Monday, October 28, 2013

Level 7 Civil Servant

Macam lama jer rasanya tak update pasal Korean Drama. Ada juga tengok sesekali sekala bila mood malas nak buat kerja datang. Lagipun saya ni memilih sikit kalau tengok drama korea ni. Saya biasanya cari drama yang duduk dalam genre komedi atau romance comedy. Other then that biasanya memang susah lah nak hadap. Dapat satu dua episod stop!

So ini drama yang saya tonton bulan lepas.

Level 7 Civil Servant

Pemuda yang kacak bergaya ini yang telah membawa saya menonton cerita ini. Terima kasih pemuda    (*_^)v

Sinopsis
Ia tentang kisah konflik cinta, persahabatan dan kasih sayang antara spy sebuah agent penyiasatan rahsia kerajaan. Kim Seo Won / Kim Kyung Ja merahsiakan identiti dirinya sebagai agent rahsia. Satu hari demi tugasan dia telah menghadiri temuduga di sebuah syarikat swasta berasaskan IT yang dimiliki oleh bapa kepada Han Gil Ro / Han Pil Hoon. Walaupun berat hati tetapi demi tugas dia terpaksa kerana dia tahu lelaki itu menyukainya.

Sementara itu Han Gil Ro / Han Pil Hoon yang juga merupakan ajen rahsia di agensi yang sama turut merahsiakan identitinya demi tugas yang diterimanya. Masing-masing berselindung di sebalik identiti rahsia.

Konflik demi konflik tercetus yang akhirnya memeisahkan mereka. Namun tugas sebagai ajen rahsia menemukan mereka kembali.

Cast
Joo Won as Han Gil Ro / Han Pil Hoon
Choi Kang Hee as Kim Seo Won / Kim Kyung Ja
Ahn Nae Sang as Kim Won Suk
Hwang Chan Sung as Kong Do Ha
Jang Young Nam as Jang Young Soon
Son Jin Yeong as Kim Poong Eon
Choi Jong Hwan as Oh Kwang Jae
Kim Min Seo as Shin Sun Mi
Lee El as Park Soo Young


Pendapat saya??? Pada saya drama ni so-so sebab mungkin penekanan terhadap konflik antara ajen dilebihkan menjadikan kerja penyiasatan mereka agak longgar. Banyak ruang yang menjadi kosong. Tapi sebagai hiburan bolehlah....


Happy watching uolls

No comments: