapa nak ada. Tapi tetaplah pergi juga ke office. Komitmen hokey! Cuma kerja-kerja jahit dah jadi pending. Balik dari office memang terlepet jer. Dah tak lalu nak buat apa.
Alhamdulillah Nuha and Irfan nampak dah makin ok. Batuk Nuha pun dah makin kurang. Irfan pun dah tak ada mengadu sakit perut lagi. Selsema Nuha pun dah tak berapa nak ada. Mami sakit tak apalah asalakan anak-anak sihat.
Sendiri sakit tahu macam mana nak tanggung. Tapi kalau anak-anak yang sakit tak tahu macam mana nak buat. Lagi kalau diorang dah start merengek sebab tak selesa atau sebab tahan sakit. Sayu rasa hati.
Tak pe tak pe insya Allah dalam sehari dua lagi ni ok lah. Sakit ni tanda kasih sayang Allah. Dia uji sebab Dia sayang kita...ingat kita. Jadi ubatnya adalah kembali kepada Dia. Ingatan juga ni umur tu dah banyak, badan tu bukan larat sangat so tambah-tambahlah amalan...........
Happy Thursday uolllssssssssssss
Wednesday, September 18, 2013
What Happeng???
**hang**
Kepala ting tong sangat lately nih. Kekadang tu rasa macam hantu penanggal. Wahhhhhhhhh perumpamaan tak agak-agak. Terus nak sama macam hantu penanggal jerrrrrrr. Meleleh air mata hantu penanggal kalau tahu nih. Dah macam tak berpijak di bumi. Melayang-layang kepala otak. Entah apa yang dipikir sendiri pun tak tahu. Yang nyata memang macam dalam khayalan.
Tambah pulak sekarang ni buat-buat busybody...lagi ting tong kepala. No complain...no complain. Lagi busy lagi banyak rezeki masuk...alhamdulillah.
Cuma bila sampai ting tong tu yang buat MR. Daddy pun naik hangin. Boleh dari awal bulan 9 tu setiap pagi Ahad menggelepur bangun, kejut MR. Daddy suruh mandi siap nak pergi kerja. Berasap jer orang tua tu. Orang tengah syok mimpi sampai ke bintang datang roket sesat langgar roket dia terus terhempas ke bumi.
"Hari ni Ahad lah honey.."
"Eh, ye ke? Ahad ye. Bukan Isnin."
"BUKANNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!"
Buat muka tak bersalah tarik selimut balik. Lepas 15minit bangun balik. Terus pura-pura mengeliat.
"Eh, abang dah bangun? Hari ni kan Ahad."
Pura-pura tak bersalah. Mujur tak makan penampar. Dan insiden hampir meragut nyawa ini berulang setiap minggu. Ko mampu??? Bangun pagi Ahad dengan semangat berkobar-kobar nak pergi kerja. Rasa sangat down bila tahu hari tu Ahad....hari cuti.
#sayasayangofissaya.
Thursday, August 29, 2013
Tunggang Langgang
Sebenarnya semua pun sama jer maksudnya. Start dari hari Ahad tu saya demam sampai Isnin. Then Selasa dah ok, masuk kerja macam biasa. Sekali petang tu MR. Daddy pulak. Santak sampai Rabu MR. Daddy cuti. Hari ni baru kerja. Nampak dah ok sikit. Yang kesiannya dengan anak-anak dan jugak rumah. Jadi tak terurus.
Selasa malam tu masak pun tak dapat. MR. Daddy memang tak larat sangat dah. Denan muntah-muantahnya. Dok berulang ke toilet jer. Kena pulak Nuha pun ikut sama naik. Letak dekat bawah tak mahu. Nak berkendong ke hulu ke hilir. Keluar kan ayam jer lebih. Tapi nak masak tak dapat. Penyudahnya telefon pizza. Irfan pun dah set nak makan pizza juga.
Telefon pizza pukul 9. Kata 30 minit. Sampai 10.15 pizza nya tak kunjung juga. Mula lah nak baran ni. Irfan pun dah start riuh kelaparan. Then around pukul 10.20 macam tu budak pizza tu telefon. Tanya alamat rumah. Dik oiiiiiiiiii dah sejam baru ko hegeh-hegeh nak telefon ahkak ke dikkkkkkkk. Punyalah bersimpang siur budak tu bertanya. Kejap sebut B kejap D kejap P. Saya yang nak bagi alamat pun dah jadi kompius. Kejadahnya alamat rumah aku banyak benor hurufnya...
10 minit lepas call budak tu pun sampai. Masa dah letak telefon tu tadi dah niat dah dalam hati ni. Kang budak ni sampai aku nak sound. Kemain lambat ngantor pizza jer.Matik dah nafsu aku nak makan pizza. Memang nak ku bahasakan. Biasa dia tu! Dah pasang niat siap-siap ni.
Sampai jer budak tu terus dia bagi salam. Kemain lah kuat. Pakai tudung terus bukak pintu. Ni dah hafal ni dialog apa nak cakap nak marah ke budak ni nanti. Kata kunci pun dah tulis dah kat tapak tangan. Sekali bukak jer pintu sampai tiga orang menghadap kat depan grill tu. Yang sorang berpeluh-peluh. Yang sorang termengah-mengah. Yang sorang yang pegang pizza dah macam tak bernafas dah aku tengok. Dah kenapa bebudak ni.
"Diorang tulis alamat akak salah."
Saya tak sempat nak buka mulut yang hulur pizza terus cakap dulu. Lalu kuuintai alamat yang ditulis tu. Ya ampun. Kemain berselirat alamat aku ditulisnya. Patutlah budak tu confiused. Tapi apa pun terima kasih lah dik sampai jugak lah pizza akak walaupun lambat. Bukan salah kau lah...Kot akak mau dah ku loyongkan jer tepi jalan. Buat pening kepala aku jer mencari. Tak jadi nak marah...kesian pulak ku tengok bebudak tu gigih bekerja mencari sesuap nasi. Mekasih ye dik hantar pizza akak.
Friday, August 23, 2013
Rasa
Perasaan yang payah untuk dihuraikan. Rasa aneh...rasa tidak tenteram...rasa yang belum selesai. Bukan kosong. Perasaan ini ada isinya tetapi sukar untuk diungkapkan. Satu rasa yang bercampur-campur tentang kelangsungan sebuah kehidupan, tentang susahnya untuk meneruskan pernafasan, tentang hampirnya KEMATIAN.
Rasa sayu yang bergayut-gayutan.
Rasa sesaknya aliran pernafasan.
Rasa hampirnya KEMATIAN.
Mungkin kerana belum benar-benar hampir kepada Tuhan. Maka Dia berikan peringatan. Kembali kepadaKU.
Segeralah berlalu rasa ini. Aku mahu selesa bernafas di bumi pinjaman.
noted : luahan rasa orang selsema. srot...srot...cair sangat dah flu saya ni. moga esok kembali sihat.
Tuesday, August 20, 2013
Angan-angan Mak Jemah vs. Kenyataannya Si Jemah
Dok termenung melayan mengantuk di meja kerja. Sakit dah kepala tahan mata dari tertutup. Mulut ni rasa dah nak terkoyak menguap. So layan kepala jangan bagi terlena jerrrrrrr. Then teringat angan-angan lama dari zaman kecik anak sampai laaaaa. Tersenyum-senyum sendiri.
Siapa masa kecik-kecik pernah verangan bila besar nak jadi doktor. Kalau korang tak pernah verangan nak jadi doktor korang memang tak in lah. Eh kamonlah kerjaya sebagai doktor adalah kerjaya yang sangat gah untuk menjadi angan-angan setiap budak yang berhingus. Saya pun pernah juga verangan nak jadi doktor. Kemain kembang-kembang hidung bila buat karangan "Cita-cita Saya Bila Besar Nanti". Eksyen...pilih doktor sajer.
Habis SPM apply scholarship dekat hospital swasta nak jadi doktor. Ambil test, lulus, dapat. Punyalah kembang bangga tak tentu hala masa tu. Tiap kali jumpa orang rasa nak cerita jer yang diri sendiri bakal jadi doktor lagi 6 tahun. Tapi hospital ni cara dia lain sikit. Dia tak direct bagi scholarship kat kau, kena buat on-job training dulu untuk sebulan. Kau lulus kau boleh proceed to next level. Maka masuklah bekerja. Minggu pertama running ward. Sap-sap-soi. Cuma bila kena buat dressing patient kencing manis tu ada rasa ngeri lah juga. Pak cik-pak cik tu tak menjerit ahkak yang over. Cucuk-cucuk tak ada sebab belum bertauliah.
Ok cerita bermula di minggu kedua. Minggu kedua OT. Bilik Pembedahan. Kau tak buat apa pun just stay situ tengok dan belajar. Start berpeluh dahi, ketiak semua. Rasa berdebar-debar. Shif pertama malam. Patient pertama mangsa kemalangan jalan raya. Shit! Waktu tu serius rasa cannot stand. Take over stretcher
daripada ambulan sampai OT. Tak tahu nak hurai perasaan masa tu. First time life depan mata.
daripada ambulan sampai OT. Tak tahu nak hurai perasaan masa tu. First time life depan mata.
Dengan kepala yang dah tak sempurna, dengan tulang peha terkeluar. Man...sampai hari ni i still can see him clearly! Bau darah memang sangatttttttttttttttttt kuat!!! Sangat hanyir!!!! Sangat memeningkan!!!!!!!!! Rasa mual, rasa nak muntah. Rasa tak boleh nak bertahan dah. Lif terbuka sampai depan pintu OT saya pengsan dulu. OK memang cannot go lah. Tak boleh stand benda macam tu. Sangat menghantui ku setiap saat dan waktu. Dannnnnnnnnnn akhirnya saya mengalah. Doktor bukan bidang saya. Biarlah saya sekadar membelah mesin-mesin bisu yang berselirat wayar...
Itu belum masuk bab sedu sedan. Korang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan satu nyawa. tetapi takdir tuhan dia "dipanggil" pulang. So korang terpaksa menyampaikan berita sedih itu buat keluarg ayang menuggu di luar. Ko ingat senang nak cakap. Dah lah ahkak ni drama quenn. Kang aku belum mula buka mulut, tengok family members aku dulu yang meraung. Memang hati tisu ek.
Korang yang dah jadi doktor, yang bakal jadi doktor...saya salute. Salute sebab korang memang hati cekal, tough punya orang, keras luar dan dalam. Memang padan lah habuan yang korang dapat.
Monday, August 5, 2013
Last Minute...Last Minute...
Selagi tak raya selagi itulah ada jer lagi yang tak settle. Ala-ala orang nak kahwin. Selagi tak kahwin selagi tu lah rasa persiapan tu belum siap lagi. Haish merungsingkan jer. Tapi untuk raya kali ni me and family memang ala kadar jer. Buat baju raya untuk raya pertama jer. OK tipu! Untuk saya sampai raya kedua. Acilah sebab buat baju kurung pun setahun sekali jer masa raya. Lepas tu lenjan baju tu untuk pergi kerja pergi kenduri kendara bagai. Nanti next year punya raya pulak kita buat baju baru.
Tapi untuk MR. Daddy dengan Irfan memang sepasang jer. MR. Daddy pakai baju sponsored sempena Maulidur Rasul awal tahun hari tu, Irfan buat sepasang baju Melayu. Hari-hari lain raya kita pakai jer baju yang memang dah ada tu. Tak payah nak riuh rendah sangat bertukar itu ini. Kuih raya pun tak beli. Sebab dah tahu memang tak beraya di rumah sendiri. Sebab raya memang akan pusing balik rumah BONDA both side then rumah NENDA also both side. Maka perbelanjaan raya adalah dikhususkan untuk atas jalan. Fengsan!
Now tinggal lagi 3 hari nak raya. Benda major belum buat adalah bayar zakat dan service kereta. Zakat memang setiap tahun akan bayar minggu terakhir macam sekarang ni. Insya-Allah minggu akan settlekan zakat. Itu kerja MR. Daddy. Tahun ni tambah lagi satu kepala, Nuha Syarafana. Korang? Dah settle zakat?
Then service kereta. Hari ni kot. Mujur service minor jer. Sebab sebelum puasa hari tu dah service major. Siap tukar tayar segala. Itu kerja MR. Daddy lah tu. Saya salah sebut atau MR. Daddy yang pura-pura salah dengar. Tapi saya saya undi MR. Daddy pura-pura salah dengar. Saya cakap tukar tayar tapi dibantainya tukar sport rim sekali. Katanya alang-alang dah tukar tayar nilah masa paling sesuai nak pasang sport rim terus. Dia pasang dulu baru bagitau maka walaupun vervulu kita tabahkan je lah hati.
Hari ni keluarkan budget ngam-ngam jer. Takut dibuatnya pura-pura salah dengar sekali lagi, fitam-bangun-balik 8 kali kak ton kang. So korang-korang pastikan condition kereta korang juga berada di tahap maksimum sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung. Ker korang dah balik kampung..?
Friday, August 2, 2013
Sekejap Lagilah...Kononnya!!!
Hai uolls....Assalamualaikum peeps. Huwaaaaaaaaaaaa hari ni tak sahur. Sedihnya. Saya ni jenis saiko ok! Bila tak terbangun sahur tu mulalah dok pikir uish mesti cepat lapor nanti ni. Kang mesti sakit kepala. Perut mesti bunyi-bunyi nanti. Hoih memang saiko sungguh. Cer wat lek je kan. Harap-harap dapat bertahan.
Actually bukannya tak kunci jam. Awal-awal dah kunci dah sebenarnya. Macam biasa pukul 4.30 jam bunyi. Buka mata off alarm. Terpisat-pisat tengok jam ohhh dah pukul 4.30 pagi. Lepas tu rasa berat benor mata ni nak buka. So berbisiklah kepada diri sendiri kejap lagi lah. Sebab nak makan biskut jer pun. Pejam balik mata, tarik selimut.....Lenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Tit...tit...tit...tit...tit...tit alarm berbunyi lagi. Dengan susah payah buka mata nak tutup alarm. Alarm off. Terpisat-pisat tengok jam. Haaaaaaaaaaaaa!!! Dah pukul 6.00!!! Kecewa!!! Lalu bangun untuk pergi mandi. Benciiiiiiikkk.
Lepas tu terus tengok gallery phone carik gambar makanan. Saiko tak? Saiko tak?
Paprik ayam + telur masak lemak cili api *telan ailio*
Wednesday, July 31, 2013
Makin Tak Bersemangat
Assalamualaikum...Hai uolls. Tinggal lagi 7 hari Ramadhan kan. Cepatnya lah hai. Kang tahu tahu dah raya. Nasib baik saya tak terlibat dengan aktiviti-aktiviti membuat kuih raya. Kalau tak rasanya waktu-waktu begini adalah waktu kelam kelibut.
Eh tapi teringat dulu masa kecik...zaman sekolah rendah kot, tolong arwah nenek buat kuih raya. Arwah nenek ni kuih-raya-wajib-ada dia adalah kuih/biskut siput dengan bahulu lapis. Bahulu lapis ni ala-ala rainbow cake sekarang ni.
Ok, nak buat kuih siput ni agak leceh. Bukan leceh apa, leceh tang nak menggetel tepung tu untuk menjadi bentuk siput. Ko kena cubit doh tepung tu kecik-kecik then gentel kat atas papan yang berjalur so nanti akan ada kesan jalur bergaris pada kuih tu. Makanya jadilah ia seperti siput.
Buatnya agak penat. Penat jari-jemari halusku nak menggatal dan penat juga nak tengok doh tu berkurangan. Memang letih dan agak membosankan. Lagipun arwah pesen buat kuih bukan untuk rumah dia sahaja tapi untuk semua rumah anak-anak dia. Ko bayangkan arawah ni ada 10 orang anak termasuk arwah ayah saya. Tak ke berbesen-besen doh nak kena gentel. Dahlah zaman tu mana nak ada iPod segala nak menghiburkan hati sendiri. Nak menyanyi pun arwah ennek tak bagi sebab takut air liur berjejeh bercampur dengan doh kuih tu.
Dan dek kerana penatnya nak menggetel kecik-kecik maka saya telah mengambil inisiatif berkesan dengan menggetelnya dalam bentuk yang lebih besar tapi lepas tu kena marah dengan arwah nenek. Sebab katanya kuih siput saya dah jadi kuih siput babi. Bengang betul arwah masa tu dengan saya. Tapi itulah kenangan. Sekarang arwah dah tak ada maka kuih-raya-wajib-ada pun dah tak ada. Pi lah tunjuk kat kedai tu. Sedap tak sedap belakang kira.
Tinggal lagi 7 hari nak raya ni pun, dah mula tak masak untuk sahur. MR. Daddy lagilah kalau bangun pun minum air segelas besar, then sambung tidur balik. Nanti pukul 6 baru bangun siap nak pergi kerja. Saya sahur bangun tetap bangun tapi memang dah tak makan nasi. Habis berat pun makan biskut cicah air milo panas-panas. Itu jelah pun yang selera. Faktor usia mungkin. Nasi, memang tak lalu. Jap gi pukul 12 start terkulat-kulat perut kepedihan. Tapi pedih perut kosong masa puasa masih boleh bertahan compare dengan pedih perut kosong tak puasa.
Ini pun dok menaip sambil menguap. Dah doploh kali menguap. Rasa nak terkoyak dah mulut. OK lah itu jer nak cerita. Cerita bergambar len kali, malas nak transfer gambar.
Friday, July 19, 2013
Malas Melampau-lampau
Assalamualaikum peeps...
Ya ampun, semenjak dua menjak dah masuk bulan Ramadhan nih, malasnya melambung-lambung. Langsung tak boleh nak control. Menjadi-jadi.Memang parah sungguh. Napa ek tak ada jual ubat untuk hilangkan kemalasan. Kalau ada harus kak ton yang paling depan berbaris nak beli. Kui kui kui.
Eh, heboh ek sekarang orang dok cerita pasai retis yang kahwin dua tu ek. Saya no komenlah. Sebab tak duduk kat tempat deme khennnnn. Don't simply judge people when you have totally no idea what battles they're going through. Once, try to put yourself in their shoes. Pity them.
Eh, kepochi khennnn kak ton nih. Bukan apa riuh kot orang bercerita pasai retis tuh. Sikit banyak terdengor ler jugak. Tapi kak ton neutral. Sebab kita t ak tahu cerita di sebalik tabir maka adalah lebih baik kita berdiam sahaja. Kang jadik fitnah pulak. Ye dok!
Bulan-bulan puasa nih selain malas bebenor, saya kerap rasa mengantuk. Rasa mengantuk yang amat lah sangat. Yang tak dapat ditahan-tahan. Adalah dua tiga kali jugak terlentok dekat meja ni ha. Mujur bos tak datang kejutkan. Idak kalu...kejang aku dekat situ. Mih mih mih.
Semalam berbuka paling simple. Buat nasi goreng seafood. Macam biasalah kolaborasi dengan MR. Daddy. Ku tak boleh permenant di dapur. Sebab kejap-kejap berkejar ke depan kalau bos kenit mokmok tu panggil. Maka saya sediakan bahan semuanya. Potong, basuh and letak tepi kuali. Mr. Daddy campak semua dalam kuali, goreng. Gituh pun Irfan makan bertamboh jugak. Herokecil saya tu dah pandai makan udang. I mean dah tak allergic. Gambar ada dalam phone tapi ku tidak rajin nak transfer.
Owh, last week dapat bil elektrik. Rasa nak fengsan-bangun balik-fengsan balik-bangun lagi- fengsan semula-bangun balik bila tengok bil elektrik. Semput kejap. Lagi RM 9 jumlahnya genap RM 200. Bapak banyak bil bulan nih. MR. Daddy pun terkujat. Tak pernah kot bil elektrik banyak macam tuh. Paling banyak pun RM 150, itu pun sebab dua bulan punya bil dikumpul. Kali ni memang over. Bila fikir balik naper banyak macam tuh. Then baru ingat, start bulan enam tu memang banyak pakai mesin jahit. Kadang-kadang sampai dua jalan sekali dengan mesin sulam. Mesin sulam bila on bermakna laptop pun akan on juga. Double di situ. Then masuk bulan puasa banyak pula pakai microwave, panaskan lauk especially waktu sahur. So no wonder gitu jadinya bil. Tapi berpeluh jugaklah ketiak. Tiba-tiba hilang mood nak jahit. Matiklah ada yang tak berbaju raya kang ni.
OKlah sekian dulu cerita carca marba dari kakton untuk semua. Lap u muah muah muah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram