..Yang mana satu idaman kalbu..
Pernah tak anda terfikir mahukan perniagaan sendiri?
Anda bos!
Anda kuli!
Untung anda joli!
Rugi gigit jari!
Saya selalu membayangkan saya mempunyai sebuah perniagaan sendiri...
Saya menguruskannya bermula dari tiada apa-apa sehingga menjadi apa-apa...
Wah gitu! Hebat kan cita-cita saya...Kalau boleh saya lukiskan cita-cita saya ini pasti terpegun anda melihatnya. Sayangnya...saya tidak pandai melukis! Saya tangan bangku..bukan! Tangan kaku... kah kah kah kah
Adik bongsu saya pernah meminta saya tolong lukiskannya seekor kucing yang comel. Dengan semangat yang berkibar-kibar saya pun lukislah. Di hati saya yang busuk dan dengki ini telah berkata:
"ah, lukis aja budak tadika macam adik bukan tahu apa!"
Hasilnya...tar-ra saya tayangkan pada adik saya.
Hanya dua patah perkataan yang keluar dari mulut kecil itu:
"Anjing! Haram! Anjing! Haram!"
Cis! Tangan kaku saya telah memalukan saya. Sumpah lepas itu saya tak mahu melukis lagi!!
Owh, berbalik kepada pokok persoalan: mahu memiliki perniagaan sendiri.
Ya benar saya sangat tergedik-gedik mahukan sebuah perniagaan sendiri. Saya sedang menyusun strategi, mengumpul model dan meman.top.kan mantel juga fizikal saya.
Perniagaan apa yang saya mahu ceburi. Tunggu..! Apabila tiba saat dan ketika akan saya hebahkan...saat ini biarlah rahsia-Siti Nurhaliza.
Tiba sahaja masa yang se.su.wai akan saya lancarkan misil saya. Kekangan saya saat ini ialah diri saya sendiri. Saya sedang berusaha melawannya. Bunyinya seperti penghuni hospital mental..Mana mungkin kamu berlawan dengan diri kamu.
Tetapi itulah yang terjadi saat ini. Di dalam diri kita ada pra dan kontranya...yang baik dan buruknya...yang gelap dan cerahnya. Kesemua kita ada sisi hitam dan putih..dan hanya kita yang boleh memilih sisi mana yang kita mahukan.
Doakan untuk saya yea..
..Yang Mana Satu Idaman Kalbu..
Hanya anda yang dapat menentukan..kerna dirimu begitu berharga...
K.A.M.I
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi Tulisan
K.A.M.I.family
K.A.M.I.herokecil
K.A.M.I.sembang
K.A.M.I.ntahapapantah
K.A.M.I.kehidupan
K.A.M.I.kongsi
K.A.M.I.weekend
K.A.M.I.littleprincess
K.A.M.I.sewing
K.A.M.I.hobby
K.A.M.I.movie and drama
K.A.M.I.menu
K.A.M.I.teruja
K.A.M.I.bizz
K.A.M.I.shouted out
K.A.M.I.work
K.A.M.I.takderkerja
K.A.M.I.work.and.life
K.A.M.I.celebration
K.A.M.I.tour
K.A.M.I.motivasi
K.A.M.I.work.and.family
K.A.M.I.craft
K.A.M.I.tempahan
K.A.M.I.tutorial
K.A.M.I.further study
K.A.M.I.restaurant
K.A.M.I.song
K.A.M.I. celebration
K.A.M.I.pendapat
K.A.M.I.vacation
K.A.M.I.books
K.A.M.I.handmade
K.A.M.I.shawl
K..A.M.I.weekend
K.A.M.I.tips
K.A.M.I.iklan churp churp
K.A.M.I.resepi
K.AM.I.weekend
K.A.M.I.sell
K.A.M.I.tempahan sulam
K.A.M.I.pengumuman
K.A.M.I.telekung
K
K.A.M.I.contest
K.A.M.I.friends
K.A.M.I.iklan nuffnang
K.A.M.I.nametag kain
K.A.M.I.polar
K.A.M.I.seram
2 comments:
kemain ko nyah smpi 2 n3.
tp mak suka..
lama ko cutik ek..
mcm ko pulak yg raya.
mak nyah nk jugak berniaga
tp mak nak bisnes yg untung xde rugi
boleh gitu?
"Anjing! Haram! Anjing! Haram!"
Tak benti aku gelak baca ayat nih...
dahsat ko lukis kucing jadi anjing..
Kalo suruh lukis masjid sure jadik taj mahal kan...
Memang tangan bangku...
Zulaikha
Post a Comment