Thursday, September 29, 2011

Short Pants [TUTORIAL Bergambar]

Ini adalah projek recycle.
Jumpa kain pelikat daddy yang dah koyak.
Tapi masih banyak bahagian yang masih elok.
Offer pada daddy untuk jahit bahagian yang dah koyak tu tapi daddy kata tak per, payah.
So dapat idea untuk buat kan daddy short pants.

Buat short pants ni mudah saja.
Untuk yang nak belajar bermain dengan benang, jarum dan mesin boleh cuba tutorial ni.

Peralatan:
1. Kain (boleh juga menggunakan kain lain selain kain pelekat).
2. Pita ukur
3. Pembaris
4. Gunting kain
5. Kapur penanda
6. Seluar contoh
7. Getah kain

*semua perlatan ini boleh dibeli di gifishoppingstore.blogspot.com


First Step (Tanda dan Gunting):
1. Lipat kain pelekat kepada dua bahagian (seperti gambar)











2. Letakkan seluar contoh di atas kain pelekat tadi (seperti gambar)
3. Pastikan bahagian yang lurus di bahagian tepi.
4. Pastikan ada bahagian kain pelekat yang lebih  (dalam 3") untuk bahagian yang bertanda anak panah.








5. Gunakan kapur penanda dan tandakan di sekeliling seluar contoh.
6. Untuk bahagian A, B dan C jadikan ia garis lurus (walaupun pada dasarnya ia tidak lurus)
7. Untuk bahagian D dan E ikut lekuk seluar contoh.








8. Selesai menanda peringkat pertama, alihkan seluar contoh.
9. Tanda pula garisan untuk memotong.
10. Setiap bahagian haruslah dilebihkan ketika memotong untuk bahagian jahitan.
11. Ikut seperti gambar:
A. Lebihkan 3"
B. Lebihkan 1/2"
C. Lebihkan 1/2"
D. Lebihkan 1/2"
11. Potong mengikut garisan kedua (yang telah dilebihkan).


* Ini adalah bentuk yang sepatutnya diperolehi selepas proses menggunting.
* Mesti ada dua helai bentuk seperti ini.
* Lipat kembali setiap helai bentuk ini menjadi seperti gambar di atas semula.
* Seterusnya adalah proses menjahit.








Second Step (Menjahit):
1. Jahit terlebih dahulu bahagian lekuk yang pendek (seperti yang ditunjukkan anak panah dalam gambar).
2. Jahit kedua - dua helai potongan kain.
3. Jahit pada garisan dalam yang telah ditanda mengikut saiz seluar tadi.







4. Letak kedudukan kepingan kain seperti di dalam gambar.
5. Temukan bahagian dalam kepingan A dan bahagian dalam kepingan B dan sematkan pin.
6. Mulakan menjahit pada kepingan A dan B yang telah disematkan pin tadi.
7. Proses ini adalah untuk mencantumkan kedua-dua kepingan untuk membentuk seluar.






8. Inilah bentuk yang sepatutnya diperolehi setelah mencantumkan bahagian dalam kepingan A dan bahagian dalam kepingan B.
9. Bentuk seluar telah pun diperolehi.









10. Lipat bahagian atas seluar ke dalam (seperti gambar).
11. Saiz lipatan adalah 1 1/2"
12. Ini adalah untuk meletakkan getah.










13. Mulakan jahitan daripada titik A hingga titik B.
14. Ruang antara titik A dan titik B iaitu ruang C dibiarkan terbuka tanpa jahitan untuk tujuan memasukkan getah.










15. Potong getah kurang 4" dari saiz pinggang.
*Cth: pinggang = 30". Potong getah dengan ukuran 26".
16. Satu hujung getah disematkan dengan pin dan satu hujung lagi dibiarkan terbuka (seperti gambar).









17. Mula masukkan getah ke dalam lipatan seluar yang terbuka tadi.
18. Gunakan bahagian getah yang telah disematkan dengan pin.
19. Mula menarik getah tersebut masuk ke dalam lipatan yang telah berjahit sehingga ia bertemu dengan bahagian hujung getah yang satu lagi.
20. Pastikan hujung getah yang satu lagi kekal di kawasan lipatan seluar yang tidak berjahit itu (titik mula getah dimasukkan).




21. Jahit getah tersebut apabila kedua-dua hujung telah bertemu (seperti gambar).
22. Kemaskan kedudukan getah.
23. Bolehlah dijahit bahagian lipatan yang terbuka tadi (tempat getah dimasukkan).
24. Jahit pula bahagian kaki seluar.
25. Saiz lipatan kaki seluar adalah 1/2"







Inilah hasilnya.
Selamat mencuba...





 

No comments: