Monday, September 26, 2011

P.S: I Love You [ CECELIA AHERN ]

This is a second book of Cecelia Ahern yang saya baca.
First time baca tulisan dia ialah Where Rainbows End.
Terus suka sebab cerita dia banyak berkisar tentang dunia nyata.
Banyak berkisar tentang realiti kehidupan.
And of course adalah sikit-sikit elemen "penyedap" novel.
Kaki novel mesti faham maksud saya.


Sinopsis

A story about Holly yang kematian suami, Gerry pada tahun Holly menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga puluh. Gerry mati kerana menghidap penyakit brain tumor. Selepas kehilangan Gerry, Holly tidak lagi mempunyai kekuatan untuk meneruskan hidup. Walaupun keluarga, dan dua orang sahabat baiknya sentiasa memberikan sokongan namun Holly rasa hidupnya tidak lagi bermakna. Hingga satu saat selepas dua bulan kematian Gerry, Holly mendapati mendiang suaminya ada meninggalkan nota pesanan yang perlu dibukanya pada setiap bulan sehinggalah penghujung tahun tersebut. Di setiap hujung nota yang ditinggalkan Gerry akan menulis "P.S I Love you". Bermula dari saat itu Holly hidup berpandukan nota pesanan yang ditinggalkan Gerry. Sehinggalah sampai ke nota yang terakhir bila Gerry meminta Holly untuk membuka hatinya supaya dapat menerima cinta baru...

Novel ini telahpun difilemkan.
Tapi saya tak tonton pun, takut kecewa...macam Lagenda Budak Setan dulu.

Happ Reading all.
 

No comments: