Wednesday, October 3, 2012

Tambang Naik...Perkhidmatan?

Ini cerita pasal perkhidmatan awam kat Malaysia ni.
Dan yang paling kerap saya gunakan ialah ERL.

Baru-baru ni (akhir September) saya ada dengar riuh rendah airport staff kata tambang ERL akan dinaikkan.
Tambang yang ada sekarang (untuk pemegang pas bulanan macam saya) sebenarnya sudah agak tinggi.
Tetapi kami tidak ada pilihan sebab ERL satu-satunya perkhidmatan terpantas ke KLIA.

Then awal Oktober hari tu saya agak terkejut apabila mendengar nilai tambang bagi pas bulanan telah dinaikkan sebanyak RM 20 - RM 50 mengikut destinasi.
Sedangkan perkhidmatan yang disediakan tetap sama.

Ramai yang merungut...termasuk saya.
Nampaknya selepas ini saya perlu cari alternatif untuk ke tempat kerja.
Tambang pas bulanan yang perlu saya bayar sudah menjadi lebih mahal daripada harga minyak kereta saya.

Sedihlah...

No comments: