Friday, November 29, 2013

Pengajaran

Cerita semalam. Kerana kelalaian sendiri 40 minit memandu dalam debaran. Memang dub-dab-dub-dab jer jantung sepanjang perjalanan. Stressed kak ton!

Biasa sebelum drive ke office benda pertama yang saya concern adalah minyak. Pastikan minyak kereta cukup untuk pergi dan balik kerja. Atau sekurang-kurangnya cukup minyak untuk pergi kerja.

SEMALAM...dengan penuh confident drive ke office TANPA memeriksa keberadaan minyak kereta. Inilah yang kita panggil OVER CONFIDENT!!! Memang over!!! So masa balik tu tergerak hati nak tengok minyak. Hamaigad! Hamaigad! Dah menyala. Iniiiiii serius. Terus rasa berdebar-debar. Apakah???


Apa nak susah kan isilah minyak dekat petrol pam terdekat. Tetapi malapetaka sungguh sebab dalam wallet cuma ada RM 3 jer. Yer inilah bahana bila tak reti check duit dalam wallet sendiri. Selalu MR. Daddy yang jadi reminder. Lawak apakah isi minyak kereta RM 3??? And I'm not a card credit user plus all card bank semua pada MR. Daddy.

Lalu memandulah dengan penuh debaran dan ketakutan sambil memaki diri sendiri. Actually minyak tu masih boleh pergi lagi 60km dan jarak office saya ke rumah adalah 40km. TAPIIIII petang tu hujan. Jadi kesesakan di atas jalan adalah dijangka sebab tu lah jadi takut.

Lalu membuat panggilan kecemasan pada MR. Daddy. Minta dia decide jalan mana nak ikut dalam keadaan minyak yang macam tu. Highway or old road. MR. Daddy kata jalan lama. Dalam hati berdoa janganlah ada excident or bad traffic otherwise I'm dead.

Finally managed to reach home safely without any dramatic scene all way home. Huh rasa nak buat lompat bintang. Gila pathetic. So korang kalau sesiapa tiba-tiba terpaksa hadap situasi macam ni ada tips untuk korang.

1. Jangan bawa laju. Lagi laju korang tekan minyak lagi cepat minyak habis. Waktu-waktu macam ni memang betul kata-kata pepatah melayu: biar lambat asalkan selamat.

2. Avoid break as much as you can. Ini pun membantu korang menjimatkan minyak yang dah nazak tu.

3. Maintain kelajuan. Kalau korang bawak 80km/hour try maintain speed tu. Ini pun bantu control petrol korang. Tapi kalau kereta depan slow silalah potong.

4. Tapi kalau korang stuck dalam heavy traffic the best way ambik lane paling kiri. Bukan apa kalau keadaan memang dah tak boleh nak diselamatkan korang boleh berhenti terus tepi jalan. Lepas tu pandai-pandailah minta tolong.

Wednesday, November 27, 2013

Rindu Sama Kamu

Budak kenit ni masih tak berapa sihat. Batuk dan selsema masih berkuasa. Bila batuk tu yang buat dia marah. Mulalah kang nak merengek jer. Sudahnya mami juga yang tak dapat buat apa-apa. Makan pun dah kurang. Teachers dia semua kata dah susut, dah kecik, dah kurus. Nak buat macam mana? Dah dia tak berapa sihat tu. Selera pun tak berapa nak ada.

Rindu dengan dia waktu dia sihat. Cergas, aktif, banyak mulut, kuat makan, kuat membebel. Walaupun letih melayan kerenah dia waktu aktif dan cergas tapi tak pelah. Begitu lebih baik. Daripada tengok dia sakit tak bermaya macam sekarang. Sedih rasanya.

 Mami jarum kesayangan.

Tak bermaya. Lebih banyak tidur daripada buat apa-apa aktiviti.

Cepat sembuh ya sayang. Nanti mami bawa kamu jalan-jalan macam selalu. Boleh main dengan abang, boleh gaduh dengan abang.


Tuesday, November 26, 2013

Bertemu dan Berpisah...v.2

Sorang lagi staff daripada seksyen kami akan bertukar. Cuma yang ini perginya tak jauh. Cuma tukar department. Dan dia sendiri yang minta tukar. Nak minta kerja shift sebab katanya penat travel setiap hari kalau kerja office hour. Iyelah kerja office hour lebih kurang 22 hari dalam sebulan. Kalau shift cuma lebih kurang 15 hari dalam sebulan.

So sebagai tanda penghargaan di atas kerja kerasnya kepada seksyen kami selama ini, kitorang pun buatlah jamuan kecil...makan-makan. Saya suka! Saya suka! Ko gila tak suka makan. Lepas berhempas pulas fikir nak pergi makan dekat mana akhirnya pergi balik ke Nasi Arab sebelah dataran Nilai tu. Situ jer yang senang nak ke masjid.

 En. Mohd Zin. Berkhidmat dengan seksyen kami selama hampir 4 tahun. Ini tengah beri ucapan.

 Yang tukang rai. Yang tengah tu bos. Kecik molek jer orangnya. Yang kanan sekali tu kawan gossip hangat.

 Antara staff lelaki dalam seksyen kami. Yang main telefon tu baru jadi daddy. Tengah excited. Tapi newborn dia memang comel.

 Yang tutup mulut tu salah seorang officer seksyen kami. Itu musuh ketat. Sama-sama mulut longkang. Tapi hari tu dia paling banyak kena pancung.

Penyampaian cenderamata. Semoga En. Zin akan terus maju di department yang baru. 

Tengok orang lain kena transfer sana-sini saya pun berdebar jugak. Saya syak sikit bulan lagi macam saya pun akan kena juga. Sebab batch saya majoriti semua dah kena transfer. Tinggal lagi sorang berdua (termasuk saya) yang masih kebal. But I believe sooner or later pasti akan ditolak keluar juga. Take it or leave it. 


Sunday, November 24, 2013

Menjahit Lagi

Minggu lepas ada customer tempah baju. Kebetulan weekend tak ada pergi mana-mana so kita buat. Cuma Nuha tak berapa sihat. So jahit tersangkut-sangkut. Bila tersangkut-sangkut mood pun hilang.

Tapi sempat jugalah siapkan sepasang. Saya jenis kalau menjahit tu kalau boleh sekali duduk terus nak siapkan. Tapi biasanya memang tak dapatlah sebab banyak kot benda lain yang nak kena usik juga.

So tiap kali kalau orang hantar kain nak tempah baju saya akan bagi tempoh siap estimate dalam dua minggu. Sebab hujung minggu jer dapat menjahit. Hari biasa balik kerja memang tak dan. Gedebak gedebuk buat itu ini tau-tau dah pukul 12.00.

Siapa nak cepat urgent memanjang saya memang geleng kepala laju-laju. Memang tak akan saya ambil. Tak lalu der buat kerja rushing rushing ni...

Friday, November 22, 2013

Jual Durian Katanya

Budak-budak memang suka meniru kan. Diorang tengok, then diorang belajar, then mulalah nak apply. Try test kata orang. Sebab tu kepimpinan melalui tauladan. Baik contoh yang kita tunjuk...baiklah ikutan mereka. Begitulah sebaliknya.

Macam Irfan dengan Nuha. Nuha tu walaupun baru satu tahun belum pandai cakap pun tapi meniru apa yang kita buat memang ligat. Buat masa sekarang idolanya abang Irfan. Apa yang abang Irfan buat semua dia nak tiru. Dan Irfan macam biasa memang suka buat benda tak senonoh. Lalu terciptalah dua orang budak yang suka buat kerja aneh-aneh.

So siapa idola Irfan? Persekitaran dia. Kalau pada pandangan mata dia apa yang seseorang tu buat nampak cool maka dia akan cuba apply. Bukan sekadar tertumpu pada perbuatan malahan percakapan. Kalau ada perkataan yang aneh-aneh pada pendengaran dia, dia akan cuba guna.

Last night dia "jual durian". Hasil daripada pemerhatian dia. Selalu kalau pergi menghala Seri Kembangan tu tepi jalan ada orang jual durian. Dia memang suka durian. Jadi suasana tu memang capture pandangan mata dia. Dan hasil pemerhatian itu...

Terciptalah






Penjual duri

Monday, November 18, 2013

Cerita Dua Beradik

Assalamualaikum pagi Isnin...

Kembali berkerja setelah dua hari bercuti. Cuti yang tak berapa rasa cutinya. Biasalah kan Isnin - Jumaat "kerja" di office, Sabtu - Ahad "kerja" di rumah pula. Kerja ni sampai bila pun tak habis. Even dah tutup mata pun masih lagi kerja. Tu yang kadang-kadang rasa nak cuti dan pergi holiday. Itu jer caranya supaya dapat "berhenti" daripada berkerja. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii cuti untuk tahun ni dah habis. Sekian!

OK itu mukadimah. Cerita sebenarnya pasal budak dua beradik tu. Hujung minggu tak pergi mana-mana. Satu sebab mami diorang kena siapkan baju orang. Dua pasal hujan. Tak syok pergi jalan-jalan bila hari hujan lagi-lagi bawa budak ni. Leceh. Dah lah si Nuha tu masih lagi batuk and selsema. Jadi biarkan diorang habiskan masa di rumah sahaja.

Dua beradik ni kalau main tak bergaduh adalah tidak sah. Harus ada seorang yang akan terpekik terlolong. Mula-mula main sama-sama...elok jer kau pegang hujung sana aku pegang hujung sini. Lepas lima minit start pertandingan siapa kuat dia menang. Startlah berebut. Nak conquer semua. Tak moh dah pegang hujung-hujung jer. Yang menang ketawa yang kalah menangis.......

Apa sahaja permainan, apa sahaja barang, apa-apa sahaja. Semua akan jadi rebutan. Adik pantang tengok abang punya mainan. Abang pangtang tenogk adik punya barang. Semua jadi alasan bergaduh.



Main kereta. Mula-mula abang main sorang. Lepas tu adik tengok macam syok jer...macam syok jer... adik pun nak join. Abang kata ok. Adik naik belakang. Adik pun naik dengan senyum lebar. Kereta pun jalan. Abang happy bawak kereta sambil nyanyi-nyanyi. Adik pun seronok tumpang kereta abang. Senyum lebar sampai telinga.

Kereta pusing-pusing bawa abang dengan adik. Kejap-kejap hon berbunyi. Adik ketawa...abang geli hati. Lepas lima minit abang dah berhenti berbunyi. Saya toleh tengok muka abang dah tak senyum lagi. Bila tanya kenapa? Katanya adik ni berat. Bila tengok adik, muka dah kerut-kerut tolak belakang abang suruh depan lagi. Padahal abang dah tersepit dekat stereng.

Then saya hulur tangan nak angkat adik sebab air mata abang dah meleleh ke pipi. Adik tepis garang sambil geleng kepala tanda dia tak mahu ke tepi. Bangunlah si abang bawa diri...menangis berlagu kalah berebut kereta sendiri. Adik happy. Sebab tahu dia menang lagi.

Haish lah adik. Lepas pujuk abang dengan adik main sekali lagi.


Friday, November 15, 2013

Pentingnya Pas Pekerja

Assalamualaikum dan Salam pagi Jumaat allsssss.

Pagi Jumaat pergi kerja ditemani hujan lebat. Hujan rahmat. Yang tak rahmatnya bila ada driver dah hujan lebat pun tak reti-reti nak pasang lampu. Nak jimat elektrik ke apa??? Pasang lampu waktu hujan bukan sebab ko tak nampak jalan tapi sebab driver lain tak nampak ko. Reti????

Ok habis mukadimah yang tak ada kena mengena dengan tajuk entry. Ini nak cerita pasal pas kerja. Tahu kan pas kerja tu apa. Tak tahu sila hantuk kepala dekat dinding.

Ini satu contoh pas pekerja yang vouge.

So kenapa pas pekerja ni perlu??? Teringat satu kes yang jadi di Putrajaya baru-baru ni. Kebetulan arwah mangsa tu saya kenal. Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Orang ramai yang cuba membantu try nak on handphone mangsa tapi tak ada bateri. So last choice diorang sebarkan gambar pas pekerja mangsa dalam laman sosial. Minta sesiapa yang kenal mangsa untuk hubungi diorang.

Long story cut to short...akhirnya majikan dan keluarga mangsa dapat dihubungi. See betapa membantunya pas pekerja ni. Maybe ada yang fikir IC, lesen semua kan ada. Ye andaikan waktu berlaku kecelakaan tu semua barang berharga korang di curi. Maklum saja kan rakyat Malaysia ni macam-macam ragamnya. So benda yang terakhir yang mungkin tinggal dengan korang adalah pas pekerja.

Jadi kesimpulannya pakailah pas pekerja korang tu. Janganlah segan-segan ek. Walaupun sedar diri yang gambar pada pas pekerja tu buruk nak mati. Akulah tu. Sekurang-kurangnya ia mungkin dapat membantu di dalam waktu kecemasan. 


Thursday, November 14, 2013

Rentetan Ops CANTIK

Lepas office dah cantik dan kemas dan selesa terus rasa meluap-luap nak menjahit. Maka sekali lagi sinsing lengan memulakan operasi menyiapkan baju customer. Kalau office masih berserabut mahu tak siap jugak lagi baju customer ni. Kui kui kui.

Tak der makna eh! Baju orang ni dah nak masuk tiga minggu terserepuk dekat kabinet. Malas gila nak potong, malas gila nak jahit. Sebab kainnya kain chiffon. Licin lembik. Maka kita kena tunggu mood. Tunggu punya tunggu punya tunggu mood lain yang sampai. Mood tuan punya kain. Baju dah nak pakai tapi kain tak potong lagi. Acaner????

Lalu dengan lafas bismillah kita mula memotong....

Dan selepas satu hari.....

Hasilnya....


Baju kurung Pahang untuk orang Johor. Bukan susah sangat nak bat sebenarnya tapi nak mula tu yang ampunnnnnnnnnnnnnnn payahnya. Banyak benor alasan. Bila dah start tu kejap jer...Kejap lah sangatttttttttttt.

Yang mengerlip dekat depan tu original yer. Kak ton tak kuasa nak jahit manik. Juling aiollssss


Wednesday, November 13, 2013

Home Office Yang...

...dah tak berapa nak home office.

Hoih pening kepala kak ton. Nak buat kerja pun dah tak ada ruang. Ini lah yang konon-kononnya sibuk melampaui tahap dewa dewi. Perasan sibuk adalah sebenarnya. Bulan lepas memang bulan tunggang langgang. Macam-macam hal jadi. Dengan budak-budak punya hal dengan kampung punya hal, dengan itu lah dengan inilah.

Akhirnya bilik ni telah dianak tirikan. Tapi inilah bilik kegemaran Irfan dengan Nuha. Banyak "mainan" diorang dalam ni. Asal diorang masuk bilik ni mesti keluar dengan muka happy. Kang mula lah mami diorang terjerit-jerit cari barang jahit semua hilang.

 Tak menahan dengan kamus bagai. Motipppp? Mencari ilmu itu tidak kira di mana sahaja....

 Sampai tak nampak meja. Barulah nampak super buat-buat sibuk

Selagi boleh letak, semuanya nak diletak atas meja tu.

So semalam masa Nuha dah ok dah mula main dengan abang operasi mengemas kini home office pun bermula. Kita namakan sebagai Ops CANTIK. Pesan pada Irfan suruh main dengan adik supaya Nuha leka. Maka proses sinsing lengan baju bermula. Gedebak gedebuk mengemas sorang-sorang. Habuk, sawang jangan cakaplah. Dah macam rumah tinggal. Bapak pemalas tuan office ni.

Buat susun atur balik semula. Kain-kain perca yang tak pakai tu semua buang. Tak da makna nak simpan-simpan dah. Polar semua letak satu tempat. Kertas keras simpan satu kawasan. Riben, piping buat tempat baru. Benang susun elok-elok. Kain semua packing semua tak berhabuk. Pergh berpeluh jugaklah ketiak. Patutlah berpeluh kipas tak pasang.

Selesai kemas ngam-ngam dah petang. Terus bancuh teh o ais. Sambil hirup teh o ais berpeluh sambil tengok kekemasan home office yang baru. Ops CANTIK berjaya!!! *sendiri kemas sendiri kembang hidung

 hins hins kembang hidung

 mesin-mesin ni mesti happy sebab baru boleh bernafas

 tiba-tiba rasa mood nak menjahit on

saya suka!!! saya suka!!!

Lepas tu malam Mr. Daddy tengok office dah kemas. Dia tanya. 

Mr. Daddy : Naper beria-ia kemas bilik ni. Selalu ok jer sepah-sepah tu.
Me : Nak tengok ruang yang ada sebab nanti senang nak beli mesin baru.
Mr. Daddy : *krik* *krik*


Tuesday, November 12, 2013

Berdua Lebih Baik

Semalam tak kerja. Si kenit demam balik. Actually dari dua minggu lepas Nuha dah demam. Tapi demam dia on-off. Kejap kang demam...panas badan. Lepas sejam dua macam tu ok balik. Kadang tu panas dari pagi sampai ke malam. Biasanya kalau badan dia panas tu, jaram dengan air atau mandikan dia. Kalau tak jalan jugak, baru bagi ubat.

Semalam badan dia memang panas. Start dari pukul 2 pagi sampai ke Subuh. Malam tu pun dia tidur tak tidur jer. Dengan batuknya dengan hidung tersumbatnya. Kita sendiri pun kalau macam tu tak selesa nak tidur. Dia kecik apatah lagi. Meragam jer.

Pagi tu lepas bagi makan, ye Nuha ni satu jer demam ke tidak ke makan tetap makan. Itu yang bagus tu. Kalau si abang tak demam pun tak nak makan. Kalau demam apatah lagi. So lepas makan tu mandikan dia. Tunggu sekejap tengok surut ke tidak panas badan dia. Lepas setengah jam macam tu panas dia turun. Lega. Tak payah bagi makan ubat.

Si abang pun semalam tak nak pergi nurseri. Nak tolong mami jaga adik. Katanya. Jagalah sangattttttttttt. Penyudahnya menambah migrain mami jer. Huish. Si adik lepas bangun tidur tengah hari menggelupur kelaparan. Bagi makan. Lepas makan cergas. Mula lah melasak. Tak boleh duduk dah.

Tengok abang sibuk "mengemas" laci mainan, dia pun nak menolong. Si abang sambil mempomen mainan dia mulut dok bising 'jangan lah adik...janganlah adik'. Lantak korang lah.



Redha jer lah rumah macam berperang dengan todak. Penak mengemas. Kemas kiri...kanan dengan belakang tunggang langgang. Kemas kanan...kiri dengan depan macam kena serang. Suka korang lah. Tengok askar berdua ni tidur barulah rumah ada sikit rupa rumah. Itu korang belum tengok dinding lagi. Penuh dengan art si abang. Art adik belum sampai seru lagi.


Friday, November 8, 2013

Home Made Portugise Grill

Oleh kerana kak Ton verangan kak Ton tengah dalam mode: diet on maka kak Ton pun gigih mencari menu-menu so-called diet menu. Hoih hampa sungguh. Menu diet semua pun nampak hambar dan tidak membangkitkan nafsu selera. Jadi marilah mencari menu makanan sihat (kononnnnnnnnn!!!).

Grilled!!!! Oh suka-suka. Sedap pun iye...senang pun iye. Gaul-bungkus-panggang. Selesai. Bagi ibu-ibu bekerjaya yang malas terkejar-kejar masa macam saya boleh try stail ni. Portugise grill ni kalau dekat luar saya pernah makan paling murah pun RM 7.50. Udang 4 ekor, sayur bendi potong selim 3 ketui.

Baiklah buat sendiri. Puas makan. Resepi asal dah tak ingat korek dari mana. Resepi yang ni ikut tekak saya.

Bahan-bahan
Udang atau sotong atau ikan pari
Kacang bendi
Bawang besar
Bawang putih
Cili pes atau cili giling
Kunyit (1 sudu kecil)
Garam sedikit
Serai beberapa batang.

Kekdah membuatnya
1. Udang @ sotong @ ikan pari tadi basuh dan potong ikut saiz yang korang suka. Toskan.
2. Bawang, bawang putih, serai dipotong kecil. Kalau rajin korang boleh blend. Kalau malas tak cukup masa potong je kecik-kecik.
3. Dalam mangkuk besar campurkan semua bahan yang dah diblend @ dipotong kecil tadi. Masukkan juga cili pes, kunyit, garam.
4. Campurkan dengan sedikit air. Gaulkan.



5. Susun udang @ sotong @ ikan pari yang dah ditos tadi atas aluminium foil. Masukkan juga kacang bendi yang dah dipotong kecil.



6. Tuangkan sambal yang dah digaul rata tadi.



7. Tutup aluminium foil dan sedia untuk dipanggang. Panggang dalam 15 minit macam tu.

Senang kan. Puas makan. Tapi misi berdiet gagal. Dari sesenduk nasi jadi bersenduk-senduk. Tak pelah bukan gemok sangat pun *pujuk hati sendiri.


Udang dan sotong portugise grill.

Thursday, November 7, 2013

Merindu

Assalamualaikum....Selamat hari Khamis.
Lama tak update. Ada banyak cerita tapi cerita sedih. Tak berapa minat nak kongsi dekat blog walaupun rasa blog ni dah macam diari cuma ini diari terbuka. So ada batas dalam penulisan. Cuma sekarang ni rasa macam dah tak berapa down sangat so bolehlah menulis balik.

Selalu pesan pada diri bila datang musibah itu tandanya Allah ingat pada kita. Musibah itu sesuatu yang boleh kita tanggung tapiiiii sebagai manusia rasa down tetap ada. Ini pun baru beberapa hari lepas dapat pulak berita yang masih tidak menggembirakan. Tak apalah yang itu saya pilih untuk let go. Dah cuba untuk diperbaiki tapi masih tidak dihargai. Jadi saya lepaskan untuk pergi. Full stop.

Oh ada reader comment mintak tunjuk halfmoon shawl double layer. Actually cara buatnya sama macam satu layer tu juga. Cuma untuk double layer buatlah dengan panjang yang berbeza. Yang luar tu buat saiz yang ditunjuk pada tutorial dan satu layer lagi pendekkan beberapa cm di kelilingnya.

Hari ni taip entry untuk lepaskan rasa beban dalam jiwa. Tak dapat nak cerita tulis sikit-sikit pun rasa lapang dada.

Insya Allah semoga hari esok dan mendatang diberikan kekuatan untuk menempuhnya....