Wednesday, October 30, 2013

The Master's Sun

Latest Korean Drama yang saya tonton. Saya suka!!!!! Drama ni genre dia Komedi. Memang kenalah dengan taste saya. Jom review.

Tajuk : The Master's Sun


Sinopsis
Kisah tentang Gong Shil yang mempunyai kebolehan melihat dan berinteraksi dengan roh-roh orang yang telah mati. Dia mendapat kebolehan ini setelah sedar daripada koma selama 3 tahun. Perkara tersebut telah mengganggu kehidupannya yang pada awalnya dia seorang yang gemilang dalam kehidupannya.
Manakala Jong Woon adalah lelaki kaya yang hidupnya hanyalah berteraskan wang dan kemewahan. Dia tidak pernah peduli kepada orang disekelilingnya melainkan seseorang itu mampu memberi dia pulangan yang berbaloi. Dalam masa yang sama Jong Woon adalah satu-satunya lelaki yang mampu menyelamatkan Gong Shil daripada terus diganggu oleh roh-roh si mati yang tidak tenang. Sebagai balasan Gong Shil perlu berinteraksi dengan roh seorang wanita yang pernah menculik Jong Woon sewaktu dia masih kecil. Gong Shil perlu "mencari" rantai pusaka ibu Jong Woon melalui roh gadis yang pernah menculiknya. Mampukah Gong Shil menyelesaikan misi tersebut dan apakah kesudahan hubungan mereka???

Cast
So Ji Sub as Joo Joong Won / Joo-goon
- L @ Kim Myung Soo as Joong Won (young)
Gong Hyo Jin as Tae Gong Sil / Tae-yang
Seo In Guk as Kang Woo
Kim Yoo Ri as Tae Yi Ryung
Choi Jung Woo as Kim Gwi Do
Kim Mi Kyung as Joo Sung Ran (Joong Won’s aunt)
Lee Jong Won as Do Suk Chul (Sung Ran’s husband)
Park Hee Bon as Tae Gong Ri (Gong Sil’s sister)
Hong Eun Taek as Lee Seung Joon
Lee Do Hyun as Lee Seung Mo

Happy Watching uolls...


No comments: