Monday, October 8, 2012

37 Weeks dan Teknik Pernafasan

Tarik...lepas!
Tarik...lepas!
Tarik...lepas!

Wow sudah masuk 37 minggu.
Bermakna kandungan juga sudah masuk fasa matang dan boleh keluar bila-bila masa.
Bila-bila masa?
Tiba-tiba rasa sakit kepala.

Tarik...lepas!
Tarik...lepas!
Tarik...lepas!

Barang baby sudah ready.
Walaupun dalam hati masih ada keinginan nak tambah itu ini.
Tapi kita tak boleh ikut nafsu.
Sebab barang baby tak pakai lama.
Baby ni kejap jer besarnya.
Ambil pengalaman masa Irfan dulu.

So, sekarang kita fokuskan kepada ilmu-ilmu menanti saat-saat kelahiran.
Kalau ikutkan tak sabar memang nak cepat-cepat baby lahir.
Tapi bila rasa cuak tu datang, nanti-nanti lah.
Macam manapun sooner or later masanya akan tiba juga.

Sekarang mari kita belajar teknik pernafasan saat-saat kelahiran.
Masa nak bersalinkan Irfan dulu, nurse ada ajar tapi haramlah kalau boleh ingat sampai sekarang.
Dan memang agak berkesan.
Tidaklah rasa sakit tu hilang terus but mengurangkan sedikit rasa sakit.
Dan yang paling penting membantu kita menjadi lebih tenang.
Maklumlah waktu Irfan dulu tak ambil epidural.

Jadi sekarang mari kita belajar sama-sama:

1. Waktu awal-awal rasa sakit contraction.
....Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung then lepaskan panjang-panjang melalui mulut.
....snifffffffffffff.....fuhhhhhhhhhhhhhhh
....Buat dalam keadaan teratur dan jangan kelam kabut.

2. Bila frekuensi contraction semakin kerap.
....Tarik nafas guna mulut dan lepaskan juga melalui mulut.
....Payah sikit tapi try buat laju-laju sepanjang rasa contraction tu.

3. Rasa nak meneran tapi sebenanrnya belum waktu untuk meneran.
....Kadang-kadang bukaan belum 10cm tapi kita dah rasa nak meneran.
....Selagi nurse or doctor tak suruh teran jangan teran.
....Normally diorang yang akan beritahu masa sesuai untuk meneran (lepas dah buka 10cm).
....Waktu ni tarik nafas laju-laju melalui hidung dua kali. Lepas melalui mulut satu kali.
....snifff...snifff...fuhhh  snifff...snifff...fuhhh  snifff...snifff...fuhhh
....Buat sampai rasa nak meneran hilang.

4. Apabila masanya tiba...Teran time!
....Hak yang ni saya tak pernah ada pengalaman.
....Tapi ikut jer panduan doktor dan nurse.
....Diorang akan ajar cara tarik dan lepas nafas jugak curik nafas.
....Sebab waktu ni waktu genting, salah cara nafas lagi lambat baby keluar.

Ok mari praktis sekarang.
Harap-harap bila dah duduk dalam labour room tu, saya tak hilang ingatan.
Ker, kita tulis jer kat tapak tangan.
Ala-ala bawak "toyol" nak masuk exam.

Credit tambahan pada blog: Ceeramon

2 comments:

ieYzA azMieY said...

cesss!! lau tulis entri tk buat lawak tk sah!

klaka gila sampai nk tulis kt tangan.... hahahaha... mujur egat la ada tulis, takut langsung lupa. baby dah kuar dah siap bersih2 semua baru terpandang nota ditangan ittewww~

Unknown said...

Ieyza,
Keh...keh...keh...keh
Dolu-dolu masa Irfan memang tak ingat apa dah.Ikut jer cakap nurse tuh. Last-last dia bagi sedut oksigen jer. Ha lagi senang katanya.

This time ai verangan jer. Tapi kompem tahu dah memang lupa punya. Sakit-sakit macam tuh apa pun tak boleh.

snifff...snifff...fuhhhhh
snifff...snifff...fuhhhhh