Wednesday, October 6, 2010

Besar Maknanya Langkah Pertama

Mari kita memotivasikan diri sendiri pada hari ini.
(Amaran: Karangan motivasi ini ditulis oleh seorang yang bukan pakar motivasi, oleh itu sekiranya anda ragu-ragu sila rujuk pakar motivasi yang bertauliah. Penulis sekadar menulis hasil daripada pembacaannya, perjalanan hidupnya dan pengamatannya daripada kehidupan orang lain)

Langkah pertama? Sejauh manapun kita melangkah, setinggi manapun kita dah panjat, semuanya bermula dengan langkah pertama. Mula-mula kita melangkah...itulah langkah yang telah membawa kita berada pada kedudukan kita pada hari ini. Tidak sedar kita yang sebenarnya telah memilih samada untuk memulakan langkah yang pertama itu atau tidak.

Kita berjaya menjadi seorang pengarah urusan pada hari ini kerana kita telah mengambil langkah yang pertama pada lima tahun lepas. Bayangkan kalau kita tidak memulakan langkah pertama itu. Di mana kita hari ini???

Kita meringkuk di penjara hari ini (erk..abang warden, dalam penjara boleh baca blog saya tak?) kerana kita telah memulakan langkah pertama yang salah tiga tahun dulu. Berbaloikah langkah pertama yang telah kita atur dulu? Bayangkan kalau kita tidak memulakan langkah pertama yang salah ini, di mana kita pada hari ini???

Nampak? Betapa besar impak langkah pertama yang kadang-kadang kita tak perasan pun. Kita yang memilihnya dengan naluri dan iman. Kita yang menentukan langkah kita sebab salah melangkah kita yang mungkin tersadung batu, jatuh lalu tersungkur.

Setiap langkah pertama ada risikonya samada membawa kita ke puncak jaya atau mengheret kita ke lembah kehancuran. Tetapi kita manusia ciptaan terindah Allah diberikan akal dan fikiran, maka tidak mungkin kita tidak boleh memilih langkah pertama yang bakal membawa kita ke puncak jaya. Langkah pertama, usaha, doa dan bertawakallah kepada Allah.

Tidak susah untuk memulakan langkah pertama, dengan keberanian kita pasti boleh melangkah. Jatuh, tersungkur bangunlah semula supaya langkah pertama itu tidak menjadi sia-sia. Ingatlah kejayaan mahupun kehancuran kita pada hari esok kerana langkah pertama kita pada hari ini.

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya menawan puncak, jangan hanya memandang ke arah puncak tersebut...tetapi mulakan langkah pertama kamu untuk mendakinya" - Eby Safiah-

Nota amaran lagi: Quote di atas dicipta sendiri oleh penulis yang bukan pakar motivasi...ngeh ngeh ngeh.


No comments: