Tuesday, October 30, 2012

Cuti Panjang Bermula

24 OCTOBER 2012
9.31 malam
Pusat Perubatan Universiti Malaya

Allah hadiahkan saya seorang lagi zuriat.
Makhluk kecil, suci dan bersih ini saya terima kehadirannya dengan hati yang gembira.
Alhamdulillah this time around baby keluar ikut pintu.
Ok cuti panjang tapi sibuk saya sudah bermula.


Tuesday, October 23, 2012

Makan...Make...Makang

Owh semalam hari bahagia untuk kakitangan awam.
Sebab semalam hari gaji.
Juga kita namakan hari makan luar.
Wah macam lah sebelum semalam tu makan dekat rumah.
Nan hado!
Lagi-lagi bila saya tak boleh nak masak ni.

So semalam sebelum balik kerja dah siap-siap fikir nak makan apa.
Memang hala tuju ke Alamanda jer lah.
Tak kosenyer nyah nak pergi jauh-jauh.
Kebetulan nak bayar duit kereta terus.

Irfan pula dari pagi Ahad dah cakap nak makan kek.
Sebab pagi tu dia ada tengok chef kecil masak chocolate lava cake.
Melopong bujang tu depan tv.
Meleleh ayaq liur.

Picture taken from google.
Tak meleleh air liur. Dah lah bujang tu hantu chocolate.

So bawa dia pergi makan dekat secret resepi.
Tapi chocolate lava cake macam tu tak ada.
So MR. Daddy ganti dengan kek lain.
Janji ada chocolate-chocolate gituh.

Lebor senyum si Irfan.

MR. Daddy pilih cake yang ada flavour chocolate dengan strawbery. Both favourite si Irfan.
Me nak tumpang rasa pun tak dibaginya.
Sorang-sorang dia makan licin.
Yang ditinggalkan cuma white cream tu sebab memang dia tak suka.

Me and MR. Daddy makan nasi.
Saya memang nak nasi sebab kepala dah berdegung perut kosong.
Asyik meluek jer nak termunt-
Mr. Daddy pun follow jugak makan nasi.

Mine.
Pilih mushroom sos. MR. Daddy ambil menu yang sama juga cuma sosnya black papper.

Tapi yang kesiannya MR. Daddy cuma dapat ratah ayamnya sahaja.
Nasinya Irfan belasah.
Jagungnya saya belasah.
Nasi saya pun suku Irfan makan.
Budak kenit tu memang bertuah.
Bawak makan kedai biasa-biasa sesuap dua jer dia nak makan.
Duduk dekat secret resepi habis dia belasah semua.
Dasar kan, nak makan  yang mahal-nahal jer.

Ayaq saya.
Tembikai fresh. Dapnya. Pun Irfan belasah. Irfan ni fanatik warna merah. Semua yang warna merah bagi dia cantik dan sedap.

MR. Daddy punya. Ice lemon tea.


Monday, October 22, 2012

Hadiah Dari-Nya

Mencari-cari info tambahan tentang kelahiran dan produk-produk baby.
Jumpa info di bawah ini.
Tiba-tiba rasa sebak di hati.
Terkenang-kenang waktu mula-mula pregnant second baby ni.
Tiga bulan saya tak bangun dari katil.
Memang macam orang yang menunggu "masanya".
Bila baca info ni entah mengapa bergenang air mata.
Maha Suci Dia yang membalas setiap kesakitan dan kesulitan.

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Saturday, October 20, 2012

TBC's Sports Day

Hari ni awal-awal pagi Irfan dah bangun.
Tak sempat nak kejutkan dia dah tegak duduk atas katul.
Then tanya... "mami, hari ni Irfan ada apa?"
Ada sukaneka.

Owhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Pukul 7.15 dah bising ajak MR. Daddy mandi.
Sementara diorang mandi saya siapkan pot luck untuk dibawa bersama.
Kami bawa agar-agar milo jer.
Tak larat nak masak yang heavy-heavy ni.

Sports Day Irfan buat dekat Inspen Bangi.
MEmang tiap-tiap tahun diorang buat dekat situ.
Sebab nursery dia ada satu cawangan dekat Inspen tu.
Lagi pun tempat tu besar dan selesa.

Irfan punya game start lambat.
Around 10.30 macam tu.
Sebab awal-awal tu game untuk baby and kids under 2 years old.

Gambar banyak tapi banyak yang terpaksa di delete.
Sebab semuanya parkinson.
Maklumlah sambil ambil gambar, sambil jerit sambil bertepuk sambil melompat.
Nasib baik tak beranak kat situ.
Biasalah kannnnnnnnnn anak-anak bersukan mak bapak lah yang harus excited lebih.
Sampai ada anak yang menangis sebab ngeri tengok mak bapak histeria.

Oklah mari layan gambar parkinson saya.

Masa awal-awal sampai, muka masih ada sinyum...

Sports Day Tadika Bijak Cerdik. Ini tahun pertama Irfan dapat join sebab last year dia semam masa sport day berlangsung.

Pembukaan. Bacaan doa dan surah pendek lazim.

Irfan tak terlibat sebab awal-awal dah beritahu pada teacher dia kalau masih tak bersalin baru join.

Anak-anak dance atas pentas mak bapak menari bawah pentas. Syok ooooooooooo tengok parents :)

First game Irfan. Muka tak rela. Dia langsung tak berminat nak join. Cuma nak berlari keliling dewan jer. Jenuh pujuk. Sikit lagi menitik air mata.

Orang lain semua muka happy dia sentap. Alahai anak mami.

MR. Daddy terpaksa join, kalau tak budak tu sentap. Mulult herot ke bawah jer. Payah sungguh.

Dah menang, dapat apa yang dia nak baru mahu senyum. Memang langsung tak ada semangat kesukanan langsung.

Friday, October 19, 2012

Beg Uncang Pelbagai Guna

*Entry ini akan melekat selama dua hari*

Ini adalah projek light-light sebelum bersalin.

Beg Uncang Pelbagai Guna.

Bolehlah digunakan bila nak keluar lunch, nak pergi pasar, pergi kedai.
So tak payah berat-berat bawa handbeg.
Bahagian dalamnya juga ada poket so bolehlah sumbat handphone, kunci rumah, kunci kereta, pen, notepad dan segala macam resit yang korang suka nak simpan.
Material adalah cotton.

Harga : RM 15.00
Penghantaran adalah PERCUMA
Untuk pembelian boleh tinggalkan KOMEN atau email pada gifi.groupofcompanies@yahoo.com

Beg uncang #1
Harga : RM 15.00
Penghantaran : PERCUMA
Material : Cotton
Pembelian : KOMEN / email gifi.groupofcompanies@yahoo.com

Beg uncang #2
Harga : RM 15.00
Penghantaran : PERCUMA
Material : Cotton
Pembelian : KOMEN / email gifi.groupofcompanies@yahoo.com

Beg uncang #3
Harga : RM 15.00
Penghantaran : PERCUMA
Material : Cotton
Pembelian : KOMEN / email gifi.groupofcompanies@yahoo.com

Thursday, October 18, 2012

Home Sweet Home

Kalau translate jadiklah Rumah Manis Rumah.

Oh saya sekarang berada di rumah.
Bergolek-golek di atas katil.
Oh nikmatnya.
Heaven!!!!

Tetiba rasa nak jadi suri rumah sepenuh masa.

Actually baru je balik dari check-up.
Dapat MC.
Alhamdulillah semuanya ok.
Nak tunggu baby keluar jer.

Sekarang mata sangat berat, maklumlah baru lepas pekena nasi lemak yang tak lemak.
Macam nak ZZZZzzzZzzzzzzzzzzzzzzz.
Selamat bekerja uolls, iolls nak tidur dulu.
Sweet dream.

Wednesday, October 17, 2012

Selagi Tak Keluar...

Sekarang udah 38 minggu.
Masih mengira detik waktu.
Tik tok tik tok.

Selagi baby tak keluar, selagi itulah maminya stress.
Bukan stress apa, stress yang dibuat-buat.
Mengada-ngada, kan!

Asyik lah dok menambah barang baby.
Macam kan lepas nih memang dah tak boleh beli lagi dah.
Kiranya kalau tak beli memang menyesal dunia akhirat.
Benci lah!

Kata MR. Daddy, baby belum keluar dah macam gitu.
Nanti dah keluar mesti "KITA" meroyan beli barang untuk dia kan.
Baby gurl ni fesyen dia infiniti.
Nasib baik guna frasa "KITA".

Semalam sambar lagi dua pasang baju baby.
Kengkononnya sebab sebelum ni beli tak ada warna pink.
Gitu kau!



Keluarlah nak, kang ntah apa-apa lagi mak ko ni meroyan pi beli.


Tuesday, October 16, 2012

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Assalamualaikum...
Morning!
Morning!
Morning!

Pagi Selasa.
Hidung masih berair.
Kepala berat.
Otak lembap.
Maka mari kita merepek merapu.
Semoga terhibur hati sendiri.

Ini sebenarnya cerita hari Sabtu.
Punyalah sangap dok kat umah berkurung dah macam hapa.
Nak keluar berjalan dah malas sangat.
Kebetulan hujan.
Menjahit pun doploh kali berenti.
Letih woooooooooooooooo..
Teti
So godek-godek lappy.
Bukak folder tuh, kerobek folder nih, delete folder sana.
Sekali jumpa folder gambar lama.
Gambar Irfan...dari dia baby sampai la.
Gambar MR. Daddy...dari bujang sampai sekarang.
Gambar sendiri...dari cantik manis sampai cantik bergaya.
*statement orang tak pandai tengok cermin*

Tetiba rasa rindu pada kenangan lama itu.
If I can turn back time...
How sweet memories in mind.

Dah alang-alang jumpa gambar mari kita saksikan transform kami sekeluarga.

Ini semua gambar Irfan dari hari ketiga hingga seminggu lepas lahir. Dekat hospital memang terkejut tengok budak kenit ni mata sepet. Rasa nak salahkan diri sendiri sebab syok sangat tengok Korean Drama masa pregnantkan dia. Nasib baik sekarang mata bulat.

MR. Daddy zaman bujang. Kurus jer. Sekarang kalu...Bak kata Irfan - "mesti daddy selalu sakit belakang macam mami sebab perut daddy sama macam mami."

Ini semua gambar masa Mr. Daddy kursus dekat Germany. Masa tu tinggal lagi sebulan setengah nak kahwin. Masa tu memang tonggang-tonggik lah saya sorang handle hal kahwin dekat sini. Waktu itulah juga pejabat agama cari masalah.

Tuan tanah. Bila tengok gambar bawah belah kiri baru faham kenapa dulu orang panggil kush (singkatan utk kurus). Memang pung.


Ok, itu sahaja gambar yang mampu diletak.
Malas nak dok memilih.




Sunday, October 14, 2012

Potty Training

Sebenarnya saya potty training Irfan agak lambat juga.
Sepatutnya seawal usia 2 tahun dah boleh start.
Tapi biasalah saya kan perasan sibuk.
Semendang tak cukup masa.

So bila dah masuk 3 tahun baru hegeh-hegeh nak buat potty training.
Lucky me sebab Irfan cepat belajar dan cepat selesa dengan cara baru.
Cuma mula-mula nak start tu tensi jugak.
Mana taknya MR. Daddy asiklah lupa nak menolong.

First step yang saya buat ialah ajar Irfan ke tandas setiap sejam.
Masa tu Irfan masih pakai pampers.
Setiap sejam mesti bawa ke toilet.
Tak kisahlah dia nak kencing/berak atau tidak.
Tapi kena biasakan dia ke tandas.

Untuk potty training Irfan, saya cuma ajar dia guna tandas yang sama yang saya gunakan.
Lepas seminggu ke dua minggu gitu, saya try tak pakai pampers.
Tapi kali ni setiap sepuluh minit kena tanya nak kencing/berak tak?
Setiap setengah jam ajak ke tandas.

Alhamdulillah tak sampai sebulan Irfan dah pandai ke tandas bila nak kencing/berak.
Dalam tempoh potty training tu, ada sekali jer Irfan terlajak kencing dalam seluar.
Waktu lain semua dapat diselamatkan.
And now dalam apa juga keadaan dia mesti nak ke toilet juga kalau nak kencing/berak.

So apa cabaran potty training Irfan?
Of courselah masa.
Waktu dengan Irfan tak panjang.
Sepanjang hari Irfan di nursery.
Masa yang ada untuk saya hanyalah Sabtu dan Ahad juga waktu malam.
Itulah sebaik-baik masa yang dapat saya manfaatkan.

Dan sebagai reward untuk budak yang dah tak pakai pampers tu, saya hadiahkan benda yang dia suka.
Obsesi si bujang saya tu adalah ultraman.
Maka reward dia juga ada hubung kait dengan ultraman.

Sepentot ultraman
 
 
Kemain seronok dia.
Makin tak naklah dia pakai pampers.
So sekarang waktu tidur malam jer pakai pampers.
Tidur siang pun tak pakai pampers dah.
Eloklah jimat duit mami beli pampers ko nak.
Lepas ni bolehlah guna bajet pampers Irfan ke pampers adik pulak.


Saturday, October 13, 2012

Letihnya...

Yea saya masih bergolek-terlentang-bergolek di atas katil sendiri.
Masih tertunggu-tunggu si orang baru.
Bila nak kuo sayang.


Mengupdate blog bersama Irfan.

Nak buat kerja tapi badan tak larat.
Sekarang ni kalau baby gerak aktif sangat bahagian bawah perut mesti sakit.
Itu yang lagi malas nak buat apa-apa tu.
Cis alasan...
Dah memang dasar.

Tolong doakan saya baby kua cepat dan selamat ek.
Mekasih...
Published with Blogger-droid v1.7.3

Friday, October 12, 2012

Mengidam Kebaya Nyonya

Boleh????
Entah kenapa tetiba terasa benor macam nak pakai kebaya nyonya.
Inilah yang kita panggil tak pandai tengok cermin.

Tapi tak pe.
Kita jadikan kebaya nyonya itu sebagai pembakar semangat.
Sok dalam pantang ada benda yang boleh di aim untuk bekerja lebih gigih dan tekun dalam usaha mengecilkan pinggang dan purut.

Tapi masa rasa pelik jugalah.
Selama hari ini (lepas kahwin), kebaya-kebaya ni memang tak ada tempat dalam lemari pakaian.
Memang tak minat langsung nak pakai kebaya.
Masa bujang pung adalah sekali dua sarung kebaya.
Cuma seminggu dua ni dok lah terbayang-bayang di mata hitamku.
Cantiknya kebaya nyonya kaler putih sulam pink + purple...pastuh ada hijau-hijau sikit untuk daun.
Kain batiknya pula kaler pink ada gold line.
Wah mesti nampak gojes kalau ai pakai.
*lagi sekali tak jumpak cermin!*

So semalam sempena hari MC, mata pulak tak mahu tidoq siang, maka mari menggodek mesin jahit.
Tetiba meletup-letups keinginan nak try sulam bunga macam kebaya nyonya tuh.
*punyalah keazaman nak pakai kebaya nyonya*.

Maka gigihlah menggogle untuk mencari gambar contoh sulaman kebaya nyonya.
Nak try skill.
Kot-kot lah ada bakat terendam ke....
Jumpa yang ini

 Picture taken from google

Wah...ini sudah seperti yang dibayangkan di dalam angan-anganku.
Maka proses "cuba dan salah" pun bermula.
Dan hasilnya...


Itu sahaja yang mampu diusahakan oleh mak buyung yang nunggu hari ni.
Tak larat nak duduk lelama.
Rasa bersegi punggung menghadap mesin jahit tu.
Tapi trick dan kekdahnya telah diketahui.

Maka setelah itu sesi verangan biar mimpi sampai ke bintang pun bermula.
Kengkononnya masa pantang nanti nak beli kain kosong, sulam kerawang untuk buat kebaya nyonya.
Terus Mr. Daddy buat-buat pandang syiling.
Ye...ye...saya tahu doktor suruh rehat.

Monday, October 8, 2012

37 Weeks dan Teknik Pernafasan

Tarik...lepas!
Tarik...lepas!
Tarik...lepas!

Wow sudah masuk 37 minggu.
Bermakna kandungan juga sudah masuk fasa matang dan boleh keluar bila-bila masa.
Bila-bila masa?
Tiba-tiba rasa sakit kepala.

Tarik...lepas!
Tarik...lepas!
Tarik...lepas!

Barang baby sudah ready.
Walaupun dalam hati masih ada keinginan nak tambah itu ini.
Tapi kita tak boleh ikut nafsu.
Sebab barang baby tak pakai lama.
Baby ni kejap jer besarnya.
Ambil pengalaman masa Irfan dulu.

So, sekarang kita fokuskan kepada ilmu-ilmu menanti saat-saat kelahiran.
Kalau ikutkan tak sabar memang nak cepat-cepat baby lahir.
Tapi bila rasa cuak tu datang, nanti-nanti lah.
Macam manapun sooner or later masanya akan tiba juga.

Sekarang mari kita belajar teknik pernafasan saat-saat kelahiran.
Masa nak bersalinkan Irfan dulu, nurse ada ajar tapi haramlah kalau boleh ingat sampai sekarang.
Dan memang agak berkesan.
Tidaklah rasa sakit tu hilang terus but mengurangkan sedikit rasa sakit.
Dan yang paling penting membantu kita menjadi lebih tenang.
Maklumlah waktu Irfan dulu tak ambil epidural.

Jadi sekarang mari kita belajar sama-sama:

1. Waktu awal-awal rasa sakit contraction.
....Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung then lepaskan panjang-panjang melalui mulut.
....snifffffffffffff.....fuhhhhhhhhhhhhhhh
....Buat dalam keadaan teratur dan jangan kelam kabut.

2. Bila frekuensi contraction semakin kerap.
....Tarik nafas guna mulut dan lepaskan juga melalui mulut.
....Payah sikit tapi try buat laju-laju sepanjang rasa contraction tu.

3. Rasa nak meneran tapi sebenanrnya belum waktu untuk meneran.
....Kadang-kadang bukaan belum 10cm tapi kita dah rasa nak meneran.
....Selagi nurse or doctor tak suruh teran jangan teran.
....Normally diorang yang akan beritahu masa sesuai untuk meneran (lepas dah buka 10cm).
....Waktu ni tarik nafas laju-laju melalui hidung dua kali. Lepas melalui mulut satu kali.
....snifff...snifff...fuhhh  snifff...snifff...fuhhh  snifff...snifff...fuhhh
....Buat sampai rasa nak meneran hilang.

4. Apabila masanya tiba...Teran time!
....Hak yang ni saya tak pernah ada pengalaman.
....Tapi ikut jer panduan doktor dan nurse.
....Diorang akan ajar cara tarik dan lepas nafas jugak curik nafas.
....Sebab waktu ni waktu genting, salah cara nafas lagi lambat baby keluar.

Ok mari praktis sekarang.
Harap-harap bila dah duduk dalam labour room tu, saya tak hilang ingatan.
Ker, kita tulis jer kat tapak tangan.
Ala-ala bawak "toyol" nak masuk exam.

Credit tambahan pada blog: Ceeramon

Saturday, October 6, 2012

Belajar Menyulam

Minggu ni macam minggu lepas-lepas juga.
Tidak ke mana-mana.
Saya tak larat.
Tapi MR. Daddy pagi-pagi hening dah keluar.
Ada majlis konvokesyen adik bongsu dia di UM.
Me and Irfan tinggal.
Saya memang tak larat nak ikut.
Sat lagi sampai sana, tak sampai setengah jam saya merungut suruh hantar balik.
Buat panas hati orang lain ye.

So dok kat rumah berdua dengan Irfan.
Lepas sarapan, kemas rumah lebih kurang.
Sapu sana sini, sidai kain, lipat kain.
Dah settle kerja, mandikan Irfan.
Then mula terfikir-fikir apa lagi nak buat ni.

Datanglah idea nak try menyulam.
Sebab kalau ikut manual mesin singer saya tu boleh menyulam juga.
Lalu gigihlah berusaha tanpa kenal putus asa...kononnya.

Mula-mula kita practice sulam tulisan blok dulu.
Dan hasilnya...

OK, boleh buat tapi still ada bahagian yang tak kemas. Katanya first try kan.

Lepas tu kita lukis pulak yang ada curve sikit.
Saya try sulam daun.
Dan hasilnya...

OK, curve lulus! Tapi masih wajib practice lembutkan tangan untuk pusing-pusingkan kain supaya hujung daun nampak lagi kemas.

Sekarang kita ciba susah sikit lagi.
Separa bulatan.
Saya try buat bunga.
Dan hasilnya...

Tangan masih keras. Masa nak buat pusingan tu agak terkial-kial jugaklah. Tapi boleh diperbaiki sebab asasnya dah tahu.

Last sekali kita buat penyudah.
Sekadar melatih tangan memusing kain.
Hasil akhir...

Puas hati jugaklah untuk first timer macam saya. Kalau selalu-selalu buat Insya-Allah akan nampak cantik dan kemas. Yang penting prctice!

Sebenarnya sesiapa yang ada mesin jahit yang ada fungsi jahitan zig-zag, boleh try.
Tapi make sure guna tapak khas untuk embroidery.
Check manual sewing machine korang.

Saya pun guna kaedah yang sama.
Jenis jahitan zig-zag dengan jarak jahitan 0mm.

OKlah daaaaaaaaaaaaaa.
Nak pergi cari baju kurung yang boleh dihentam untuk belajar menyulam.
Dah ketagih lah pulak.


Friday, October 5, 2012

Craft Work #6: Another Piece of My Craft

Another request for bag tag key-chain.
Untuk anak lelaki katanya.
So saya buatkan boiboiboy.
Tapi kali ni guna teknik printing.
Sebab kalau guna felt 100%, gambar boiboiboy tu tak hidup.

Hadapan: Gambar boiboiboy tu saya print pada material khas dan tampal pada kain felt.

Belakang untuk letak card nama.
 
Done packaging ready to delivery.
 

Thursday, October 4, 2012

Check-up

Pagi tadi pergi check-up.
Sepatutnya hari ni check-up terus jumpa pakar, tapi tak dan.
Sebab satu: pakar lambat, ada emergency operation.
Sebab dua: MR. Daddy tak dapat tunggu, ada urgent task katanya.
So saya redha jer.

Doktor letak tarikh baru next week.
So next week nak tak nak mesti kena jumpa juga.
Sebab pakar nak tentukan kaedah bersalin.
Walaupun saya dah tetap hati pilih normal but still pakar kena bincang juga dengan pakar.

Hopefully everything ok.
Kalau terpaksa juga C-sec bersalin awallah nampaknya saya.
Just wait and see...

Wednesday, October 3, 2012

Tambang Naik...Perkhidmatan?

Ini cerita pasal perkhidmatan awam kat Malaysia ni.
Dan yang paling kerap saya gunakan ialah ERL.

Baru-baru ni (akhir September) saya ada dengar riuh rendah airport staff kata tambang ERL akan dinaikkan.
Tambang yang ada sekarang (untuk pemegang pas bulanan macam saya) sebenarnya sudah agak tinggi.
Tetapi kami tidak ada pilihan sebab ERL satu-satunya perkhidmatan terpantas ke KLIA.

Then awal Oktober hari tu saya agak terkejut apabila mendengar nilai tambang bagi pas bulanan telah dinaikkan sebanyak RM 20 - RM 50 mengikut destinasi.
Sedangkan perkhidmatan yang disediakan tetap sama.

Ramai yang merungut...termasuk saya.
Nampaknya selepas ini saya perlu cari alternatif untuk ke tempat kerja.
Tambang pas bulanan yang perlu saya bayar sudah menjadi lebih mahal daripada harga minyak kereta saya.

Sedihlah...

Tuesday, October 2, 2012

Sindrome Nak Jadi Abang

Semalam tak kerja sebab Irfan tak sihat.
Hari ni hantar pergi nurseri.
Tapi sekarangan jugalah berpesan pada teacher dia.
Dengan berbekalkan ubat segala bagai.
Ni karang handphone kena gantung jer lah dekat leher.

Dia tak sihat tu sejak dari Sabtu lagi.
Dia start selsema.
Then hari Ahad tu start batuk.
Lepas tu mulalah bernafas pun berbunyi.
Tapi malam tadi memanglah dia cari pasal.

Petang tu bangun tidur, dia mengadu sakit perut.
Bila check perut dia masuk angin.
Tanya nak makan apa, mee sup katanya.
MR. Daddy buatkan.
Bila dah buat, tak mboh makan.
Hirup sup jer.

Lepas tu mengadu lagi sakit peut.
Kali ni claim nak makan bubur nasi.
Buatkan juga.
Dah buat, makan lima sudu.
Lepas tu terus tak nak.

Masuk tidur.
Pukul 12 bangun menangis, sakit perut.
Memang hangin lah saya.
Bukan marah sebab dia sakit perut tapi marah sebab tak mahu makan.
Bancuhkan milo setengah cawan paksa dia minum.
Ini jam rasanya pontianak harum sundal malam pun berkeliaran lari dengar suara saya bertempik paksa budak sakit perut tu minum.
Habis!
Lepas tu dia punya sendawa ha ko!
Keluar segala bagai angin.

Pukul 5 sekali lagi dia bangun menangis.
Tak mengadu sakit perut dah.
Tapi menangis sebab nak minum susu.
Lepas dibuatkan tu, bukannya minum dipegangnya je.
Sekali lagi saya hangin.
Paksa dia minum.
Dapat empat lima teguk, muntah.
Keluar kahak berlendir.
Lepas tu paksa lagi minum habiskan susu sebotol tu.
Penyudahnya habis jugak.
Terus tidur.

Kadang-kadang dia suka tunjuk perangai keras hati dia.
Benda tak sakit mana buat-buat sakit.
Perangai drama king dia memang tak boleh tahan.
Rapat jer gigi ni menahan geram.
Marah-marah pun itulah bintang hati saya.
Dalam marah tu saya peluk-cium juga.
Hopefully hari ni dia akan sihat seperti selalu....

Persiapan untuk Orang Baru

Now dah nak masuk 36 weeks.
Persiapan baby alhamdulillah dah settle.
Kalau ada yang tertinggal pun boleh beli kemudian.

Barang-barang pun dah masuk dalam beg.
Yang nak dibawa balik kampung pun dah siap packing.
Cuma barang-barang MR. Daddy dengan Irfan jer belum stand-by.
Insya-Allah buat dalam hujung minggu depan masa dah masuk 37 weeks pulak.

Makin berdebar rasanya.
Lagi-lagi next month dah start check-up sekali seminggu.
Semoga dipermudahkan segalanya.

Baby-cot untuk baby. Pakai abang dia punya dulu. Mujur masih elok dan cantik lagi. Cuma ada jugalah sebaris dua art abang dia.

Beg baby untuk ke hospital. Barang mami pun tumpang dalam tu juga. Beg tu pun Irfan punya juga. Kawan bagi masa lawat Irfan lahir dulu. Box hijau pun Irfan punya juga. Adik-adik ni biasalah semua pakai abang-kakak dia punya jer.
 

Ini tote-bag barang-barang mandi baby, termasuklah segala minyak angin untuk baby, untuk mami jugak. Buat guna kain lebih cadar dan selimut baby. Tak kuasa nak pakai sampai dua tiga beg, guna ini satu dah cukup, sumbat semua.
 
 
 
Secara fizikalnya memang nampak dah bersedia.
MR. Daddy dah ulang-ulang beritahu tak sabar nak tunggu baby.
Iyer memang tak sabar nanti dah keluar tak moh jaga siap!