Tak sempat nak kejutkan dia dah tegak duduk atas katul.
Then tanya... "mami, hari ni Irfan ada apa?"
Ada sukaneka.
Owhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Pukul 7.15 dah bising ajak MR. Daddy mandi.
Sementara diorang mandi saya siapkan pot luck untuk dibawa bersama.
Kami bawa agar-agar milo jer.
Tak larat nak masak yang heavy-heavy ni.
Sports Day Irfan buat dekat Inspen Bangi.
MEmang tiap-tiap tahun diorang buat dekat situ.
Sebab nursery dia ada satu cawangan dekat Inspen tu.
Lagi pun tempat tu besar dan selesa.
Irfan punya game start lambat.
Around 10.30 macam tu.
Sebab awal-awal tu game untuk baby and kids under 2 years old.
Gambar banyak tapi banyak yang terpaksa di delete.
Sebab semuanya parkinson.
Maklumlah sambil ambil gambar, sambil jerit sambil bertepuk sambil melompat.
Nasib baik tak beranak kat situ.
Biasalah kannnnnnnnnn anak-anak bersukan mak bapak lah yang harus excited lebih.
Sampai ada anak yang menangis sebab ngeri tengok mak bapak histeria.
Oklah mari layan gambar parkinson saya.
Masa awal-awal sampai, muka masih ada sinyum...
Sports Day Tadika Bijak Cerdik. Ini tahun pertama Irfan dapat join sebab last year dia semam masa sport day berlangsung.
Pembukaan. Bacaan doa dan surah pendek lazim.
Irfan tak terlibat sebab awal-awal dah beritahu pada teacher dia kalau masih tak bersalin baru join.
Anak-anak dance atas pentas mak bapak menari bawah pentas. Syok ooooooooooo tengok parents :)
First game Irfan. Muka tak rela. Dia langsung tak berminat nak join. Cuma nak berlari keliling dewan jer. Jenuh pujuk. Sikit lagi menitik air mata.
Orang lain semua muka happy dia sentap. Alahai anak mami.
MR. Daddy terpaksa join, kalau tak budak tu sentap. Mulult herot ke bawah jer. Payah sungguh.
Dah menang, dapat apa yang dia nak baru mahu senyum. Memang langsung tak ada semangat kesukanan langsung.
No comments:
Post a Comment