Wednesday, February 17, 2010

Ish...ish...ish...

Semalam saya sempat menonton Wanita Hari Ini sambil melayan si herokecil. Tajuknya: Tanggang Moden. Ada empat orang ahli panel yang dijemput dan dua orang daripadanya adalah penghuni rumah orang tua.

Kenapa dua orang ini yang saya paling ingat? Sebab mereka ke situ akibat dihantar oleh anak-anak. Vadevas! Inilah yang dimaksudkan si Tanggang Moden.

Bagaimana ya rasanya menghantar ibu bapa sendiri ke rumah orang tua? Dah lah hantar ke rumah orang tua, tak reti-reti nak menjenguk pulak tuh! Memang si tanggang betul! Si pak cik dihantar oleh anak lelakinya kerana disuruh oleh isterinya. Dah menginap di rumah orang tua selama lebih tiga tahun dan tidak langsung dijenguk oleh si anak.

Si mak cik pula dihantar oleh anak perempuannya kerana si ibu ini enggan lagi menjaga anaknya.

Weh! Ko ingat mak ko tuh orang gaji apa? Saya rasa sangat geram, marah dan sedih mendengar cerita si mak cik. Tergamaknya lah si anak berbuat demikian. Lupakah dia betapa si ibu ini telah bergadai nyawa melahirkan dia?

**emosi**

Saya juga masih ada ibu bapa dan ibu mertua. Namun tidak sekali-kali terlintas di fikiran saya untuk menghantar mereka ke rumah orang tua. Selagi terkudrat saya mahu menjaga mereka sepertimana mereka menjaga saya. Semoga Allah mengizinkan niat saya...

Kepada anda sekalian di luar sana tolonglah pasti ada jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah menjaga ibu bapa yang telah uzur. Ingat! Apa yang anda buat kepada ibu bapa anda tidak mustahil akan dibalas pula kepada anda. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan roda kehidupan itu sentiasa berputar...

1 comment:

~l PiNK BeAR l~ said...

nyah...mak xtgk tp ada dgr..

mak pun xtau nk kata
bukanlah nk mendabik dada tp mak pelik
sanggup ek dorang buat mcm tuh

xtercapai dek akal mak

kijam betul!