Friday, February 5, 2010

Panggilan Yang Tak Diduga

Jeng...jeng...jeng...

Pernah anda mendapat panggilan yang tidak di duga? Saya pasti kalau dari sepuluh orang-tujuh orang pasti pernah mendapat panggilan yang tidak diduga. Dan saya termasuk di dalam tujuh orang ittew...Owh sangat menekan perasaan mendapat panggilan yang seperti ini. Panggilan A.P.A?

PANGGILAN DARI SYARIKAT INSURANS YANG MENAWARKAN PRODUK MEREKA!
.
Saya sangat tidak suka panggilan yang tidak terduga seperti ini. Kadang-kadang saya pun hairan dari mana mereka mendapat nombor handphone saya. Siap tahu nama penuh dan no. I/C sekali. Eeeee saya tak suka lah glamour glamour nih! Ada unsur unsur perasan di situ. OK abaikan!
.
Mereka akan mula mempromote produk mereka kepada kita betapa produk mereka itu yang terhangat di pasaran, yang paling hebat dan paling berbaloi.baloi. Euw tolonglah. A.P.A? Anda tak khu-a-sa nak dengar. Mintak ampon! mereka akan membebel memujuk anda supaya dengar dahulu bukan melanggan! Dengar sahaja!
.
Anda pasti berbulu kan...kan...kan.... Ya! mari saya bawakan anda beberapa tips untuk mengelak diri daripada terus mendengar bebelan si pemanggil panggilan yang tidak diduga:
  1. Tanyakan betul-betul nama penuh si pemanggil siap dengan bin atau bintinya sekali. Suruh mereka eja nama mereka satu persatu supaya anda mendapat ejaan yang betul. Kemudian dapatkan alamat syarikat tersebut siap dengan alamatnya sekali lengkap dengan poskod. Kemudian tanya pula dia sudah berapa lama syarikat tersebut beroperasi dan produk yang ingin diperkenalkan itu sudah berapa lama pula berada di pasaran. Kemudian tanyalah lagi apa apa sahaja yang anda ingin tanya. Kiranya ini adalah kekdah reverse psikologi...tanya dia dulu sebelum dia tanya kita..Anda akan dapati talian terputus tiba-tiba....bosanlah tue! haaa baru tahu.
  2. Buat-buat tak berapa dengar. Ketika dia menyebut nama anda minta dia ulang beberapa kali. Kemudian katakan HA! dengan nada yang sedikit kuat (tetapi pastikan tidak di hadapan bos anda) beberapa kali seolah-olah suara dia sekejap tenggelam sekejap timbul. Ketika dia mahu mula berbicara juga anda minta dia ulang beberapa kali. Sebolehnya melebihi tiga atau empat kali untuk ayat yang disebutnya. Cukup lima ayat dia akan memberitahu anda yang dia akan menghubungi anda di lain waktu....penatlah tu bercakap dengan si pekak.
  3. Teknik kali ini pula adalah buat-buat bebal (ingat! buat-buat sahaja). apabila dia menyebut nama anda..anda tanyakan kembali "Eh, mana cik dapat nama saya ni?" Pasti dia akan menerangkan kepada anda daripada mana mereka mendapat nama penuh anda. Kemudian apabila no. I/C anda dibacakan tanya dia sekali lagi dari mana dia dapat info tersebut. Kali ini tanya dalam nada ketakutan. Kemudian tanya pula dia adakah dia tahu anda bekerja di mana, alamat rumah anda, bilangan adik beradik anda dan sebagainya tentang diri anda...Sekiranya dia menjawab tidak tanyalah lagi...Akhirnya anda hanya akan bercakap sendirian kerana panggilan akan diputuskan...Mereka menyangka mereka telah menghubungi seorang yang kureng siuman...
  4. Setelah anda tahu yang menghubungi anda adalah seorang ejen dari syarikat insuran untuk menawarkan produk mereka, anda harus berdiam diri. Biarkan dia memperkenalkan produknya kepada anda tetapi anda di larang sama sekali bersuara. D.I.A.M! Seribu bahasa...walaupun si pemanggil bersuara lemak merdu. Ya akhirnya panggilan juga akan ditamatkan...

Begitulah beberapa tips dari saya untuk mengelak daripada mendengar bebelan si pemanggil yang tidak terduga...

1 comment:

~l PiNK BeAR l~ said...

Nyah...aku mmg selalu dpt panggilan mcm tu
Bila aku tanya mana dapat nama n I/C aku dorang kata dr bank kad kredit
mmg kureng...
Aku punya cara aku tanya dia ada skim utk cover ibu bersalin...4 sure lah tak ada kan...
So aku kata kasi ada dulu baru call aku balik!