Thursday, December 30, 2010

Esok Cuti...Sukeeeeeeeee

Esok cuti.....Sukeeeeeeee...

Terima kasih kepada pasukan bola sepak Malaysia sebab dah menang Piala Suzuki AFF yang telah menjadi punca esok cuti. Hmmm...cuti tiga hari apa nak buat???? Kena mula fikir dari sekarang nih...

Tahniah erk pasukan Malaysia sebab dah mula tunjuk taring...

Thursday, December 23, 2010

The Smell is Getting Closer

Baru jer dapat official dairy dari bos. Dairy untuk tahun depan.

Cepat-cepat saya tarik kalendar untuk tahun depan. Hmmm... + 9 hari lagi untuk saya jenguk muka tahun 2011 kalau Allah mengizinkan saya untuk menjenguknya.

Azam tahun baru?

Sinonimkan...? Kalau sebut tahun baru mesti nak kaitkan dengan azam baru.

Tapi seeloknya sebelum mengimpikan azam yang baru mari tengok semula azam yang telah kita buat pada tahun sebelumnya. Tercapai? Kalau ia, baguslah...anda memang seorang yang sangat berprinsip.

Kalau belum tercapai tanyalah diri kita kenapa azam kita tu tersadai tak sampai ke puncak.

Check juga adakah azam yang kita buat itu membawa kebaikan kepada diri kita, keluarga dan agama? Berazamlah kepada sesuatu yang membawa kebaikan untuk kita.


Selamat memasang azam tahun 2011...

Taken from google

Wednesday, December 22, 2010

Motivasi...

Motivasi di petang hari...

"When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it."

BUT...

"If you believe in yourself, probably sooner or later you will get it."

JUST...

do your best.
pray.
the rest leave it to Him....
because only Him know the best for you


Tuesday, December 21, 2010

Salah Pilih

Kena tukar baju lagi ni...baju yang ni kurang mesra alam...
Jenuh nak posting apa-apa...terpaksa guna jalan panjang.
Ok nak pergi cari baju utk blog kiter ek...

Daaaaa....

Tak Dan...

Cuma sempat tukar baju untuk blog jer...tak dan lagi nak buat kemaskini. Sendiri tengok pun rasa pening. Tengah cari masa maklumlah hujung tahun ni semua nak kena kemaskini...

Itu jer nak tulis...

Thursday, December 16, 2010

Terasa macam dah lama betul tak update blog. Macam-macam hal kebelakangan ni. Badan pun rasa tak best jer..selalu rasa penat. Si Irfan pun tak berapa sihat sebab dah tumbuh gigi lagi. Kali ni tiga batang serentak.

Dekat office pun agak sibuk jugak. Nak siapkan report tahunan, kemaskan perbelanjaan, buat perbelanjaan baru untuk tahun baru yang bakal menjelma lebih kurang dalam dua minggu lagi. Sekejap jer kan...dah nak masuk tahun baru lagi.

Sebut tahun baru pasti sinonim dengan azam baru. Tapi kenalah check azam yang lama tu dah capai ke belum? Dan kalau boleh bila berazam tu azamlah sesuatu berdasarkan kemampuan kita janganlah buat azam yang kita tahu memang tak boleh nak capai. Sebab kalau macam tu macam tak ada maknanya jer kita pasang azam.

Ok kerja dah memanggil-manggil...pergi dulu.

Daaaaaa

Friday, December 10, 2010

Kebetulan Yang Menjadi Peringatan

1st of Salam Tahun Baru buat semua. Semoga tahun baru ini membawa anda selangkah lagi meniti kejayaan. Pasang azam baru untuk tahun baru? Hmm azam tahun lepas dah capai ke? Kalau nak pasang azam baru tu tak ada salahnya cuma kalau boleh biarlah azam yang berpijak di bumi yang nyata ok...

Lately ini saya selalu terserempak dengan kemalangan jalan raya yang mengerikan, kurang mengerikan dan yang tak berapa nak ngeri but still dipanggil eksiden kan?

Kadang-kadang on the way nak ke office, kadang-kadang masa nak pergi makan lunch, kadang-kadang masa balik dari kerja...selalu sangat jumpa eksiden.

Yang nampak life depan mata...ngeri wooo terkoyak kulit tangan dan kaki, yang nampak sipi-sipi, yang nampak kenderaan jer yang remok..macam-macam lagilah.

Semua itu mungkin kebetulan untuk saya tetapi kebetulan yang menjadi peringatan. Kadang-kadang saya tengok ada sikap sesetengah pemandu memang tak boleh nak sabar. Laju satu hal, mencilok sana sini lagi satu hal. Kalau awak sorang ajer yang tergolek patah sana sini tak apa, tapi selalunya mesti melibatkan orang lain.

Jadi belajarlah bersabar. Saya selalu ingatkan kepada daddy, kalau orang lain tak boleh sabar kita yang sabar...kalau orang lain tak boleh nak hati-hati, kita yang berhati-hati...Insya-Allah kemalangan dapat dielakkan.

Ingatlah orang yang tersayang...anda mampu mengubahnya.


Monday, December 6, 2010

Panggilan Dari Laut

Sepatutnya minggu lepas kami balik kampung saya di Sungai Besar. Tapi atas sebab-sebab yang tak tentu rancangan tersebut digendalakan di saat-saat akhir. So bangun pagi Sabtu rasa boring pulak. Lepas sarapan kemas rumah sikit tengok tv kejap sambung tidur balik.

Bangun tidur pukul 1 tengah hari terasa ada bisikan dari laut...e-ce-ceh!!! Kononnya panggilan dari laut yang bebenornya nak merayap.

Lantas mengutarakan hajat di hati kepada daddy

"Jom pergi PD bawak Irfan."

Irfan jugak yang dijadikan alasan...hehehehe

Maka tepat pukul 3 petang kitorang pun bertolak ke PD. Ikut jalan dalam Bangting-KLIA-Sepang-Port Dickson. Petang tu hujan renyai-renyai dalam perjalanan tapi alhamdulillah sampai sana dah tak hujan. Seronoklah si kecik tu memunggah pasir dari pantai campak ke laut.

Ikut laluan KLIA-enstek lebih dekat
Irfan dah mula mengamuk bila sampai dekat Sepang sebab dah penat bosan. Budak kecik ni tak boleh duduk dalam kereta lebih daripada 30 minit.
Jenuh pujuk suruh behave tapi dia dah mula meronta-ronta.
Bila dah sampai...sangat teruja...mummy dialah, Irfan rileks jer
Masih lagi takut-takut nak cecahkan kaki dekat air laut tu.
Peace...mummy happy Irfan pun seronok
Pengunjung yang datang petang tu. Agak ramai juga tapi pantai tak sesak lagi. Ramai yang tengah bercamping dekat belakang.
Next time datang daddy ajak tidur kat chalet tu...
Banana boat...Yang ini daddy yang teruja sebab belum pernah naik lagi.
Layang-layang
Irfan yang sibuk dengan pasirnya. Dekat sini aja boleh main pasir, kalau kat tempat lain main pasir riuhlah mulut mummy...
Inilah yang tak syok, makan tahu buang sampah tak tahu..bila pantai kotor dialah paling bising. Siapalah umat yang kurang cerdik nih?
Tengoklah tu busy betul dia dengan pasir yang kering dan pasir yang basah.


Next time Insya Allah kita datang lagi ye sayang. Petang tu Irfan main cuma dapat dalam sejam aja sebab hari dah hujan...

Friday, December 3, 2010

Bila Tak Kerja

Semalam kami tak kerja ambil cuti segera sebab baby-sitter Irfan ayah dia masuk hospital. Sepatutnya saya seorang sahaja yang bercuti tapi daddy ni memang tak boleh kalau saya cuti dia kerja, kecuali ada kerja penting. So end up dua-dua tak kerja.

Pagi tu kami tak ke mana-mana. Main dengan Irfan dekat rumah jer...daddylah yang main dengan Irfan, saya sibuk menjahit, kononnya.

Petang tu dalam pukul empat, lebih kurang kitorang keluar makan dekat luar sebab makanan yang sesuai untuk Irfan dah habis.

Lepas makan pergi sales office sebab kitorang nak tanya pasal rumah yang kitorang cadang nak beli tu. Sekali pergi sudah sold out daaaaa...yang tinggal yang kitorang tak berapa berkenan. Tapi ada satu rumah tu (teres setingkat) macam ok jugak tapi hati masih berbelah bahagi.

Lastly kitorang decide kalau ada rezeki rumah tu pasti jadi hak kami. So kami bersabar dulu sampai duitnya betul-betul cukup dan dapat beli rumah yang betul-betul kitorang admire. Orang yang sabar tu ganjarannya besar kan...

Balik dari sales office bawa Irfan pergi taman. Kasik dia jalan puas-puas sampai penat. Maklumlah rumah sekangkang kera tak puas dia berjalan, pemandangan pun tak jauh. Dapat berjalan kat taman...fuhhh sakan budak tu.


Nampak tak bunga teratai yang pelbagai warna tu. Ada putih, pink, ungu dan kuning. Cantik sangat...

Irfan pun suka tengok bunga teratai yang cantik tu sampai berkerut-kerut muka...

Hello kecik, hati gumbira aaa dapat jalan sampai puas...

"Sinilah Irfan gambar dekat sini, cantik..."

"Tak mau...tak mau...Irfan takut, bunyinya sangat kuat"

"Ha kan tak ada apa-apa"
"Gayatlah daddy"

Ambang Botanik

Saya suka jambatan ni. Saya selalu bayangkan ambik gambar pengantin di sini tapi bukan pengantin sayalah. Mesti cantik kan? Korang boleh bayangkan?

Bila kaki dah cecah tanah, bukan nak kena pegang.

Kesian daddy...kena joging kejar Irfan yang suka berlari. Tak mahu jalan dah...


Turtle...tapi sayang airnya keroh. Ikan keli pun banyak tapi tak nampak.

Tengoklah tu berlari saja.

Tangan gatal. Sempat lagi nak mencuit-cuit apa yang dapat dicapai tangan kecik dia tu.

Buai...buai...buaiku laju.

Siapa yang lebih gembira? Irfan ke mummy?

Huhuhu kepala dinasour ni sangat menakutkan Irfan. Terjerit-jerit dia.

Main lagi...main sampai penat.

Menggelusur pulak...Habis hitam baju


Wednesday, December 1, 2010

Bila Tak Update Keadaan Persekitaran

Susah juga bila kita tak mahu ambil tahu keadaan persekitaran kita. Apa yang terjadi atau yang bakal terjadi.
Macam saya ni.

Sesungguhnya saya tidak tahu pun hari ini adalah hari happy hour dan J card day di JUsco sebelah rumah saya. So balik kerja ajak daddy makan dekat jusco.

Owh banyaknya kereta. Baru perasan jusco sesak luar biasa. Budget ada sales ataupun orang tengok wayang. So terus cari parking dekat tempat biasa.

Masuk ajer dekat dengan pintu jusco. Ya ampun umat manusia macam cacing. Happy hour punya promotion. Punyalah ramai. Berebut-rebut nak berjalan. Dengan anak kecik, dengan troli, dengan budak-budak yang di luar kawalan. Aduh rasa nak muntah.

Pusing cari jalan lain nak naik atas untuk makan. Sekali dekat atas bertembung pulak dengan orang yang beratur lima enam lapis. Aduh apa pulak ni? Owh terbertembung pulak dengan kawasan J card promotion.

Memang salah hari kami datang ke situ. Saya ni jenis yang allergic tempat yang penuh sesak nak jalan pun kena tahan nafas, rasa nak muntah. Mujur tempat makan tak ada orang. Maklumlah orang tengah sibuk berbaris.

So terus cakap dengan daddy, lepas ni kaena selalu update aktiviti jusco ni kalau tidak, macam nilah jadinya. Nasib baik Irfan kami tak pakaikan kasut, suruh daddy dukung ajer, ai memang tak lalulah.