Semalam tak kerja sebab Irfan tak sihat.
Hari ni hantar pergi nurseri.
Tapi sekarangan jugalah berpesan pada teacher dia.
Dengan berbekalkan ubat segala bagai.
Ni karang handphone kena gantung jer lah dekat leher.
Dia tak sihat tu sejak dari Sabtu lagi.
Dia start selsema.
Then hari Ahad tu start batuk.
Lepas tu mulalah bernafas pun berbunyi.
Tapi malam tadi memanglah dia cari pasal.
Petang tu bangun tidur, dia mengadu sakit perut.
Bila check perut dia masuk angin.
Tanya nak makan apa, mee sup katanya.
MR. Daddy buatkan.
Bila dah buat, tak mboh makan.
Hirup sup jer.
Lepas tu mengadu lagi sakit peut.
Kali ni claim nak makan bubur nasi.
Buatkan juga.
Dah buat, makan lima sudu.
Lepas tu terus tak nak.
Masuk tidur.
Pukul 12 bangun menangis, sakit perut.
Memang hangin lah saya.
Bukan marah sebab dia sakit perut tapi marah sebab tak mahu makan.
Bancuhkan milo setengah cawan paksa dia minum.
Ini jam rasanya pontianak harum sundal malam pun berkeliaran lari dengar suara saya bertempik paksa budak sakit perut tu minum.
Habis!
Lepas tu dia punya sendawa ha ko!
Keluar segala bagai angin.
Pukul 5 sekali lagi dia bangun menangis.
Tak mengadu sakit perut dah.
Tapi menangis sebab nak minum susu.
Lepas dibuatkan tu, bukannya minum dipegangnya je.
Sekali lagi saya hangin.
Paksa dia minum.
Dapat empat lima teguk, muntah.
Keluar kahak berlendir.
Lepas tu paksa lagi minum habiskan susu sebotol tu.
Penyudahnya habis jugak.
Terus tidur.
Kadang-kadang dia suka tunjuk perangai keras hati dia.
Benda tak sakit mana buat-buat sakit.
Perangai drama king dia memang tak boleh tahan.
Rapat jer gigi ni menahan geram.
Marah-marah pun itulah bintang hati saya.
Dalam marah tu saya peluk-cium juga.
Hopefully hari ni dia akan sihat seperti selalu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
2 comments:
sindrom nak dpt adik...
mesti dia takut tak leh nak bermanja dah lepas ni... padahal kasih syg tu nnt bagi sama rata je kot mana pon dia akan rasa ibu lebihkan adik...
sabar jelah b... biar banyak perangai janji anak kamu ceredik :)
Ieyza,
Maybe lah. Lagi-lagi lately ni ada jer cara nak buat pasal. Hopefully nanti bila adik dah lahir dia tahu yang sayang pada dia tu sebenarnya tak berubah sebab dia yang ajar ai jadi mami...*sob sob sob*
*ingatan hari ni sebenarnya pada dia saja*
Post a Comment