Tuesday, October 16, 2012

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Assalamualaikum...
Morning!
Morning!
Morning!

Pagi Selasa.
Hidung masih berair.
Kepala berat.
Otak lembap.
Maka mari kita merepek merapu.
Semoga terhibur hati sendiri.

Ini sebenarnya cerita hari Sabtu.
Punyalah sangap dok kat umah berkurung dah macam hapa.
Nak keluar berjalan dah malas sangat.
Kebetulan hujan.
Menjahit pun doploh kali berenti.
Letih woooooooooooooooo..
Teti
So godek-godek lappy.
Bukak folder tuh, kerobek folder nih, delete folder sana.
Sekali jumpa folder gambar lama.
Gambar Irfan...dari dia baby sampai la.
Gambar MR. Daddy...dari bujang sampai sekarang.
Gambar sendiri...dari cantik manis sampai cantik bergaya.
*statement orang tak pandai tengok cermin*

Tetiba rasa rindu pada kenangan lama itu.
If I can turn back time...
How sweet memories in mind.

Dah alang-alang jumpa gambar mari kita saksikan transform kami sekeluarga.

Ini semua gambar Irfan dari hari ketiga hingga seminggu lepas lahir. Dekat hospital memang terkejut tengok budak kenit ni mata sepet. Rasa nak salahkan diri sendiri sebab syok sangat tengok Korean Drama masa pregnantkan dia. Nasib baik sekarang mata bulat.

MR. Daddy zaman bujang. Kurus jer. Sekarang kalu...Bak kata Irfan - "mesti daddy selalu sakit belakang macam mami sebab perut daddy sama macam mami."

Ini semua gambar masa Mr. Daddy kursus dekat Germany. Masa tu tinggal lagi sebulan setengah nak kahwin. Masa tu memang tonggang-tonggik lah saya sorang handle hal kahwin dekat sini. Waktu itulah juga pejabat agama cari masalah.

Tuan tanah. Bila tengok gambar bawah belah kiri baru faham kenapa dulu orang panggil kush (singkatan utk kurus). Memang pung.


Ok, itu sahaja gambar yang mampu diletak.
Malas nak dok memilih.




No comments: