Wednesday, October 27, 2010

Asal Usul Beras - Part 2

Minggu lepas kami balik kampung saya di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Kalau tak tahu kat mana sila buka Google Map ek. Ok masa saya balik tu saya tengok bendang (nama saintifiknya sawah padi) lapang, saujana mata memandang.

Saya fikir semua bendang itu sudah dibajak (untuk menggemburkan tanah), tapi rupa-rupanya belum lagi. Dan rezeki anak saya petang itu dapat tengok bendang dibajak. Biasanya bendang dibajak selepas jerami padi dibakar di atas tanah bendang.

Tujuan membakar jerami padi di atas tanah bendang ialah untuk membuang jerami padi tersebut sebab nak angkat satu-satu jerami tu tak larat dek non oiiiii...bendang orang kampung ni berelung-relung. Dan lagi satu untuk menyuburkan tanah (lebih kurang macam tulah sebab tanah bakar ni elok - kata orang kampung).

Yang tak bagusnya ialah bila diorang bakar jerami dekat bendang akan jadi pembakaran terbuka. Habuk jerami akan masuk dalam rumah dan menyebabkan rumah menjadi sangat kotor dan hitam. Kemudian sampai masa yang sesuai baru diorang bajak sawah untuk menggemburkan tanah.

Lepas tanah dibajak baru padi ditabur. Tapi biasanya sebelum padi ditabur dorang akan pastikan bendang ni berair sikit sebab nak pastikan padi tu tumbuh. Kalau musim hujan ok senang sikit sebab tak payah nak masukkan air ke dalam bendang.

Dah lepas menabur (tanam padi guna mesin) dorang akan jagalah padi ni supaya membesar bagai johan....sehingga sampai masa untuk dituai. Nanti kalau ada rezeki setiap kali balik kampung saya akan snap gambar untuk mengupdated proses bagaimana terhasilnya beras yang kita makan setiap hari tu.

Owh korang yang tak pernah tengok bendang dibajak layan gambar beberapa keping ni yea...Gambar-gambar untuk proses penanaman padi akan saya update mengikut prosesnya yea...


Keadaan bendang sebelum dibajak (sebelah kanan)


Sorry...terlindung dengan tangki air kecemasan my mum pulak

Biasnya kalau nak membajak bendang diorang akan pastikan bendang tu ada air sikit...sebab senang lepas bajak boleh terus tabur (tanam padi guna mesin)


Inilah gambar paling jelas dapat saya tunjukkan bagaimana proses membajak bendang.

Kali ni dorang dah tak parking jentera yang saya tak tahu nama nih kat rumah saya, takut saya panjat lagi agaknya....macam saya panjat mesin padi diorang dulu.



Monday, October 25, 2010

Nak Murah Punya Pasal

Perkara ni jadi pengajaran buat saya suami isteri. Kitorang betul-betul beringat lepas ni. Kalau nak beli barang pilihlah yang betul-betul berkualiti dan tidak mengancam nyawa kami sekeluarga. Sungguh-sungguh mengerikan.

Nak jadi cerita bulan empat tahun lepas kami belilah set perabot rumah termasuk sebuah meja makan kaca di jualan hujung tahun satu pusat perabot yang saya kira agak terkenal jugak. Kiranya dah lebih setahunlah kami pakai perabot tu.

Then hari Jumaat yang lepas (15 / 10 / 2010) saya tak kerja sebab anak saya tak ada siapa yang jaga (baby-sitter ada check-up di hospital). Jadi pagi tu lepas anak saya bangun, saya pun berilah dia sarapan pagi. Masa ni MR. Daddy on the way balik dari office. MR. Daddy pun amik coti jugak...the more the merrier, right?

Ok lepas itu budak kecik sudah kenyang dia pun duduk depan tv tengok kartun. Kemudian sayalah pulak makan. Waktu ini MR. Daddy dah sampai di rumah. Habis jer saya makan. Saya biar dulu pinggan tu atas meja sebab nak pergi basuh tangan dekat sinki. Tiga langkah saya tinggalkan meja makan.....









PRANG!!!!!!














APA JADI??????













Kaki meja makan saya yang kaca tu patah. Habis jatuh semua pinggang dan cawan yang ada atas meja tu. Bertabur segala kaca di atas lantai dan tikar sarawak saya. Mujur waktu itu Irfan tiada di situ. Bayangkan kalau peristiwa ini berlaku sewaktu saya sedang menyuapkan si kecik itu makan???
Subhanallah...


Nota ngeri: Nanti saya update gambar kengdian, kabel tertinggal.

Masa nih kaca masih berterabur atas lantai

Tengoklah sumer barang habis bersepah atas lantai

Batang besi yang ada atas lantai tulah tiang meja yang patah tu

Sekarang sudah jadi tongkat sakti dia

Langsung tak nak lepas dah...



Sunday, October 24, 2010

Rindunya..

Dah lama tak jenguk ke blog sendiri. Bukan apa sibuk dengan urusan lain yang menuntut komitmen lebih tinggi. Ceh, bunyi macam hebat jer. Memang hebat...Tunggu...!

Sikit hari lagi saya blog balik semula...sawang-sawang kat blog ni nanti saya sapu ek.

Till then...tata


Thursday, October 14, 2010

Kerastangan dan saya

Kerastangan adalah sesuatu yang sangat saya minati dari dulu, kini dan selamanya, e-cewah! Mungkin minat kerastangan ni turun daripada ibu saya yang turun daripada nenek saya.

Tangan nenek dan ibu memang sangat berseni dan halus. Pendek kata apa saja yang dipegang gerenti menjadi. Kadang-kadang tengok gambar sajer mereka dah boleh bayangkan cara nak mengolahnya.

Saya? Belum sampai tahap tu lagi.

Owh kenapa tetiba cerita pasal kerastangan? Sebab bulan depan adik lelaki saya nak bertunang. Biasalah kalau bertunang tu adalah hantaran sikit-mikit. So bila ada hantaran adalah pulak bekas hantarannya. Jadi bila ada bekas hantaran kenalah ada hias-menghiasnya. Ha sebab itulah saya tetiba rasa nak cerita miter pasal kerastangan nih.

Jadi adalah dimaklumkan sekarang saya sedang mengumpul beberapa material untuk membuat kerastangan barang hantaran adik saya tuh. Oleh kerana belum dapat idea lagi so tak adalah gambar yang boleh ditempekkan di sini.

Nanti kalau dah siap saya tempek gambar yea...Saya janji.

OK itu jer nak cerita...Da

Nota rujukan: kerastangan = kraftangan

Monday, October 11, 2010

Doreamon Saya

Malas nak tulis banyak-banyak. Biarlah 7 keping gambar ini berbicara. Pening kepala mak, nyah! Setiap hari ada jer pi'il baru yang nak dicuba try nyer. Saya? Layan kan ajer. MR. Daddy pecah perut ketawa tengok aksi selamba budak kecik sorang nih.







Tengoklah tu! Tak ke haru. Punyalah 'suka giler membaca' sampai masuk dalam laci. Robohlah laci mummy tu sayang oiiii...Ish...ish...ish (sambil geleng-geleng kepala).

Nampak tak tu punya khusyuk dan tawaduk dia 'baca buku'. Oleh itu puan-puan sekalian sila jangan tonton doraemon masa mengamdung nanti 'terkenan'!

Doreamon saya dah bersedia nak keluarkan mesin masa depan dia.

Genetik siapalah yang terlebih ni...

Sejuk perut mummy mengandung sebab kecik-kecik lagi dah rajin nak belajar sembahyang. Tapiiiiiiiiiii apesal pakai telekung? Awak tu baby boy lah.

Hari-hari tengok mummy sembahyang pakai telekung, dia pun mengamuk nak telekung jugak. Pakaikan sekali terus tak moh dah sebab dia susah nak rukuk dan sujud. Asyik terpijak telekung...he he he

Tapi apa-apapun mummy saaaaaaaaaayang sangat dekat Irfan. Mmmmmmmuuuuuahhhhhh...



Saturday, October 9, 2010

Mengenal Peribadi Diri

Cuba korang renungkan sekejap tajuk entry yang diberi itu. Bunyinya macamlah saya ni pakar psikologi ye tak! Idak...saya bukan pakar psikologi. Belajar psikologi empat semester pun dah buat saya muntah ijo tiap kali nak amik periksa paper psikologi. Serabut kepala mak, nyah! Banyak benor fakta yang tak boleh silap harus dihapal dan ditulis di atas kertas jawapan.

Tapi sebelum kita masuk entry nih saya nak tunaikan janji saya dalam entry sebelum ni pasai Program Bicara 45 tu. Program Bicara 45 tu sebenarnya diambil sempena dengan pengisian setiap sesi program selama 45 minit. Selama 45 minit itu seorang ahli yang telah dipilih akan berkongsi satu ilmu yang dia tahu selama 45 minit. Apa yang nak dikongsi terpulang kepada si tukang cakap. Ia tidak hanya berada dalam ruang lingkup skop pekerjaannya. Dia boleh bercerita apa sahaja yang boleh memberi samada nasihat, petunjuk, pengajaran atau apa-apa sahaja ilmu baru kepada ahli yang mendengar. Setiap tukang cakap diberi tempoh selama 45 minit untuk bercakap.

Mengenal Peribadi Diri ini pun saya dapat daripada Program Bicara 45 ini juga. So saya nak kongsi dengan korang-korang sumer. Ini bersangkutan dengan elemen alam iaitu tanah, air, api dan angin. Kata orang tua-tua elemen tanah boleh masuk dengan semua elemen alam yang lain. Air pula sesuai dengan elemen tanah dan api. Api pula sangat sesuai dengan elemen air manakala angin pula boleh dipasangkan dengan elemen tanah.

Klik pada gambar untuk besarkan, senang nak baca.

Cara nak baca senang jer. Korang cer tengok korang anak nombor berapa. OK let say korang anak sulong bermakna korang dalam elemen tanah yang mana elemen ini sesuai untuk semua. So korang boleh baca peribadi korang dalam elemen tanah tu. Begitulah seterusnya. Kalau anak kedua = air (sayalah tu..!), ketiga = api, keempat = angin dan seterusnya.

Menurut kata yvone (awek yang beri talk pasal Kenali Peribadi melalui unsur alam ni) ia sesuai untuk mereka yang sedang mencari jodoh untuk melihat keserasian. Kalau api dengan api (anak ketiga dengan anak ketiga tidak aman rumahtangga (kata dialah!). Tapi kata saya pula janganlah percaya 100% dengan semua ini. Takut merosakkan iman. Kita kena yakin dengan Allah yang telah menetapkan jodoh terbaik buat kita. Kalau nak jodoh terbaaaik! kita kenalah jadi baik sebab janji Allah perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan janji Allah itu pasti!

Selamat mengenal peribadi memasing. Ingat jangan percaya sangat walaupun ada keterangan mengenai elemen itu kena pada korang. Lain kali saya kongsi pulak ilmu yang disampaikan oleh ahli lain.Da....


Friday, October 8, 2010

Bicara 45

Bicara 45? Apeke bendanya ni? Itulah tanggapan pertama saya pes time dapat email rasmi jemputan untuk menghadiri Bicara 45 ini. Saya tanya si penghantar email. Jawapan yang diberikan sangat padat, ringkas dan pendek. ENTAH!

Tapi akhirnya pertanyaan saya itu terjawab jugak bila saya hadir sendiri ke program tersebut hari ini.

Korang nak tahu ke apa ke bendanya Program Bicara 45 ni?

Heh heh heh...tiba-tiba muncul setan bertanduk dua angkat-angkat kening dalam bayangan saya. Agak-agaknya kalau saya bagitau dalam lain entry korang sumpah saya tak?

Sumpah? Lantak koranglah janji saya tak dengar.

Saya nak jaki dengan korang. Nanti next entry saya kasik tau OK!

Nota nasihat: Sabar kan separuh daripada iman (",)



Sekian. saya yang jaki...

Thursday, October 7, 2010

Alahai Anak Omak...

Dolu-dolu sebelum saya berkahwin, sebelum ada anak saya suka tengok pi'il anak orang lain. Tak kira lah anak sepupu ker...anak jiran ker...anak kawan ker...orang yang ada anaklah, saya suuuuuuuuuuker tengok. Saya suka tengok gelagat budak tuh.

Ada yang saya tengok ke mana pergi ngusunglah bantul buchuk dia. Tak kiralah...tengah tengok tv, bantal buchuk kat tangan. Tengah makan bantal buchuk kat pangkuan. Tengah main bantal buchuk kat bawah ketiak. Kadang-kadang dah naik lunyai bantal buchuk tu saya tengok tapi kata emak dia:

"Bantal buchuk tu bukan boleh ditukar-tukar, mengamuk dia nanti."

Ada yang sesetengah tu pulak puting tak lekang dekat mulut. Nyut...nyut...nyut...Ya ampun hilang comey.Kadang-kadang tuh sampai umur dah nak tadika puting masih tak nak lagi buang. Ini kes sepupu saya. Sampai umur 6 tahun masih lagi nyut nyut nyut puting dalam mulut. Dia cabut masa pergi tadika jer. Mak cik saya kater:

"Kalau tak bagi puting tu dekat dia nanti dia mogok tak nak sekolah."

Aish macam-macam pi'il budak-budak ni (sambil geleng-geleng kepala). Saya terpikir jugak nanti kalau saya ada anak macam mana pulak ragam anak saya. Kalau ikut perangai saya...alhamdulillah sebab ibu cakap saya baik masa kecil, langsung tak menyusahkan dia.

"e-eh iye ke bu"
"iye..."

Sekarang saya dah ada anak. Ya Allah lasaknya ampunlah tuhan. Setiap hari ada sajer aktiviti baru yang nak diterokainya. Memanjat memang hobi nombor satu dia. Lepas tuh 'mengemas rumah' terutama dapur (silalah bayangkan sendiri rumah yang dah dilanggar garuda...tak koser nyah nak menulis di sini...serabut!).

Lagi satu budak pusar dua ni juga suka meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya MR. Daddy suka angkat tangan bila melepasi guard rumah kami. Sekarang MR. Daddy dah tak payah angkat tangan sebab si kecik ni yang akan angkat tangan. Lepas tu dalam kete ada car-seat untuk dia. Minggu pertama dia nak duduk dalam tu. Masuk minggu kedua dia tak mo dah. Dia suruh mummy dia yang duduk dalam tu (silalah jangan bayangkan mummy duduk dalam car-seat ittew...huduh amat!!!)

Dan dia pun ada pi'il sendiri macam budak-budak kecik yang lain terutama waktu nak nenen dan tidur. Tahu apa yang dia suka buat? Tak tahu? Memanglah dah kata pi'il anak saya ye tak.! Dia sangat suka mengorek pusat dia. Entah apa rasanya tak tahulah.

Bila nak tidur tu kalau baju dia saya masukkan dalam seluar memang mengamuklah dia sebab tak dapat korek pusat. Bila dah kuarkan baju tu dari seluar sonoklah dia dapat korek pusat. Itu ok lagi. Tapi budak kecik sorang ni bukan setakat suka korek pusat dia sahaja, pusat orang lain pun dia korek!

Mangsa dia selalunya Mr. Daddy. Pantang Mr. Daddy tidur...mulalah dia menjalankan misi serang hendap dia. Kalau tak pakai baju lagilah dia suka, senang kerja dia. Tapi kalau pakai baju diselaknya perlahan-lahan lepas tu terus korek pusat. Tak ke hangin satu badan!!?

Tapi sebab anak sendiri sabor jelah. Sebab itu saya cakap kalau Irfan tidur MR. Daddy dan saya kena tidur jugak sebab kalau Irfan tak tidur MR. Daddy dan saya pun jangan harap dapat tidur. Tak adanya aman dunia!

Tapi itulah anugerah Allah yang tak terhingga buat kami. Kami antara pasangan yang terpilih untuk memiliki cahaya mata yang bukan semua pasangan dapat merasai nikmatnya. Jadi kesimpulannya kalau ada anak tu sayangailah anak anda. Jangan pandai sangat pergi buang baby tu ikut sedap dan jer...Di sana nanti akan dituntut oleh mereka itu hak mereka daripada kamu. Ada bran???



Wednesday, October 6, 2010

Besar Maknanya Langkah Pertama

Mari kita memotivasikan diri sendiri pada hari ini.
(Amaran: Karangan motivasi ini ditulis oleh seorang yang bukan pakar motivasi, oleh itu sekiranya anda ragu-ragu sila rujuk pakar motivasi yang bertauliah. Penulis sekadar menulis hasil daripada pembacaannya, perjalanan hidupnya dan pengamatannya daripada kehidupan orang lain)

Langkah pertama? Sejauh manapun kita melangkah, setinggi manapun kita dah panjat, semuanya bermula dengan langkah pertama. Mula-mula kita melangkah...itulah langkah yang telah membawa kita berada pada kedudukan kita pada hari ini. Tidak sedar kita yang sebenarnya telah memilih samada untuk memulakan langkah yang pertama itu atau tidak.

Kita berjaya menjadi seorang pengarah urusan pada hari ini kerana kita telah mengambil langkah yang pertama pada lima tahun lepas. Bayangkan kalau kita tidak memulakan langkah pertama itu. Di mana kita hari ini???

Kita meringkuk di penjara hari ini (erk..abang warden, dalam penjara boleh baca blog saya tak?) kerana kita telah memulakan langkah pertama yang salah tiga tahun dulu. Berbaloikah langkah pertama yang telah kita atur dulu? Bayangkan kalau kita tidak memulakan langkah pertama yang salah ini, di mana kita pada hari ini???

Nampak? Betapa besar impak langkah pertama yang kadang-kadang kita tak perasan pun. Kita yang memilihnya dengan naluri dan iman. Kita yang menentukan langkah kita sebab salah melangkah kita yang mungkin tersadung batu, jatuh lalu tersungkur.

Setiap langkah pertama ada risikonya samada membawa kita ke puncak jaya atau mengheret kita ke lembah kehancuran. Tetapi kita manusia ciptaan terindah Allah diberikan akal dan fikiran, maka tidak mungkin kita tidak boleh memilih langkah pertama yang bakal membawa kita ke puncak jaya. Langkah pertama, usaha, doa dan bertawakallah kepada Allah.

Tidak susah untuk memulakan langkah pertama, dengan keberanian kita pasti boleh melangkah. Jatuh, tersungkur bangunlah semula supaya langkah pertama itu tidak menjadi sia-sia. Ingatlah kejayaan mahupun kehancuran kita pada hari esok kerana langkah pertama kita pada hari ini.

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya menawan puncak, jangan hanya memandang ke arah puncak tersebut...tetapi mulakan langkah pertama kamu untuk mendakinya" - Eby Safiah-

Nota amaran lagi: Quote di atas dicipta sendiri oleh penulis yang bukan pakar motivasi...ngeh ngeh ngeh.


Tuesday, October 5, 2010

Bawa Laju-laju Nak Pergi Mana?

Pergi mati????
Ha kan dah keluar bahasa kasar!
Mintak maaf yea...Kita mulakan sekali lagi.

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera dan selamat pagi (waktu Eby Safiah menulis entry ini)
Salam 1Malaysia....

Pagi tadi punya al-kisah. Dalam perjalanan ke tempat kerja. Kami bertembung dengan 3 kejadian kemalangan jalan raya. Ish...ish...ish...(sambil geleng-geleng kepala). Tapi mujur juga ketiga-tiga kejadian tidak meragut sabarang nyawa samada nyawa di dalam kenderaan atau di luar kenderaan termasuk nyawa binatang yang suka melintas jalan tidak pandang kiri-kanan. Jangan jadi macam binatang...pandang kiri-kanan sebelum melintas jalan. Ish...ish...ish...(sambil geleng-geleng kepala).

Kemalangan Pertama:
Melibatkan sebuah kereta proton wira warna biru gelap. Kereta siapa? Sila angkat tangan. Kereta ni kemek bahagian depan sebab langgar tembok yang menutup jalan yang belum dibuka. Faham ke? Maknanya jalan tu jalan baru...separuh jalan sudah dibuka separuh lagi masih ditutup. Mungkin kereta proton wira warna biru gelap itu dipandu laju, bila sampai tempat kejadian tak sempat brek DUM! langgar tembok tutup jalan. Macam mana saya tahu kronologi kejadian? Inilah hasilnya bila rajin tengok CSI. Tengok keadaan kemek kereta pun dah tahu kronoliginya. Cit blah lah Eby!!!

Kemalangan Kedua:
Jarak kemalangan kedua dengan kemalangan pertama hanyalah lebih kurang dalam 100meter. Kali ini melibatkan Proton Saga edisi baru kaler silver. Daripada pemerhatian saya yang suka menonton CSI di channel 701 Astro saya rasa kronologi kemalangan juga sama seperti kemalangan pertama. Bumper depan kereta saga tu habis terburai mencium jalan tar yang masih baru. Mungkin ia dipandu laju menuruni bukit, juga tidak sempat membrek DUM! melanggar tembok menutup jalan yang belum siap sepenuhnya.

Kemalangan Ketiga:
Yang ini berlaku di Putrajaya. Entah melibatkan kereta jenis apa saya tak dapat nak pastikan sebab banyak bebenor kereta yang benti tepi jalan tu. Maklumlah rakyat Mesia ni kan prihatin lagi busybody...ehem! ehem! ada yang tersedak ke? Tapi yang pasti sebuah motosikal terlibat. Kawasan ni memang selalu berlaku kemalangan sebab ini selekoh tajam dan menuruni bukit. Saya rasa kemalangan pagi tadi disebabkan kereta dipandu laju, jalan pula licin sebab baru lepas hujan. Mungkin ketika sampai di selekoh yang menuruni bukit dia cuba brek kete dia tapi tayar dah tak grib sebab dah botak so kereta pun menggelusur dan terlanggar motosikal yang memang sedang lalu di situ. Tengok betapa berguna ilmu CSI yang saya tonton...ngeh ngeh ngeh.

Kesimpulan:
1. Selalulah berhati-hati ketika berada di jalan raya tidak kira apa yang anda buat di atas jalan raya itu.
2. Kalau orang lain tak boleh nak berhati-hati andalah yang kena berhati-hati.
3. Kalau orang lain tidak mahu bertolak-ansur andalah yang perlu bertolak-ansur.
4. Tapi ingat! Berhati-hati pun perlu ada caranya. Jangan sampai sikap berhati-hati anda mengundang bencana kepada anda dan orang lain.
5. Sila gunakan kemudahan di kereta anda secara maksimum pada waktu yang sesuai. Gunakan signal untuk membelok dan menukar lorong. Gunakan lampu pada waktu hujan dan malam. Sila jangan pasang double signal waktu hujan. BAHAYA OK!
6. Lu pikirlah sendiri!

Sekian daripada saya yang menyaksikan tiga kemalangan yang tidak meragut nyawa tetatpi kerosakan harta benda. Bertemu lagi di lain masa.

Monday, October 4, 2010

Perjalanan Yang Tidak Dirancang

Hujung minggu baru sahaja berlalu...
Lepas baik demam seminggu selepas raya hari itu saya dah awal-awal cakal dengan MR. Daddy:

"Hujung minggu nanti tak nak pergi mana-mana. Nak rehat aja dekat rumah. Penat."

Laju jawab MR. Daddy:

"OK!"

Hari berganti hari sehinggalah tibanya hari minggu. Macam biasa MR. Daddy akan bangun awal...basuh kain, masak air dan main komputer.

Lebih kurang pukul 9.30 a.m herokecil pun bangun. Bila herokecil bangun barulah saya boleh bangun kalau tidak terkulat-kulatlah saya atas katil tu sebab herokecil ni jenis tidur atas tangan saya. Bila dialihkan dia mesti terjaga. KEbas tangan dibuatnya. Belakang pun sakit sebab tidur tak boleh pusing-pusing.

Lepas bangun herokecil tengok tv sambil tolong saya 'kemas-kemas' rumah. MR. Daddy pulak prepared breakfast untuk herokecil dan mummynya. Bila breakfast dah ready MR. Daddy tolong mandikan herokecil. Herokecil lagi suka mandi dengan MR. Daddy daripada mandi dengan mummy dia. Sebab dengan Mr. Daddy boleh main air lama-lama sampai mummy ketuk pintu bilik mandi.

Lepas mandi, makan breakfast, lepas tu lepak-lepak jer kat rumah. Tergolek sana tergolek sini, MR. Daddy main komputer, herokecil godek kereta baru tak ada enjin dia tu, saya layan kartun dekat tv. Tengah hari semua umat dalam rumah tu tergolek tidur.

Herokecil bangun lebih kurang pukul 2.00p.m. Bila herokecil dah bangun maka semua orang juga kena bangun. Bila dah bangun dari tidur tu mulalah saya rasa bosan. Lalu sayapun berkata kepada MR. Daddy:

"Boringlah. Jom keluar bawa Irfan jalan-jalan."

Lalu dijawab oleh MR. Daddy:

"Emmm...OK!"

Maka bersiap-siaplah tiga beranak ini untuk keluar berjalan-jalan. Ke mana? Owh itu kita tidak tahu lagi. Mari kita teruskan pembacaan untuk mengetahui ke manakah arah tujuan tiga beranak ini.

Dalam kereta kami masih lagi berbincang ke mana arah tujuan kami. Ada beberapa tempat yang disebut-sebut sebagai calon tetapi terdapat beberapa masalah yang menyesakkan fikiran jadi calon-calon tempat tersebut tidak jadi kami kunjungi. Lalu Mr. Daddy pun memberi cadangan bernas:

"Kita pergi makanlah dulu. Nanti sambil makan kita fikir nak pergi mana."

Lalu dijawab oleh saya yang kebetulan memang sedang lapar sebab baru bangun tidur.

"Emmm...OK! Makan Pizza Hut."

Jadi sambil makan kami pun berbincang arah tujuan kami sedangkan masa semakin berlalu pergi meninggalkan kami...ce-wah! Akhirnya end-up MR. Daddy ajak pergi IOI Mall Puchong jer. Saya yang dah tak ada idea nak pergi mana OK saja. Sekurang-kurangnya keluar juga berjalan...

nota pendek: gambar nanti saya upload ok!


Friday, October 1, 2010

Tips Untuk Pergi Melancong

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan sekelian pada hari yang berbahagia ini saya akan membawakan anda beberapa tips untuk melancong yang mungkin berguna untuk anda suatu hari nanti...Bunyinya macamlah saya nih dah keliling satu donia ngada-ngada nak kasik tips kat korang kan? Tapi tak apa sharing kan caring...

Tips 1:
Sila mengecheck dompet anda dan juga akaun bank. Cukupkah ongkosnya jika mahu menerbangkan diri sendiri ke tempat lain. Jika tidak cokop usahlah gatal jugak nak pergi. Kang ada yang pergi tak balik pulak...tak pong tidur kat jambatan...tak pong bila balik mesia balik semula poket kering kontang...kan dah syahdu syahdan gitu.

Tips 2:
Sila tetapkan waktu tempatan untuk bertolak. Janganlah guna waktu Amerika pulak kang terlepas kapal terbang camana nak kojar? Pastikan betul-betul pada tarikh tersebut kita single and available. Bukan apa kalo beli tiket tambang murah waktu oper tak dapat tukar dah dek non...leburlah tiket kome. Sapa yang rugi??? Air Asia jugak yang untung...

Tips 3:
Bertanyalah kepada Inspektor Google seberapa banyak yang mungkin tentang tempat yang anda ingin lawati. Jangan takut Inspektor Google tak kan tembak walaupun anda tanya soalan paling tidak bernas. Lagipun malu bertanya sesat jalan kan? kan? kan? Lepas tu amiklah nota tentang jawapan kepada soalan-soalan tidak bernas anda tadi. Tok sahlah gatal konon-konon hafal dalam kepala hotak tu...tak lama manapun boleh simpan dalam kepala otak. Jalan terbaik copy, paste, print. Sonang!

Tips 4:
Lepas tuh janganlah lupa cari tempat untuk anda berdengkur di malam hari. Kalau anda travel sepi sendirian carilah tempat berdengkur yang selamat, yang mudah, banyak akses...Bukan apa sediakan payung sebelum hujan gerimis.

Tips 5:
Pastikan negara/tempat yang anda pergi itu selamat dari pelbagai sudut. Oleh sebab yang demikian carilah seberapa banyak maklumat tentang tempat yang tergedik-gedik hendak anda lawati. Baca berita-berita terkini tentang tempat tersebut. Seboleh-bolehnya janganlah pergi ke tempat yang sedang bergelora macam ada rusuhan besar-besaran ker, peperangan, tunjuk perasaan, tempat/negara yang sedang/akan dilanda bencana. Bukan apa...takut nanti muka anda pulak yang keluar dalam Buletin Utama TV3. E-eh macam kenallah...Ya Allah dah meninggal! Innalil-lah...Ha nak macam tu???

Tips 6:
Check jugak cuaca dan currency demo. Pergilah dalam waktu cuaca yang sesuwai...atau sekurang-kurangnya anda dapat bersedia dari segi menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca semasa negara/tempat tersebut. Takut nanti winter season anda bantai bawak baju nipis macam kulit bawang, nak bergaya katakan...up to date lah konon. Dah tak pasal-pasal kagum orang Amerika tu tengok rakyat Mesia. Anda pulak dah mula nak mengeras jadi arca...tak ke kes aniaya tu. Currency nih pun penting jugak. Separuh negara terima matawang asing tapi kebanyakkannya hanya terima euro atau matawang mereka sendiri. Kalao tak ada wang asing camana gayanya anda nak bershopping centre di sana. Apalah maknanya melancong jika tidak membawa pulang buah tangan untuk orang kampung. Tak adalah bukti kukuh untuk riak yang anda dah pergi ke Amerika nun...

Tips 7:
Jangan lupa buku kecik yang ada muka anda dan cop Imigresen tuh...pasport da...kalau dah expired berkulat sila renew...kalau tak ada sila buat...kalau malas nak pergi buat sila lempang diri sendiri dengan gaya lempangan laju-laju. Banyak sangat vitamin M! Buat pasport tak lama...sejam dah boleh siap. Tapi kalau siap dalam tempoh sejam 30 minit janganlah anda marah pegawai tu...dia kan manusia biasa jugak, lagipun sabar itu separuh daripada iman...kahwinlah untuk dapatkan yang separuh lagi...cis banyak cantik!

Tips 8:
VISA! Sila check adakah negara yang anda nak pergi tuh ngada-ngada nak Visa. Kalau negara tersebut nak Visa sila apply (setiap negara tempoh permohonan adalah berbeza-beza). Sebarang masalah yang timbul akibat Visa hanya akan merugikan diri anda dan poket anda. Tak percaya...try!

Tips 9:
Jaga kesihatan. Aik? Apa kena-mengena. Ialah kalau tempah tiket tambang murah waktu oper anda tempah hari ini anda terbang lagi empat bulan. Dalam tempoh empat bulan tu macam-macam boleh berlaku. Jadi sila pastikan kesihatan anda sentiasa berada pada tahap maksimum untuk memastikan anda fit pada tarikh anda menerbangkan diri sendiri. Kalau dah sakit macam mana nak pergi. Kalau tak pergi tiket tambang murah beli waktu oper tak boleh refund. Ha, siapa yang rugi??? Air Asia jugak yang untung.

Tips 10:
Akhir sekali sebelum menerbangkan diri sendiri silalah membuat miss called kepada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga supaya mereka menghubungi anda semula..jimat kredit, maklumlah duit dah banyak lebur beli tiket tambang murah waktu oper dan tempah tempat berdengkur. Maklumkan kepada mereka tentang pemergian anda, di mana anda akan berdengkur, berapa hari anda berada di sana, dengan siapa anda pergi dan nombor untuk anda dihubungi di sana. Jangan lupa juga meninggalkan wasiat kepada mereka: "Mak, kalau Intan (bukan nama sebenar) tak pulang selepas tarikh sekian sekian, emak laporlah kepada polis dan kedutaan Malaysia di Amerika. Intan (bukan nama sebenar) sayang emak sungguh-sungguh, banyak-banyak, sangat-sangat." Percayalah emak anda mesti tak izinkan anda pergi...


Sekian, tips untuk pergi melancong daripada saya yang belum habis keliling donia. Kalau ada yang tertinggal sila tambah sendiri...Inspektor Google kan ada...