Monday, August 27, 2012

Back To Reality

Tamat sudah cuti panjang.
Tamat sudah masa untuk berfoya-foya di siang hari.
Tamat sudah masa berehat panjang di waktu tengah hari.
Hari ini kembali semula ke dunia nyata.

Selamat bertugas kepada yang baru memulakan tugas pada hari ini macam sayer.
Yang dah start kerja dari minggu lepas lagi, tahniah lah!
Kuat sungguh keazaman korang.
Yang baru nak start bercuti tu, syoknya.

Kami balik dari kampung saya (Sg. Besar) pagi Sabtu lebih kurang pukul 8.30 pagi.
Alhamdulillah jalan lancar.
Tapi tak terus balik ke Putrajaya.
Kami ke rumah MAK di Pantai Dalam, KL.

Sampai rumah MAK, memang tak ke mana-mana.
Dok melepak jer dalam umah.
MR. Daddy domam.
On-Off sesajer.
Selalunya bila raya saya atau Irfan yang demam.
Tapi this year MR. Daddy yang kena.

Masuk office pagi ni suasana macam biasa jer.
Semuanya dah masuk kerja semula.
Adalah sikit-sikit update story raya memasing.
Selebihnya cerita biasa-biasa jer.

Irfan pun meragam masa hantar nursery pagi tadi.
Maklumlah lama gilaaaaaaaaaa dok bawah ketiak mak-ayah dia.
MR. Daddy yang demam tu pun terpaksa gak pi kerja.
Pergi klinik tak dapat MC.
Doc kata MC hanya untuk penyakit berjangkit sahaja.
Sabo jelah.

Oklah dah tak tahu nak taip apa.
Next time update lagi.

No comments: