Thursday, February 24, 2011

Pantang Larang Orang Tua

Orang tua-tua ni memang banyak pantang larang...
Kadang-kadang rasa macam tak logik akal
Tapi pantang larang mereka ni selalunya bersebab

Masa Tahun Baru Cina sebelum ni, kami balik kampung wan di Rembau.
Pak cik - pak cik dan mak cik - mak cik saya pun ada,
Sepupu sepapat jangan ceritalah memang riuh rumah wan tu.

Bila hampir masuk waktu Maghrib, lebih kurang lima belas minit sebelum Maghriblah, mulalah semua makhluk Tuhan bawah umur berebut nak mandi.
Rumah wan ada dua bilik mandi, satu di bawah satu di dalam rumah.
Dan pastinya bebudak tu berebut mandi bilik air dalam rumah.

Masa azan Maghrib masih ramai yang menunggu giliran untuk mandi.
Masa tu lah wan bising sebab orang nak ambil wudu' terganggu.
Terpaksa pula menunggu sehingga yang dalam bilik air tu keluar.

Last-last yang di luar yang kena omel.
Kata wan:

Tak elok mandi senja-senja nanti cepat tua!!

Ha, ce fikir apa kaitannya mandi senja dengan cepat tua?

Wednesday, February 23, 2011

Matahari, Bulan atau Bintang?

Ustazah saya pernah pesan:

Kalau kita bersegera mengambil wudu' iaitu sebelum azan dikumandangkan
di sana nanti wajah kita akan berseri-seri laksana matahari
yang terang bercahaya menerangi siang

Kalau kita berwudu' di waktu azan sedang dikumandangkan
di sana nanti wajah kita akan bercahaya umpama si bulan
yang cantik menyuluhi malam

Kalau kita berwudu' setelah selesai azan dikumandangkan
di sana nanti wajah kita akan kelihatan seperti cahaya bintang
sayup-sayup di langit biru menghiasi gelap malam


Jadi, yang mana pilihan anda? Matahari, Bulan atau Bintang?

Tuesday, February 22, 2011

Bila...

Bila...
Ada banyak benda nak tulis pengakhirannya mesti tak tertulis

Bila...
Tak tulis mulalah rasa semak tengok layout blog sendiri

Bila...
Rasa semak tengok layout blog sendiri mulalah rasa nak tukar baju

Bila...
Dah tukar baju, jadilah macam sekarang

Tada....tukar baju baru lagi

Nota pendek: Ini adalah tulisan yang tidak berilmiah


Thursday, February 17, 2011

Hari Kedua Tanpa Daddy

Alhamdulillah panas badan Irfan dah surut tapi pagi tadi bekalkan juga ubat pada babysitter, just in case.

Hari ni hari kedua mommy berdua dengan Irfan sementara daddy masih lagi berkursus tapi mommy tetap hantar sms pada daddy dari masa ke semasa untuk maklumkan keadaan mommy and Irfan, nanti daddy risau pula.

Hari ni sebelum balik mommy rasa kena singgah kedai beli makanan dulu sebab takut jadi macam semalam. Irfan nak bertenggek kat pinggang jadi mommy tak boleh nak masak.

Esok hari terakhir and Sabtu daddy balik....


Wednesday, February 16, 2011

Saat-saat Yang Menguji

Pagi tadi masa angkat Irfan nak keluar rumah, rasa badan dia panas. Alamak, Irfan demam lagi ker? Patutlah malam tadi Irfan tidur tak lena.

Susah betul hati pagi tadi. Terus mintak daddy bagi Irfan makan ubat demam dulu, takut makin melarat pulak demam Irfan tu nanti.

Masa hantar ke rumah babysitter tu panas Irfan dah surut sikit tapi hati tetap tak tenang. Pesan dengan babysitter kalau badan Irfan panas balik call saya cepat-cepat. Nanti saya balik.

Daddy pulak sepatutnya hari ni kena pergi kursus sampai hari Sabtu. Daddy dah mula gelisah. Mujur juga kursus tu cuma di KL so kalau ada emergency senang sikit nak balik.

Owh anak manja mommy, jangan jatuh sakit lagi ye sayang. Mommy sangat susah hati bila Irfan demam...
Irfan baru je sembuh dari demam, baru mahu makan semula...Cepat sembuh ye sayang...


Wednesday, February 9, 2011

Resepi: Kuew Teow Ladna

Semalam petang masa tunggu waktu nak balik, lebih kurang dalam pukul 4.45p.m terfikir malam ni nak masak apa ye?

Makan nasi tak ada selera...tiba-tiba teringat rancangan kuali oh kuali last week, si Danny bawa kuali ke hulu ke hilir pergi masak kuew teow ladna.

Terasa macam sedap pulak bila membayangkan kuew teow ladna tuh.

Ini resepi dia:
Kuew teow (ikut suka nak banyak mana)
3 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dihiris
Lobak merah
Jagung
Sayur sawi
Kubis
Kubis bunga
Cili padi
Dua cawan air
Dua sudu besar sos tiram
Dua sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air suam)
Sedikit sotong
Sedikit udang
Garam secukup rasa
*anggaran sayur ikut suka, kalau nak banyak bubuhlah banyak.

Kekdah memasaknya:
1.Panaskan sedikit minyak
2.Tumiskan bawang putih sampai naik bau
3.Masukkan sotong, lobak merah dan bawang besar. Gaul rata.
4.Bila dah separuh masak, masukkan sos tiram. Kalau bahan banyak bolehlah tambah lagi sos tiram tu.
5.Lepas lebih kurang 10minit masukkan semua sayur yang lain (jagung, kubis, kubis bunga, sawi, cili padi).
6.Kemudian masukkan udang. Gaul rata. Selepas 5 minit masukkan air. Biar mendidih.
7.Bila semua bahan dah masak, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit bergantung kepada kelikatannya. Dah puas hati tambahlah garam secukup rasa. Dah boleh hidang.



Saya punya sengaja letak sayur banyak-banyak, maklumlah baru baik demam tetiba terasa nak jaga kesihatan berlebihan pulak....
 Selamat menjamu selera.

Nota: Menu asal daripada rancangan kuali oh kuali dan my resepi.


Tuesday, February 8, 2011

Rentetan Seminggu

Lamanya rasa tak update blog nih...
Keadaan kesihatan sangat tidak mengizinkan...
Nak makan pun rasa tak lalu
Inikan pula nak mengupdate blog nih
Makanya seminggu lah tidak berjenguk...

Sebenarnya seminggu ni saya sekeluarga demam panas
Bertukar-tukar
Dah macam larian tukar batton pulak
Tapi saya bila dah demam kalau tak seminggu memang tak sah!

Masa CNY tu sebebnarnya adik saya bertunang
So sepatutnya rombongan membawa dia ke Pahang
Tapi disebabkan dah demam so kitorang tak pergi
Duduklah kat umah wan tunggu gambar.

Nantilah saya try godek FB adik saya.
Kalau dia tempek gambar nanti saya pinjam tempek kat sini.
Insya-Allah majlis pernikahan akan dilangsungkan pada tahun ini juga
Iaitu pada 11.11.2011


Inilah dia tunang adik...Afidah
Picture taken from FB Afidah's friend.