Sebab semalam hari gaji.
Juga kita namakan hari makan luar.
Wah macam lah sebelum semalam tu makan dekat rumah.
Nan hado!
Lagi-lagi bila saya tak boleh nak masak ni.
So semalam sebelum balik kerja dah siap-siap fikir nak makan apa.
Memang hala tuju ke Alamanda jer lah.
Tak kosenyer nyah nak pergi jauh-jauh.
Kebetulan nak bayar duit kereta terus.
Irfan pula dari pagi Ahad dah cakap nak makan kek.
Sebab pagi tu dia ada tengok chef kecil masak chocolate lava cake.
Melopong bujang tu depan tv.
Meleleh ayaq liur.
Picture taken from google.
Tak meleleh air liur. Dah lah bujang tu hantu chocolate.
So bawa dia pergi makan dekat secret resepi.
Tapi chocolate lava cake macam tu tak ada.
So MR. Daddy ganti dengan kek lain.
Janji ada chocolate-chocolate gituh.
Lebor senyum si Irfan.
MR. Daddy pilih cake yang ada flavour chocolate dengan strawbery. Both favourite si Irfan.
Me nak tumpang rasa pun tak dibaginya.
Sorang-sorang dia makan licin.
Yang ditinggalkan cuma white cream tu sebab memang dia tak suka.
Me and MR. Daddy makan nasi.
Saya memang nak nasi sebab kepala dah berdegung perut kosong.
Asyik meluek jer nak termunt-
Mr. Daddy pun follow jugak makan nasi.
Mine.
Pilih mushroom sos. MR. Daddy ambil menu yang sama juga cuma sosnya black papper.
Tapi yang kesiannya MR. Daddy cuma dapat ratah ayamnya sahaja.
Nasinya Irfan belasah.
Jagungnya saya belasah.
Nasi saya pun suku Irfan makan.
Budak kenit tu memang bertuah.
Bawak makan kedai biasa-biasa sesuap dua jer dia nak makan.
Duduk dekat secret resepi habis dia belasah semua.
Dasar kan, nak makan yang mahal-nahal jer.
Ayaq saya.
Tembikai fresh. Dapnya. Pun Irfan belasah. Irfan ni fanatik warna merah. Semua yang warna merah bagi dia cantik dan sedap.
MR. Daddy punya. Ice lemon tea.
No comments:
Post a Comment