Tuesday, September 13, 2011

Dua Serangkai

Sabtu lepas ada majlis rumah terbuka di rumah MIL (baca: emak)
So berkampunglah kami di situ sehingga malam.
Jumpalah dengan saudara mara yang tidak sempat kami jenguk ketika pulang beraya di kampung awal Syawal lalu.
Dan Irfan seperti biasa.
Selain menjadi manusia paling hype, mulutnya juga tidak berhenti mengunyah.
Ada sahaja yang dicapainya untuk dirasa.
Dan benda paling banyak masuk ke dalam perutnya ialah air sejuk.

Dan bila dah terlalu banyak melantak air sejuk, maka datanglah selsema.
Perkara paling saya benci bila Irfan dapat selsema ialah dia tak mahu orang lain lapkan hidungnya.
Hanya saya sahaja yang boleh.
Kadang-kadang saya di dalam bilik air terjerit-jeritlah dia minta lapkan hingusnya.
Sedangkan daddy ada tertonggok depan tv.

Dan selalunya bila sehari semalam sudah mendapat selsema, datanglah pula penyakit batuk.
Ini lagi satu yang buat saya tension.
Bila batuk, Irfan akan menangis sebab dia bengang.
Bila terlalu banyak menangis akhirnya muntah.
Bila muntah lagi kuat dia melalak.
Bila melalak tak berhenti maka makin teruklah batuknya dan makin banyaklah muntahnya.

Huish...memang menduga.
Dan Irfan memang tidak akan mahu dengan orang lain selain saya.
Even with his daddy.
Malam tadi tidur saya terpaksa dikorbankan kerana menjaga Irfan yang sakit dua serangkai.
Setiap kali batuk dia akan menangis...dan kemudian muntah...dan kemudian melalak.
Irfan ni kalau nak tahu drama king.

Dan pagi ini daddy ambil turn.
Daddy cuti untuk jaga Irfan di rumah.
Dan apa kata daddy ketika dia menghubungi saya pagi tadi???

"IRFAN SERONOK AJA MAMI.
Langsung tak nangis.
Batuk pun kurang."

See!!!
D.R.A.M.A K.I.N.G!!!


No comments: