Sunday, February 28, 2010

Hari Ini Hari Ahad




K.A.M.I lepak aja kat umah...



Belah pagi K.A.M.I keluar sekejap pegi cari lauk...



Si herokecil and Mr. Daddy pun ikut gak.
herokecil yg dh standby nk ikut mummy

gembira dpt ikut mummy shopping lauk




Mr. Daddy sebenarnya belum sihat sgt tapi tak moh duduk rumah so mummy angkutlah...


Kali ni K.A.M.I tak beli ayam dah...K.A.M.I beli ikan...ayam mahal!













Dan tengah hari tadi ini lah hasilnya lauk yang K.A.M.I beli pagi tadi...




yea tetap ayam menjadi favourite ku....

















Yea gambar itu memberi gambaran yg jelas.




Ikan yang K.A.M.I beli telah bertukar menjadi ayam...A-P-A-K-A-H?????











Sesungguhnya mummy memang tak boleh makan nasi kalau tak ada ayam...







Jangan marah u'olls










K.A.M.I

Saturday, February 27, 2010

Hari Minggu Yang Suram

Hari ini 27 Februari 2010...
Hari ini hari Sabtu...
Hari ini K.A.M.I tak ke mana-mana kerana....





tahap kesihatan daddy yang tdk mengizinkan.

Asalnya mummy ajak daddy balik rumah MIL tapi daddy kata tak larat nak drive...

So...di rumah sajalah gamaknya minggu ni....

Again? Apo nak buek...

*&*&*&*&*&*&*&*&*&*
Selamat Hari Jadi my Friend:
Norbaizura Binti Abdul Samat
"Semoga dipjgkan jodoh sepanjang usia"
"Dimurahkan rezeki"
"Dirahmati selalu"

Friday, February 26, 2010

Peristiwa 25 Februari 2010


...Mr. Daddy dan mummy tidak bekerja.


Alasan: Mr. Daddy demam. Mummy batuk macam nak terkeluar anak tekak.




Ya ampun sangat sakit apabila batuk. Memang tak he.ngat!


Mr. Daddy pula demam panas smpi muntah2. Ajak pegi klinik...tak mo!



wajah orang yang sakit sedang tidur...ZZZZzzzzzzz




Masa tu jugak lah herokecil mummy tu nak melekat aja kat pinggang...rasa macam pinggang ni dah ramping pulak.. kikikik (",)

Cepat sembuh yea mr. Daddy. Shian mummy tgk mr.Daddy demam...

Tuesday, February 23, 2010

Cantik dan Sihat Seiring Sejalan...

...seiring dan sejalan
...seindah bunga di taman
...bak burung nan megah
...kanda kupuja
...bahagia kita berdua

*lagu di atas tidak ada kena mengena dengan tajuk entry yang diberi. sekadar lagu hiasan...



Baiklah! tuan-tuan dan puan-puan mahukah tuan-tuan dan puan-puan saya bawakan tips untuk cantik dan sihat seiring sejalan..?Mahu? Jika begitu teruskan pembacaan anda sehingga hujung nyawa...oops! hujung entry.

1. Air putih yang bersih lagi suci

Ya minum air putih 8gelas sehari adalah perkara asas lagi basic untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Tidak kiralah sama ada anda minum air putih yang bersih lagi suci itu terus daripada penapis yang beribu riban harganya ataupun yang sedang-sedang aja...yang penting dia setia-Iwan. Mudah kan? Minum dan minum dan minum. Ingat 8gelas sehari. Apakah kebaikannya? Air putih yang bersih lagi suci ini akan membantu anda menyingkirkan toksin-toksin yang jahat dan berhati busuk di dalam tubuh badan anda. Mudah kan..

2. Senaman sebagai rutin

Tidak ada masa? Terlalu sibuk? Sangat remeh? Buang semua alasan-alasan tersebut. Nyah kau! Senaman sebenarnya tidak susah dilakukan. Hanya jadikan sebagai rutin harian anda. Bangun daripada tidur pusing badan anda ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Mandi dan solat Subuh. Lihat tanpa sedar anda telahpun melakukan senaman yang paling mudah dan murah. Ke tempat kerja elakkan menggunakan lif. Gunakan tangga. Tetapi awas! Kalau dah kerja kat tingkat 27 tuh jangan lah sampi ke puncak guna tangga dek non. Harus dapat penyakit semput. Ambil dalam 3tingkat terakhir sahaja. Hendak ke kedai makan Biasakan berjalan dengan laju. Ingat solat 5waktu itu adalah senaman yang paling sempurna. Indahkan Islam ittew. Anda pasti boleh! 6,7,8..8 lagi!

3. Diet! Diet! Diet!

Ha..ha! Bukan tak makan o.k! Korang ni kalau sebut jer diet mesti fikir tak payah makan. SALAH! Diet ialah makan makanan yang seimbang sesuai untuk keperluan anda! Marahlah ni. Ambil makanan yang kurang berlemak, kurang berminyak. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. AUTA-makan buah selepas makan nasi sebagai pencuci mulut..FAKTA-makan buah sebelum makan nasi. Jangan tinggalkan sarapan! JA.NGAN! Paling utama makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Mudahkan?

4. Cuci! Cuci! Cuci!

Cuci apa? Cuci The Movielah! Cucilah muka sebelum masuk tidur...atau selepas pulang sahaja dari tempat kerja bersihkan anggota badan dan make-up yang bertempek di wajah anda. Beri ruang kepada tuan-tuan dan puan-puan wajah untuk berehat. Anda kepenatan bekerja sepanjang hari begitu juga dengan wajah anda. Perhatian kepada Inchik-inchik lelaki sila jangan malu jangan segan untuk menggunakan pencuci muka. Menggunakan pencuci muka bukan bermakna anda lemah gemalai tetapi itu membuktikan anda sangat mengambil berat erti kebersihan. Cik-cik puan sila pastikan kulit anda berehat secara bebas pada waktu malam terutama waktu tidur.

5. ZZZzzzzzz

Tidur dengan cukup dan lena. Tetapi awas! Elakkan dengkuran...kerana dengkuran anda telah mengganggu-gugat ketenteraman awam!




Bagaimana? Mampu anda mengikut semua tips di atas? Ia mudah kalau anda mahu...Percayalah semua tips di atas menggunakan bajet yang sangat minimum dan dijamin halal. Renung-renungkan dan selamat beramal...


K.A.M.I

Monday, February 22, 2010

Saya Tertekan

Kepada siapa harus saya luahkan?
Terasa hendak menjerit bimbang dikatakan saya gila...
Tetapi saya tak boleh nak simpan seorang...

Luahkan di dalam blog?
Tak mungkin...blog pun ada limitnya kan..
Lagipun isu ini sangat sensitif...

Jadi ke mana harus saya lontarkan?
Ke...utara selatan timur dan barat ku jejaki-sudirman
Oops terlajak...

Jadi haruslah saya berkongsi bersama
Mr.Daddy...Daddy...Daddy coll...
Yea itulah hebatnya ada suami..
Boleh dengar cerita kita...

Boleh berkongsi segala rasa...
Mr.Daddy bukan sahaja suami saya tetapi dia juga...
sahabat saya.....YANG PALING SETIA


Teringin

...sesekali ku rasa teringin - Shima

Yea saat ini saya sangat teringin hendak makan ais-krim tapi tahap kesihatan saya berada di tahap rendah.

Saya teringin nak pergi melan.cong tapi saya masih berada di zon catuan kewangan.

Saya teringin nak makan kopok super ring tapi saya tak boleh makan.

Saya teringin nak bersantai-santai di rumah tapi tanggungjawab memanggil saya ke pejabat.

Saya teringin nak ada rumah agam yang besar lagi indah tapi takut nanti saya riak dan lupa diri pula.

Saya teringin nak ada bisnes sendiri tapi modal saya belum cukup lagi.

Saya teringin nak ada duit yang berkepuk-kepuk biar boleh bayar hutang-piutang saya tapi takut nanti ke lain pula saya guna.

Saya teringin nak hidup macam waktu bujang-bujang dulu tapi tak boleh sebab sekarang saya isteri dan ibu seorang anak.

Saya teringin nak capai cita-cita saya tapi...

e-eh..chop! kenapa mesti ada tapi untuk capai cita-cita kan?
Sepatutnya saya boleh usahakan untuk capai cita-cita saya tu.
Tak ada istilah terlambat untuk capai cita-cita...
Sekurang-kurangnya saya masih ada cita-cita untuk capai cita-cita...

**senyum**

Oleh yang demikian saya akan memulakan misi yang merbahaya ini dengan langkah pertama: sambung belajar dulu dong..!

**berfikir**

Melihat kepada senarai keteringinan saya ini sepatutnya saya bersyukur banyak-banyak kepada Dia Yang Maha Esa...

Macam-macam yang telah Dia berikan kepada saya tetapi sangat sedikit saya bersyukur kepada-Nya...malahan saya masih lagi mahu meminta...

Tidak pernah cukup dengan apa yang ada...Saya manusia biasa...Yang khilaf dan hina...

Saya patut belajar bersyukur dengan lebih banyak lagi...




Nota: mari kita sama-sama bersyukur dengan nikmat-Nya.




K.A.M.I

Wednesday, February 17, 2010

Yang Mana Satu Idaman Kalbu

..Yang mana satu idaman kalbu..

Pernah tak anda terfikir mahukan perniagaan sendiri?
Anda bos!
Anda kuli!
Untung anda joli!
Rugi gigit jari!

Saya selalu membayangkan saya mempunyai sebuah perniagaan sendiri...
Saya menguruskannya bermula dari tiada apa-apa sehingga menjadi apa-apa...

Wah gitu! Hebat kan cita-cita saya...Kalau boleh saya lukiskan cita-cita saya ini pasti terpegun anda melihatnya. Sayangnya...saya tidak pandai melukis! Saya tangan bangku..bukan! Tangan kaku... kah kah kah kah

Adik bongsu saya pernah meminta saya tolong lukiskannya seekor kucing yang comel. Dengan semangat yang berkibar-kibar saya pun lukislah. Di hati saya yang busuk dan dengki ini telah berkata:

"ah, lukis aja budak tadika macam adik bukan tahu apa!"

Hasilnya...tar-ra saya tayangkan pada adik saya.
Hanya dua patah perkataan yang keluar dari mulut kecil itu:

"Anjing! Haram! Anjing! Haram!"

Cis! Tangan kaku saya telah memalukan saya. Sumpah lepas itu saya tak mahu melukis lagi!!

Owh, berbalik kepada pokok persoalan: mahu memiliki perniagaan sendiri.
Ya benar saya sangat tergedik-gedik mahukan sebuah perniagaan sendiri. Saya sedang menyusun strategi, mengumpul model dan meman.top.kan mantel juga fizikal saya.

Perniagaan apa yang saya mahu ceburi. Tunggu..! Apabila tiba saat dan ketika akan saya hebahkan...saat ini biarlah rahsia-Siti Nurhaliza.

Tiba sahaja masa yang se.su.wai akan saya lancarkan misil saya. Kekangan saya saat ini ialah diri saya sendiri. Saya sedang berusaha melawannya. Bunyinya seperti penghuni hospital mental..Mana mungkin kamu berlawan dengan diri kamu.

Tetapi itulah yang terjadi saat ini. Di dalam diri kita ada pra dan kontranya...yang baik dan buruknya...yang gelap dan cerahnya. Kesemua kita ada sisi hitam dan putih..dan hanya kita yang boleh memilih sisi mana yang kita mahukan.

Doakan untuk saya yea..

..Yang Mana Satu Idaman Kalbu..










Hanya anda yang dapat menentukan..kerna dirimu begitu berharga...


K.A.M.I

Ish...ish...ish...

Semalam saya sempat menonton Wanita Hari Ini sambil melayan si herokecil. Tajuknya: Tanggang Moden. Ada empat orang ahli panel yang dijemput dan dua orang daripadanya adalah penghuni rumah orang tua.

Kenapa dua orang ini yang saya paling ingat? Sebab mereka ke situ akibat dihantar oleh anak-anak. Vadevas! Inilah yang dimaksudkan si Tanggang Moden.

Bagaimana ya rasanya menghantar ibu bapa sendiri ke rumah orang tua? Dah lah hantar ke rumah orang tua, tak reti-reti nak menjenguk pulak tuh! Memang si tanggang betul! Si pak cik dihantar oleh anak lelakinya kerana disuruh oleh isterinya. Dah menginap di rumah orang tua selama lebih tiga tahun dan tidak langsung dijenguk oleh si anak.

Si mak cik pula dihantar oleh anak perempuannya kerana si ibu ini enggan lagi menjaga anaknya.

Weh! Ko ingat mak ko tuh orang gaji apa? Saya rasa sangat geram, marah dan sedih mendengar cerita si mak cik. Tergamaknya lah si anak berbuat demikian. Lupakah dia betapa si ibu ini telah bergadai nyawa melahirkan dia?

**emosi**

Saya juga masih ada ibu bapa dan ibu mertua. Namun tidak sekali-kali terlintas di fikiran saya untuk menghantar mereka ke rumah orang tua. Selagi terkudrat saya mahu menjaga mereka sepertimana mereka menjaga saya. Semoga Allah mengizinkan niat saya...

Kepada anda sekalian di luar sana tolonglah pasti ada jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah menjaga ibu bapa yang telah uzur. Ingat! Apa yang anda buat kepada ibu bapa anda tidak mustahil akan dibalas pula kepada anda. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan roda kehidupan itu sentiasa berputar...

Monday, February 8, 2010

Hope For The Best...Prepared For The Worst

Wah gitu bunyinya seperti ahli falsafah berhujah di forum rasmi yang bersiaran secara langsung dari TV3...Kah kah kah...Kenyataannya jauh panggang dari api. Makanya kenapa tajuk entry ini yang dipilih...kerana hati saya sedang berpergian. Tinggallah jasad di sini...

Saya gembira kerana bersempena perayaan Tahun Baru Cina gaji K.A.M.I dibayar awal. Ya seawal hari ini. Jangan tak percaya! Tetapi saya sangat tidak seronok kerana gaji seterusnya hanya akan dibayar pada akhir bulan Mac.

MA.KA.NYA saya harus bersiap sedia dengan perisai-perisai yang man.top! Saya akan selalu mengharapkan perkara-perkara yang baik-baik datang dalam kehidupan saya untuk 2 bulan ini. Te-ta-pi saya juga akan bersedia un.tuk sebarang kemungkinan yang ti.dak terduga...

Hope for the best...prepared for the worst...Itulah yang saya maksudkan. Saya sa.ngat berdebar-debar untuk menjalani kehidupan sepanjang 2 bulan ini...saya mengharapkan happy ending ever after...

**ber.doa**

Tadi saya buat kira-kira bud.get saya untuk gaji bulan ini sehingga tarikh gaji bulan depan ngam.ngam soi jer...maknanya tiada perbelanjaan bonus. Oleh itu saya mengisytiharkan darurat shop.ping walaupun saya bukanlah juara shop.ping bulanan.

**senyum senang**

O.K saya mahu terus berharap yang baik-baik teta.pi saya tetap bersedia untuk sesuatu yang tak terduga...


K.A.M.I

Sunday, February 7, 2010

Rosaknya Rancangan Hari Minggu

Yea sesungguhnya rancangan hari mingu K.A.M.I telah tergendala. Kenapa? Kerana keterbatasan waktu. K.AM.I sebenarnya telah merancang mahu membawa herokecil ke zoo negara. Tetapi herokecil bangun awal pagi pukul 800am...makan sarapan dan tidur semula sehingga pukul 130pm. Jadi apa kejadahnya mahu ke zoo di waktu tengah hari sejengkal di atas kepala. Lalu tempoh tersebutpun dilewatkan lagi.

Pukul 300pm K.A.M.I keluar dari rumah dan terus menuju ke KL tetapi bukan ke zoo sebaliknya ke rumah MIL di Pantai Dalam. Sampai rumah MIL dah pukul 400pm. Duduk lepak-lepak, borak-borak, MIL and SIL pun main dengan herokecil. Pastu pukul 600pm herokecil tidur. Selepas Maghrib K.A.M.I pulang semula ke Klang.

Konon-kononnya nak singgah di care.four Bukit Rimau yang baru dibuka tue...tapi ya ampon! Ramai banget orangnya sampai parking kat tepi-tepi jalan. Cancel lagi! Mummy kalau orang ramai-ramai macam tu memang ampon mummy nak singgah. Tak kuasa nyah! Pening dek non oit! Beli nestum sekotak berbaris macam nak rak!

Lalu mummy mengarahkan Mr.Daddy pandu dan pulang. Tak payah singgah-singgah dah. Sonang..

Begitulah rosaknya rancangan hujung ming.gu K.A.M.I




K.A.M.I

Saturday, February 6, 2010

Selamat Berhujung Minggu

Hai u'alls...selamat berhujung minggu.
Apa aktiviti kalian di hujung minggu ini? K.A.M.I?
K.A.M.I tak ke mana2..dok lepak kat umah jer
.
Mr.Daddy tidur selepas penat bermain pool di laptopnya sementara
mummy menonton youtube di laptop mummy dan
herokecil tidur dengan nyenyaknya
.
Macam mana? Sihat tak aktiviti hujung minggu K.A.M.I?
Ha Ha Ha memang K.A.M.I malas hendak keluar ke mana-mana
sebab mummy sedang dalam proses berjimat cermat amalan mulia...
.
Tengah hari tadi mummy cuma masak nasi goreng U.S.A versi ayam sebab...
mummy tak makan daging!
Malam ni mummy cadang nak buat mee sup sahaja.
Besok? Belum tahu lagi...
.
OK u'alls mummy chaw chin chow dulu...
Daaaaaaaaaaaa
.
.
.
K.A.M.I

Friday, February 5, 2010

Panggilan Yang Tak Diduga

Jeng...jeng...jeng...

Pernah anda mendapat panggilan yang tidak di duga? Saya pasti kalau dari sepuluh orang-tujuh orang pasti pernah mendapat panggilan yang tidak diduga. Dan saya termasuk di dalam tujuh orang ittew...Owh sangat menekan perasaan mendapat panggilan yang seperti ini. Panggilan A.P.A?

PANGGILAN DARI SYARIKAT INSURANS YANG MENAWARKAN PRODUK MEREKA!
.
Saya sangat tidak suka panggilan yang tidak terduga seperti ini. Kadang-kadang saya pun hairan dari mana mereka mendapat nombor handphone saya. Siap tahu nama penuh dan no. I/C sekali. Eeeee saya tak suka lah glamour glamour nih! Ada unsur unsur perasan di situ. OK abaikan!
.
Mereka akan mula mempromote produk mereka kepada kita betapa produk mereka itu yang terhangat di pasaran, yang paling hebat dan paling berbaloi.baloi. Euw tolonglah. A.P.A? Anda tak khu-a-sa nak dengar. Mintak ampon! mereka akan membebel memujuk anda supaya dengar dahulu bukan melanggan! Dengar sahaja!
.
Anda pasti berbulu kan...kan...kan.... Ya! mari saya bawakan anda beberapa tips untuk mengelak diri daripada terus mendengar bebelan si pemanggil panggilan yang tidak diduga:
  1. Tanyakan betul-betul nama penuh si pemanggil siap dengan bin atau bintinya sekali. Suruh mereka eja nama mereka satu persatu supaya anda mendapat ejaan yang betul. Kemudian dapatkan alamat syarikat tersebut siap dengan alamatnya sekali lengkap dengan poskod. Kemudian tanya pula dia sudah berapa lama syarikat tersebut beroperasi dan produk yang ingin diperkenalkan itu sudah berapa lama pula berada di pasaran. Kemudian tanyalah lagi apa apa sahaja yang anda ingin tanya. Kiranya ini adalah kekdah reverse psikologi...tanya dia dulu sebelum dia tanya kita..Anda akan dapati talian terputus tiba-tiba....bosanlah tue! haaa baru tahu.
  2. Buat-buat tak berapa dengar. Ketika dia menyebut nama anda minta dia ulang beberapa kali. Kemudian katakan HA! dengan nada yang sedikit kuat (tetapi pastikan tidak di hadapan bos anda) beberapa kali seolah-olah suara dia sekejap tenggelam sekejap timbul. Ketika dia mahu mula berbicara juga anda minta dia ulang beberapa kali. Sebolehnya melebihi tiga atau empat kali untuk ayat yang disebutnya. Cukup lima ayat dia akan memberitahu anda yang dia akan menghubungi anda di lain waktu....penatlah tu bercakap dengan si pekak.
  3. Teknik kali ini pula adalah buat-buat bebal (ingat! buat-buat sahaja). apabila dia menyebut nama anda..anda tanyakan kembali "Eh, mana cik dapat nama saya ni?" Pasti dia akan menerangkan kepada anda daripada mana mereka mendapat nama penuh anda. Kemudian apabila no. I/C anda dibacakan tanya dia sekali lagi dari mana dia dapat info tersebut. Kali ini tanya dalam nada ketakutan. Kemudian tanya pula dia adakah dia tahu anda bekerja di mana, alamat rumah anda, bilangan adik beradik anda dan sebagainya tentang diri anda...Sekiranya dia menjawab tidak tanyalah lagi...Akhirnya anda hanya akan bercakap sendirian kerana panggilan akan diputuskan...Mereka menyangka mereka telah menghubungi seorang yang kureng siuman...
  4. Setelah anda tahu yang menghubungi anda adalah seorang ejen dari syarikat insuran untuk menawarkan produk mereka, anda harus berdiam diri. Biarkan dia memperkenalkan produknya kepada anda tetapi anda di larang sama sekali bersuara. D.I.A.M! Seribu bahasa...walaupun si pemanggil bersuara lemak merdu. Ya akhirnya panggilan juga akan ditamatkan...

Begitulah beberapa tips dari saya untuk mengelak daripada mendengar bebelan si pemanggil yang tidak terduga...

"Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi..."

Selamat Hari Jadi Ayah yang ke-..... Owh OK angah rahsiakan umur ayah...KAH KAH KAH A-P-A? Yea sudah kantoi sebab umur ayah sudah tercacak di atas kek ittew...Jangan marah ayah. Bersempena Hari Jadi ayah pada hari ini 05 FEBRUARI 2010 angah nak ucapkan:

1. Selamat Hari Jadi
2. Semoga ayah akan panjang umur murah rezeki
3. Semoga ayah akan gembira selalu
4. Semoga ayah akan dirahmati selalu
5. Semoga ayah sempat tengok kami adik beradik berjaya
6. Semoga ayah akan sihat sihat sahaja
7. Semoga ayah sempat kenal cucu perempuan ayah pula (dari anak
laki-laki ayah)
8. Semoga cucu cucu ayah juga sempat kenal atuk mereka
9. Semoga ayah sempat tengok semua anak ayah berkahwin
10. Semoga semua list angah yang di atas dapat ayah kecapi
A-M-E-NNNNNN

Ikhlas dari anakmu,
~ Angah ~

p/s: sewaktu menulis entry ini saya terasa sebak tiba-tiba huhuhuhu....


K.A.M.I

Wednesday, February 3, 2010

Hari Ke-3 Di Dalam Bulan Februari

...mummy telah kembali ke pejabat dalam keadaan yang

1. kurang semangat
2. badan yang lemah
3. kepala yang pening
4. batuk yang belum baik

...mummy masih tak larat sangat tapi mummy tetap kena kerja

Kalaulah ada bantal...waaaaaaaaaaah rasa sangat syok...








K.A.M.I

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun...

Selamat Ulang tahun ke 24 adikku...Yea adik mummy yg ke-4 menyambut ulangtahunnya hari ini...Mummy hampir terlupa tapi...mujur jugak tak lupa....


Selamat Hari Ulang tahun
Semoga kamu sentiasa berada di dalam redha-Nya
Menjadi anak yang baik
MEnjadi hamba yang bertakwa
Hidup gembira.....


Ikhlas dari:
Kakakmu....





K.A.M.I

Hari ke-2 Di Bulan Februari

.....mummy masih demam
.....batuk macam nak terkeluar anak tekak
.....selsema i-ngus meleleh
......mummy tak larat.........................................


Ya hari ini hari ke-2 mummy MC
Kursus yg sepatutnya mummy p...mummy xdapat p
Mummy hanya di rumah, terbaring kelesuan
Semua call (melainkan dari opis) mummy tak dapat jawab....S.O.R.R.Y u'alls
Hero kecil mummy hantar rumah baby-sitter dia
Kalo itu hero kecil ada di rumah...Ya! Harus mummy tak dapat berehat
Daaaaaaaaaa


K.A.M.I