Showing posts with label K.A.M.I.tempahan. Show all posts
Showing posts with label K.A.M.I.tempahan. Show all posts

Wednesday, March 29, 2017

Telekung....Lagi

Tempahan terbaru Telekung Nuha

Yang ini dari jiran Putrajaya...untuk anaknya umur 3 tahun kalau tak silap.

Nak warna purple.

Dan hasilnya...




Jom tempah juga untuk puteri kita. Biar dia happy nak menunaikan solat...ada dari saiz seawal usia 3 tahun. Ramai yang dah berpuas hati dengan Telekung Nuha ni tau...

Boleh whatsapp kak jeng untuk tempahan 012.616.3705 atau klik je link Tempahan Telekung untuk tau info lebih lanjut.

Tuesday, March 28, 2017

Tempahan Baju plus On Demand Shawl

Lagi tempahan baju package dengan shawl.

Kali ni customer kata dia nak shawl ala fareeda. Kak jeng ok saja.

Bajunya dia nak blouse 2 in 1. Maksudnya pakai dengan kain boleh dengan seluar pun boleh. Macam biasa kak jeng ok saja.

Then kainnya pula jenis kain batik sarawak ke sabah ntah. Yang ni dia nak kain duyung...pun kak jeng layan kan saja. Ya lah benda kita boleh, kita ok lah...yang tak boleh buat tu kita kenalah tanya dengan sifu.

Masa untuk menunjuk-nunjuk kikiki






Somel tak? Somel tak?

Eh eh ada yang nak tempah juga ke. Meh lah whatsapp kita

6012.6163.705

Insya Allah jahitan kemas dan berpuas hati. 


Friday, March 24, 2017

OMG Akhirnya

Setelah mengharungi banyak cabaran dan rintangan akhirnya siap juga palazo idaman kalbu kih kih kih drama sangat nih.

Banyak benar rintangan nak menyiapkan palazo ni. Bukannya apa, asal bentang je kain asyiklah terfikir "eh baju orang ni nak ambil dah." Penyudahnya lipat balik, buat dulu baju orang.

Atte macam mana nak siap palazo kita. Tetapi akhirnya berjaya juga *insert tepuk tangan*

Jadi mari berkenalan dengan palazo kak jeng *kenyit mata*






Apa macam? Gorgeous tak? Ada ke yang berkenan. Meh lah calling-calling kak jeng...bisik-bisik dalam whatsapp pun boleh tau. Saiz boleh dirunding sebab ini custom made so memang buat ikut saiz you all.

Material???

Kak jeng guna soft cotton tapi kak jeng ingat nak try jugaklah yang material untuk seluar lelaki tu...kot-kot lah lagi mengancam...ye dak.

Dannnn

Kak jeng juga ada try buat seluar style selain palazo. Saja test bakat...Yang itu next time kita show off okeh.

Saturday, March 18, 2017

On Demand Shawl

Kosong atau bermanik atau hiasan rama-rama. Anda tentukan. Begitulah cara on demand shawl dari kak jeng. Alahhhh macam subway tu.

Pilih roti-pilih daging/ayam-pilih sayur-pilih sos-bayar.



InsyaAllah coming soon blouse package dengan shawl di ebysafiahberbelog.blogspot

Thursday, March 9, 2017

Paling Lama Dalam Simpanan

Fuhhh...
Rekod simpan kain orang paling lama...lebih daripada tiga bulan. Biasanya dalam tempoh dua minggu ke sebulan je. Yang ni memang tak mampu nak mengelak.

Banyak habis masa dengan berfikir cara nak potong kain supaya boleh jadi baju seperti yang diminta oleh customer.

Kata customer kain ni dia beli di Brunei. Kainnya total 5meter. 

Tetapi...
Kain ni tidak dipotong 5meter terus, dipotong sekerat-sekerat. 1.25meter + 1.25meter + 2.5meter

Jadi...
Ia seperti puzzle yang perlu diselesaikan. Makanya lama lah masa yang diambil. Tapi bila dah jadi baju cantik pulak 😁
Cuma jangan salah faham ye, ini bukan baju pengantin...ini baju pakai pergi kerja.

Glamour kau 😇





Teringin juga nak buat baju lace gini...meh whatsapp kak jeng

www.wasap.my/60126163705/tempahanbaju

Polar


Polar ni kak jeng buat on demand.
Ada yang minta kita buat.
Ada pelbagai jenis polar.
Ada polar baju kurung biasa, baju kurung pesak gantung, baju kurung moden, seluar, skirt, shawl...eh macam-macam lah.
Whatsapp je kalau nak tahu.

www.wasap.my/60126163705/polar





Yang ni bukan polar customer...ini polar kak jeng.
Ni sebab lupa nak snap picture polar yang buat untuk customer so guna je lah gambar polar sendiri.

Ini polar untuk baju peplum kedut budak.
Yang ramai orang share-share dekat facebook tu kan.
Siapa rasa teringin nak try jahit baju sendiri raya ni boleh whatsapp kak jeng.

Oh nak tahu harga polar.
Murah je korang...bermula dari RM35.00 termasuk postage. Boleh guna banyak kali tahu. Tak rugi langsung membelinya. Worth the money 😉

www.wasap.my/60126163705/polar

Tuesday, January 31, 2017

Telekung Lagi

Assalamualikum...

👋👋👋👋

Good morning cutie
Good morning gorgeous
Good morning beautiful

Masih dengan projek telekung.
Tak menyangka pula sorotan dari Telekung Untuk Puteri ada permintaan dari kawan-kawan facebook.

Alhamdulillah, rezeki kan 





Semua ni yang dah di hantar dan yang akan dihantar. Ada yang berkenan 😄

Boleh contact kak jeng untuk detail ye.

Kita bisik-bisik dalam whatsapp +6012 616 3705 

Friday, January 20, 2017

Telekung Untuk Puteri

Haiiiiiiiiiiiiiii

Salam Jumaat yang barakah...

Bersempena dengan hari Jumaat ni mari kita bercerita pasal telekung 😄

Kisah telekung si puteri.

Cikgunya pesan supaya bawa telekung ke sekolah. Sampai di rumah dia beritahu tak nak bawa telekung putih tu, nak telekung baru warna pink.

Disebabkan tak nak dia murung pergi sekolah, kak jeng pun gigih jahitkan dia telekung baru warna pink malam tu juga. Mujur ada baki kain lycra warna pink. Aksesori kita guna saja apa yang ada dalam simpanan.

Dan hasilnya....


Kenalah letak jenama kita, ye dak.

Simple je asalkan si puteri berpuas hati.

Tambahan renda dan bunga kecil supaya tak nampak kosong sangat

Bahagian muka. Disebabkan dia ada dengan kita senanglah nak ukur muka dia so just fit je dengan dia.

Tali pengiat belakang. Pakai getah je. Tapi telekung budak ni kak jeng tak buat penutup dagu pun.


Up dekat facebook, sekali ramai pula yang berkenan.

Ramailah yang menempah. Oleh kerana buatnya pun tidaklah susah mana kak jeng pun terimalah tempahan dari kawan-kawan 😊

Ada dalam 12 helai semuanya. Dan berbagai warna...

Wednesday, January 18, 2017

Akhirnya Pilihan Hati Pelanggan

Assalamualaikum...

Alamak terputus dua hari tak mengupdate
So hari ni ada ruang kita selit aktiviti mengupdate blog ✌

Beberapa hari kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja office dan kerja jahit-menjahit. Memang agak terkejar-kejar. Kadang-kadang tak sedar terlelap. Letak je kepala terus hanyut.

Salah satu yang disibukkan; menyiapkan tempahan baju pelanggan. Pelanggan yang seorang ni tempah baju kurung Pahang bersulam. Sebelum ni kita dah buat beberapa corak untuk try design dan warna.




Lastly tunjuk design dan corak yang ini sebab daripada ketiga-tiga design yang dah dicuba tu nampak tak berapa kena. Mujur juga customer kak jeng setuju.

So sekarang kita tinggal buat full version untuk customer tu. Nak ambil hujung minggu ni tau...Harap-harap boleh siap.

Nanti bila customer dah terima baju dia kak jeng upload gambar full version deh... 😉

Saturday, January 14, 2017

Cabaran Menyulam

Menyulam ni walaupun bunyinya mudah sebab dah guna mesin auto tapi masih ada cabaran-cabaran yang perlu dihadapi.

Nak buat setting, nak edit design, nak mix and match...semua ni yang ambil banyak masa.

Itu belum kita kena deal dengan customer. Iyelah kita kenalah tanya pendapat dia, corak mana yang dia berkenan. Warna benang yang mana yang dia nak. Semua tu kena deal dengan customer sebab baju tu nanti dia yang nak pakai.

Kadang-kadang benda-benda macam ni pun dah ambil seminggu dua. 

Itu belum lagi nak menyulam di atas kain bercorak. Belum deal dengan customer, kau sendiri dah sakit kepala 😔


Menyulam atas kain bercorak ni kena banyak main dengan warna sebab kalau salah pilih warna nanti corak yang disulam tu akan tenggelam. Rugi je kan bayar mahal tapi corak sulamannya tak nampak

Corak pun kena dipelbagaikan supaya customer ada beberapa pilihan untuk dipilih. Bila customer happy, kita pun senang hati nak buat.
Nak hantar tempahan sulam? Boleh contact iols untuk bincang-bincang
🢂 012 616 3705

Wednesday, January 11, 2017

Baju Paling Lama Dalam Simpanan

Since bilik jahit dah beroperasi semula...kita teruskan dengan misi-misi menyiapkan baju pelanggan sebelum datangnya tempahan raya.

Itupun dah dua slot ditempah. Dua-dua slot untuk tiga beranak so total dah enam pasang.

Oh yang dah nak bersiap-siap untuk tempah baju raya tu bolehlah calling-calling iols sekarang.
➔012 616 3705
Lambat kalu slot penuh 😏

Ini cerita baju paling lama yang aku simpan dalam pejabat jahit mini ku ini...disebabkan tuan baju ni tak dapat nak beri kata putus pasal baju dia. Rasanya ada kot nak dekat tiga bulan ke lebih lagi.

Baju kurung kain sari
Ini kain sari memang betul-betul datang dari India. Cuma dalam satu kain tu ada dua corak bercantum so untuk tidak menjadikan dia haru-biru kita buat satu corak untuk baju dan satu corak lagi untuk kain. Maka terhasillah baju kurung ini.

Tak sabar nak hantar baju ni pada tuan dia 😍
Semoga berpuas hati.

Wednesday, January 4, 2017

Tempahan Sulam

Selamat Pagi
Assalamualaikum
🌞😇

Siapa suka baju dia bersulam.

Tak kisahlah sulam kerawang atau sulam biasa.

Haaa ni nak cerita ni.

Kedai jahit kami ada tawarkan tempahan sulam.
Nak jahit dengan baju sekali boleh,
Nak tempah sulam sahaja pun boleh.











Ha ini antara contoh sulaman yang kami dah buat.
Harga upah untuk tempahan sulam (tidak temasuk upah jahit baju dan postage)
Harga ni kami kira berdasarkan corak sulaman dan jenis baju.
Kenapa kami kata termasuk postage?
Sebab ada pelanggan yang menghantar baju siap untuk kami sulam, jadi penghantaran melalui pos itu kami masukkan ke dalam akauan pelanggan.

Nak tempah sulam???

Boleh hubungi kami melalui whatsapp +60 12 616 3705

Tuesday, January 3, 2017

Nametag Sekolah

Assalamualaikum
Hai...hai...hai...
😄😇👋👋👋

Hari ni cerita pasal tempahan nametag sekolah.
Ini semua tempahan akhir tahun lepas.
Maklumlah sekolah nak buka semua orang pun sibuk buat nametag.

Sekolah sekarang dah tak guna nametag plastik yang kena pin dekat baju tu.

Sekarang semua nametag kain...so kalau ada lima helai baju, lima helai nametag lah kena buat.








Ada macam-macam warna nametag yang ditempah oleh customer.
Semuanya bergantung pada sekolah.
Aku tukang sulam je.
Oh untuk tempahan nametag harga yang aku charge kepada pelanggan seperti di bawah

Tempahan Nametag
1-3 keping = RM1.90/keping/nama
1-5 keping = RM1.70/keping/nama
1-7 keping = RM 1.50/keping/nama
1-9 keping = RM 1.30/keping/nama
10 / >10 keping = RM 1.00/keping/nama
Postage = RM 7.00

Boleh whatsapp +60 12 616 3705 untuk tempahan nametag