Wednesday, September 28, 2011

Proven...Like Father Like Son!!!

Start hari Isnin tu Irfan selsema.
Petang Isnin selsema makin teruk.
Ditambah pulak dengan batuk.
Badan pun dah mula panas.

Hantar nursery terpaksa bekalkan dengan ubat.
Walaupun saya sebenarnya tak suka beri ubat pada nursery.
Bimbang...tapi sebab lebih bimbangkan kesihatan Irfan saya beri juga.
Isnin malam Irfan tidur tak lena.
Batuk dan selsema berganding bahu menggangu tidur si becok ni.

Pagi semalam, Irfan bangun awal.
Lepas saya siap mandi si becok ni tengah duduk dekat pangkuan daddy.
Dia pandang saya, saya pandang dia.
Lepas tu dia senyum-senyum...

"Mami Effan demam, Effan tak pergi school. Tinggal dengan daddy."

Huh! Dah agak dah.
Sihat walafiat pun dia tak nak pergi nursery.
Ini dengan batuk dan selsema tu.
Memang alasan yang terbaik beserta bukti yang kukuh.

Saya baru nak jawab, daddy dah potong.

"Tak apa, abang jaga dia dekat rumah hari ni. Abang ambik cuti."

Irfan terus bangun, hugged daddy and kissed.

"Saaaaaaaaaaaaaaaaaayang daddy."

Memang!!!
Ini baru betul "like father like son."
No doubt...



 

No comments: