Tuesday, February 23, 2010

Cantik dan Sihat Seiring Sejalan...

...seiring dan sejalan
...seindah bunga di taman
...bak burung nan megah
...kanda kupuja
...bahagia kita berdua

*lagu di atas tidak ada kena mengena dengan tajuk entry yang diberi. sekadar lagu hiasan...



Baiklah! tuan-tuan dan puan-puan mahukah tuan-tuan dan puan-puan saya bawakan tips untuk cantik dan sihat seiring sejalan..?Mahu? Jika begitu teruskan pembacaan anda sehingga hujung nyawa...oops! hujung entry.

1. Air putih yang bersih lagi suci

Ya minum air putih 8gelas sehari adalah perkara asas lagi basic untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Tidak kiralah sama ada anda minum air putih yang bersih lagi suci itu terus daripada penapis yang beribu riban harganya ataupun yang sedang-sedang aja...yang penting dia setia-Iwan. Mudah kan? Minum dan minum dan minum. Ingat 8gelas sehari. Apakah kebaikannya? Air putih yang bersih lagi suci ini akan membantu anda menyingkirkan toksin-toksin yang jahat dan berhati busuk di dalam tubuh badan anda. Mudah kan..

2. Senaman sebagai rutin

Tidak ada masa? Terlalu sibuk? Sangat remeh? Buang semua alasan-alasan tersebut. Nyah kau! Senaman sebenarnya tidak susah dilakukan. Hanya jadikan sebagai rutin harian anda. Bangun daripada tidur pusing badan anda ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Mandi dan solat Subuh. Lihat tanpa sedar anda telahpun melakukan senaman yang paling mudah dan murah. Ke tempat kerja elakkan menggunakan lif. Gunakan tangga. Tetapi awas! Kalau dah kerja kat tingkat 27 tuh jangan lah sampi ke puncak guna tangga dek non. Harus dapat penyakit semput. Ambil dalam 3tingkat terakhir sahaja. Hendak ke kedai makan Biasakan berjalan dengan laju. Ingat solat 5waktu itu adalah senaman yang paling sempurna. Indahkan Islam ittew. Anda pasti boleh! 6,7,8..8 lagi!

3. Diet! Diet! Diet!

Ha..ha! Bukan tak makan o.k! Korang ni kalau sebut jer diet mesti fikir tak payah makan. SALAH! Diet ialah makan makanan yang seimbang sesuai untuk keperluan anda! Marahlah ni. Ambil makanan yang kurang berlemak, kurang berminyak. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. AUTA-makan buah selepas makan nasi sebagai pencuci mulut..FAKTA-makan buah sebelum makan nasi. Jangan tinggalkan sarapan! JA.NGAN! Paling utama makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Mudahkan?

4. Cuci! Cuci! Cuci!

Cuci apa? Cuci The Movielah! Cucilah muka sebelum masuk tidur...atau selepas pulang sahaja dari tempat kerja bersihkan anggota badan dan make-up yang bertempek di wajah anda. Beri ruang kepada tuan-tuan dan puan-puan wajah untuk berehat. Anda kepenatan bekerja sepanjang hari begitu juga dengan wajah anda. Perhatian kepada Inchik-inchik lelaki sila jangan malu jangan segan untuk menggunakan pencuci muka. Menggunakan pencuci muka bukan bermakna anda lemah gemalai tetapi itu membuktikan anda sangat mengambil berat erti kebersihan. Cik-cik puan sila pastikan kulit anda berehat secara bebas pada waktu malam terutama waktu tidur.

5. ZZZzzzzzz

Tidur dengan cukup dan lena. Tetapi awas! Elakkan dengkuran...kerana dengkuran anda telah mengganggu-gugat ketenteraman awam!




Bagaimana? Mampu anda mengikut semua tips di atas? Ia mudah kalau anda mahu...Percayalah semua tips di atas menggunakan bajet yang sangat minimum dan dijamin halal. Renung-renungkan dan selamat beramal...


K.A.M.I

3 comments:

Unknown said...

kalau ada lagi tip-tip kecantikan dan kesihatan yg lain boleh kita kongsi bersama.
mari kongsi tips dengan saya...

lady ES said...

A-P-A?? 7.48 a.m ko dah post entry...
sungguh dinamik lagi proaktif..
agaknya ko blogging masa drive ke?

Anonymous said...

thanks akak 4 da new n3.
saya mmg amalkn petua no.1 dgn 4 tu
tp yg no 5 tu paling susah nk buat sbb tiap2 mlm mesti tido lmbt. Ada aja aktiviti yg saya nk buat.
yg no.3 tu buat dekat hati jer tp bila nmpk makanan semuanya lebur..
hahaha tak boleh tahan

~Zulaikha~