Menyelak surat khabar sepanjang hari ni mengundang sebak.
Masih banyak disiarkan tentang berita pemergian allahyarham Noramfaizul.
Entah kenapa rasa sebak setiap kali mendengar mahupun membaca berita pemergiannya.
Arwah gugur dalam misi keamanan di Somalia.
Terkena tembakan curi yang sebenarnya dituju kepada kenderaan tentera.
Peluru sesat itu mengenai bahu arwah dan menembusi paru-parunya.
Arwah meninggal ketika dalam rawatan kerana kehilangan banyak darah.
Itu berita yang saya dengar di tv dan baca di akhbar.
Ketika post ini saya tulis masih berbaki rasa sebak.
Entah mengapa sukar mahu saya gambarkan.
Saya dari dahulu...dari zaman universiti hingga hari ini masih menyimpan hasrat untuk mengikuti misi keamanan seperti ini.
Tetapi dari dahulu hingga sekarang saya masih tidak mendapat restu dari orang-orang yang tersayang.
Baik daripada arwah ayah, ibu, suami dan adik beradik.
Saya faham mengapa mereka tidak merestui niat saya.
Dan saya tidak pernah membangkang.
Saya yakin perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Buat keluarga allahyarham saya ucapkan takziah dari hati.
Semoga Allah memilih allahyarham untuk ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.
Dan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.
Hanya doa dapat saya titipkan dari kejauhan.
Kehilangan yang tiba-tiba ini amat memilukan...
No comments:
Post a Comment