Friday, October 12, 2012

Mengidam Kebaya Nyonya

Boleh????
Entah kenapa tetiba terasa benor macam nak pakai kebaya nyonya.
Inilah yang kita panggil tak pandai tengok cermin.

Tapi tak pe.
Kita jadikan kebaya nyonya itu sebagai pembakar semangat.
Sok dalam pantang ada benda yang boleh di aim untuk bekerja lebih gigih dan tekun dalam usaha mengecilkan pinggang dan purut.

Tapi masa rasa pelik jugalah.
Selama hari ini (lepas kahwin), kebaya-kebaya ni memang tak ada tempat dalam lemari pakaian.
Memang tak minat langsung nak pakai kebaya.
Masa bujang pung adalah sekali dua sarung kebaya.
Cuma seminggu dua ni dok lah terbayang-bayang di mata hitamku.
Cantiknya kebaya nyonya kaler putih sulam pink + purple...pastuh ada hijau-hijau sikit untuk daun.
Kain batiknya pula kaler pink ada gold line.
Wah mesti nampak gojes kalau ai pakai.
*lagi sekali tak jumpak cermin!*

So semalam sempena hari MC, mata pulak tak mahu tidoq siang, maka mari menggodek mesin jahit.
Tetiba meletup-letups keinginan nak try sulam bunga macam kebaya nyonya tuh.
*punyalah keazaman nak pakai kebaya nyonya*.

Maka gigihlah menggogle untuk mencari gambar contoh sulaman kebaya nyonya.
Nak try skill.
Kot-kot lah ada bakat terendam ke....
Jumpa yang ini

 Picture taken from google

Wah...ini sudah seperti yang dibayangkan di dalam angan-anganku.
Maka proses "cuba dan salah" pun bermula.
Dan hasilnya...


Itu sahaja yang mampu diusahakan oleh mak buyung yang nunggu hari ni.
Tak larat nak duduk lelama.
Rasa bersegi punggung menghadap mesin jahit tu.
Tapi trick dan kekdahnya telah diketahui.

Maka setelah itu sesi verangan biar mimpi sampai ke bintang pun bermula.
Kengkononnya masa pantang nanti nak beli kain kosong, sulam kerawang untuk buat kebaya nyonya.
Terus Mr. Daddy buat-buat pandang syiling.
Ye...ye...saya tahu doktor suruh rehat.

No comments: