Thursday, September 8, 2011

Raya Dengan Atok

Raya tahun ini raya kedua buat Irfan tanpa atok.
Bezanya tahun ini dia sudah pandai bertanya.
Susah juga mahu menerangkan kepada anak yang baru berusia dua tahun itu yang kedua-dua atoknya telah dijemput pulang.

Raya pertama kami pulang ke kampung daddy di Kuala Kurau, Perak.
Di situ ada seorang pak cik daddy yang kami panggil Along Leh.
Along Leh ni akalnya kurang sedikit berbanding kita.
Dia istimewa.

Sampai sahaja di kampung, sebaik Irfan bertemu dengan Along Leh, Irfan tersenyum.
Irfan pandang saya sambil berkata
"Mami...atok."
Saya hanya tersenyum sambil mengangguk.

Sejak itu...Along Leh menjadi atok Irfan.
Kalau Irfan menangis Along Leh akan datang memujuk.
Kalau Irfan mahu bermain Along Leh datang menemani.
Kalau Irfan mahu bermanja Along Leh datang mendukungnya.
Sepanjang raya itu Irfan agak gembira.
Mungkin kerana ada 'atok' yang beraya bersamanya.

Terlupa mahu mengambil gambar Along Leh.
Tapi kalau korang nak tahu macam mana rupa Along Leh tu,
korang boleh bayangkan Tok Dalang dalam Upin & Ipin.
Itulah gambaran wajah Along Leh.





No comments: