Tuesday, August 28, 2012

Another Nine Weeks To Go

Pejam-celik pejam-celik tinggal lagi 3 hari sebelum berakhirnya bulan Ogos.
Sekejap sahaja masa itu berlalu.
Dan saya tinggal lagi 9 minggu atau kurang untuk menunggu hari kelahiran bintang pagi yang kedua.
Tetiba rasa seram.
Ngeeeeeeeeeee

Dalam usia kandungan masuk 31 minggu ni, badan memang tak larat.
Lebih-lebih lagi selera makan dah kembali macam early stage pregnancy dulu.
Asal makan jer meloya, keluar balik.
Itu ada yang tegur nampak kurus balik.
Kan Cik Ieyza kan... (",)

Tapi gagahkan juga untuk makan.
Dapat setengah senduk nasi pun jadilah.
Asal makan.
Kesian baby.
Trimester ketiga ni pertumbuhan baby agak laju.
So dia perlukan nutrien yang lebih.
See, kasih ibu.
Belum lahir lagi dah macam-macam yang dikorbankan *lapairmata*.

Tenaga pun dah makin kurang.
Buat kerja lebih sikit, badan mula lembik.
Pinggang dan belakang memang sakit.
Nak tidur malam lagilah susah.
Berdiri tak kena, duduk pun tak kena.
Tapi tetap bertabah.
Tidak semua wanita dipilih Allah untuk melalui pengalaman ini.
Sukar tetapi terlalu indah untuk terus dikenang.

Persiapan untuk baby satu hapa pun tak buat lagi.
InsyaAllah coming soon akan beli sikit-sikit dengan MR. Daddy.
Lagipun lepas cuti raya ni MR. Daddy tak berapa sihat.
Hari ni pun tak kerja.
Nak rest katanya di rumah.
Get well soon MR. Daddy.


2 comments:

Unknown said...

ohok ohok ohok!!
batuk, ada org sebut nama...

tapi seyes eby mang kuyus, gila jelita bila dah kurus macam tu... jeles la.... nak kurus camtu jugerk
>.<
apalah doc ni org kurus pon tak bagi... hahaha...
harap semuanya selamat ya b, eza doakan keselamatan dan kesihatan b and anak sentiasa... semoga Allah permudahkan segalanya

Unknown said...

Thanks Za. Waktu preggy kalo berat turun atau tak bertambah, mmg doc bising sikit sbb bimbangkan kesihatan baby. Tp setakat ni alhamdulillah...