Monday, October 4, 2010

Perjalanan Yang Tidak Dirancang

Hujung minggu baru sahaja berlalu...
Lepas baik demam seminggu selepas raya hari itu saya dah awal-awal cakal dengan MR. Daddy:

"Hujung minggu nanti tak nak pergi mana-mana. Nak rehat aja dekat rumah. Penat."

Laju jawab MR. Daddy:

"OK!"

Hari berganti hari sehinggalah tibanya hari minggu. Macam biasa MR. Daddy akan bangun awal...basuh kain, masak air dan main komputer.

Lebih kurang pukul 9.30 a.m herokecil pun bangun. Bila herokecil bangun barulah saya boleh bangun kalau tidak terkulat-kulatlah saya atas katil tu sebab herokecil ni jenis tidur atas tangan saya. Bila dialihkan dia mesti terjaga. KEbas tangan dibuatnya. Belakang pun sakit sebab tidur tak boleh pusing-pusing.

Lepas bangun herokecil tengok tv sambil tolong saya 'kemas-kemas' rumah. MR. Daddy pulak prepared breakfast untuk herokecil dan mummynya. Bila breakfast dah ready MR. Daddy tolong mandikan herokecil. Herokecil lagi suka mandi dengan MR. Daddy daripada mandi dengan mummy dia. Sebab dengan Mr. Daddy boleh main air lama-lama sampai mummy ketuk pintu bilik mandi.

Lepas mandi, makan breakfast, lepas tu lepak-lepak jer kat rumah. Tergolek sana tergolek sini, MR. Daddy main komputer, herokecil godek kereta baru tak ada enjin dia tu, saya layan kartun dekat tv. Tengah hari semua umat dalam rumah tu tergolek tidur.

Herokecil bangun lebih kurang pukul 2.00p.m. Bila herokecil dah bangun maka semua orang juga kena bangun. Bila dah bangun dari tidur tu mulalah saya rasa bosan. Lalu sayapun berkata kepada MR. Daddy:

"Boringlah. Jom keluar bawa Irfan jalan-jalan."

Lalu dijawab oleh MR. Daddy:

"Emmm...OK!"

Maka bersiap-siaplah tiga beranak ini untuk keluar berjalan-jalan. Ke mana? Owh itu kita tidak tahu lagi. Mari kita teruskan pembacaan untuk mengetahui ke manakah arah tujuan tiga beranak ini.

Dalam kereta kami masih lagi berbincang ke mana arah tujuan kami. Ada beberapa tempat yang disebut-sebut sebagai calon tetapi terdapat beberapa masalah yang menyesakkan fikiran jadi calon-calon tempat tersebut tidak jadi kami kunjungi. Lalu Mr. Daddy pun memberi cadangan bernas:

"Kita pergi makanlah dulu. Nanti sambil makan kita fikir nak pergi mana."

Lalu dijawab oleh saya yang kebetulan memang sedang lapar sebab baru bangun tidur.

"Emmm...OK! Makan Pizza Hut."

Jadi sambil makan kami pun berbincang arah tujuan kami sedangkan masa semakin berlalu pergi meninggalkan kami...ce-wah! Akhirnya end-up MR. Daddy ajak pergi IOI Mall Puchong jer. Saya yang dah tak ada idea nak pergi mana OK saja. Sekurang-kurangnya keluar juga berjalan...

nota pendek: gambar nanti saya upload ok!


No comments: