Thursday, September 29, 2011

Baby-Faced Beauty


Title: 동안미녀 / Dongahn Mi Nyeo / Baby-faced Beauty
Also Known as: Youthful Beauty / Pretty Young Woman
Genre: Romance, comedy

Sinopsis

Kisah tentang Lee So Young (Jang Nara) anak sulung dalam dua beradik yang terpaksa menanggung keluarganya yang dibebani banyak hutang. Kerana dirinya yang agak berusia menyebabkan So Young sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Dia bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen dan akhirnya berjaya menempatkan diri di sebuah industri fesyen dengan menipu umurnya. Wajahnya yang nampak keanak-anakan menyebabkan tiada yang sedar penipuannya termasuklah Choi Jin Wook (Choi Daniel), lelaki yang jatuh hati kepadanya. Namun So Young tetap merasa tidak tenang hingga akhirnya mengambil keputusan untuk mengumumkan siapa sebenarnya dia termasuklah umur dan tahap pendidikannya.

Cast

Jang Nara as Lee So Young
Choi Daniel as Choi Jin Wook
Ryu Jin as Ji Seung Il
Kim Min Seo as Kang Yoon Seo

Sedikit info tentang Jang NARA

Baby-faced Beauty merupakan comeback Jang Nara selepas hampir enam tahun "menghilangkan" diri dari duania lakonan di Korea. Pelakon baby-faced ini meninggalkan Korea pada tahun 2005 untuk memberikan tumpuan penuh pada career lakonanya di China.

Jang Nara "membawa" diri ke China ketika namanya berada di puncak populariti melalui beberapa sitcom dan drama bersiri TV di Korea. Menurutnya dia berasa sedikit kecewa dengan kebanyakan watak yang diterimanya di Korea yang mana baginya kebanyakkannya adalah sama.

Di tanya mengapa China, jawabnya kerana di sana dia diberi peluang untuk melakonkan pelbagai watak. Daripada watak seorang gadis yang naif kepada watak antagonis. Yang mana dia dapat memperkembangkan lagi bakat lakonannya.


Sumber : koreandrama, koreannews, allkpop


 

No comments: