Thursday, September 5, 2013

Jom Buat Shawl Double-sided Sendiri - Gayakan Shawl Anda

Sebab dah janji nak tunjuk tutorial yang seterusmya maka kita harus tunaikan. Janji ditepati...undilah akak untuk PRU14, akak janji akan berikan lebih banyak tutorial untuk menjimatkan belanja korang. Ahaks!!! OK mengarut mari kembali ke pangkal jalan.

Kalau uolls dah berjaya buat shawl halfmoon tu sendiri maka shawl yang seterusnya ni mesti sap sap soi untuk korang. Senang banget tuh! Ok lets begin....!!!

Sediakan bahan-bahannya:

**mind the tangan kecik...pembantu setia**
Korang mesti kena ada kain (saya pilih chiffon satu warna dan chiffon 3 tone), gunting, pembaris, pita ukur, jarum peniti dan kapur penanda.
Kain saya pakai 1.5 meter.

Langkah pertama:
Ambil satu kain dan lipat dua. Lipat bahagi sama rata. Sematkan jarum.

Lipat dua

Sematkan jarum

Langkah kedua:
Ulang langkah pertama pada kain yang kedua

Lipat dua

Sematkan pin

Langkah ketiga:
Letakkan kain pertama (yang telah dilipat dua tadi) di atas kain kedua. Letak sama rata (betul-betul bertindan) atau kain kedua ditindan di atas kain pertama. Ikut senang korang.

Ini contoh bila kain tu ditindan. Korang mesti tindan dengan kedudukan kain di atas tu exactly sama rata dengan kain di bawah supaya saiznya tidak ralat.

Langkah keempat:
Tandakan panjang dan lebar shawl yang korang nak. Saiz saya panjang 75cm (bila jadi shawl panjangnya adalah 150cm - ingat! kain korang dilipat dua). Dan lebar saya guna 60cm. Boleh lebarkan lagi kalau uolls nak. Tandakan dengan kapur penanda (macam gambar atas). Dan sedia untuk dipotong. Potong kedua-dua kain sekali (itulah motif kain ditindan antara satu sama lain).

Langkah kelima:
Sedia untuk dijahit tepi. Korang boleh pilih nak jahit tepi keliling dengan cara kain bercantum atau hanya satu bahagian yang bercantum dan yang lain terpisah.


Ta-daaaaaaaaaaa!!! Dah siap. Buat malam esok pagi korang dah boleh pakai. Kain chiffon bila basuh cepat kering sebab kainnya ringan dan nipis. Korang boleh pelbagaikan gaya pemakaian. Cukup labuh tak?

Tip 1 - Pelbagaikan Shawl Anda
Kalau korang nak buat dua lapis tapi dengan lebar yang berbeza ikut langkah di bawah.

1. Tindan kain seperti di atas.
2. Pada kain di bahagian atas, tanda ukuran untuk panjang A dan lebar B. Tinggalkan ukuran untuk C
3. Mulai menggunting pada ukuran A, gunting kedua-dua helai kain serentak.
4. Gunting kain DI ATAS SAHAJA pada ukuran B. Alihkan kain di atas tanpa mengalihkan kain di bawah.
5. Tanda ukuran untuk lebar C pada kain di bawah.
6. Gunting kain di bawah mengikut ukuran C.

Tip 2 - Pelbagaikan Shawl Anda
Masa nak jahit tepi bagi shawl double sided mulai jahit pada bahagian B dan C. Kemudian baru jahit tepi bersama bahagian yang lain. Ini akan menjadikan hanya bahagian B dan C sahaja yang terbuka.

Selamat mencuba....

Macam biasa ada masalah, soalan, bantuan boleh comment.
Atau sms/whatssap/wechat saya : eby - 012 6163705

_________________________________________________________________________________

Ads:
Dapatkan kain untuk membuat shawl anda sendiri di sini.
Lebih mudah dan cepat.
_________________________________________________________________________________

1 comment:

Unknown said...

Thanks for the Tutorials.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Lain2 tiada.Dulu kini dan selamanya.