Thursday, November 7, 2013

Merindu

Assalamualaikum....Selamat hari Khamis.
Lama tak update. Ada banyak cerita tapi cerita sedih. Tak berapa minat nak kongsi dekat blog walaupun rasa blog ni dah macam diari cuma ini diari terbuka. So ada batas dalam penulisan. Cuma sekarang ni rasa macam dah tak berapa down sangat so bolehlah menulis balik.

Selalu pesan pada diri bila datang musibah itu tandanya Allah ingat pada kita. Musibah itu sesuatu yang boleh kita tanggung tapiiiii sebagai manusia rasa down tetap ada. Ini pun baru beberapa hari lepas dapat pulak berita yang masih tidak menggembirakan. Tak apalah yang itu saya pilih untuk let go. Dah cuba untuk diperbaiki tapi masih tidak dihargai. Jadi saya lepaskan untuk pergi. Full stop.

Oh ada reader comment mintak tunjuk halfmoon shawl double layer. Actually cara buatnya sama macam satu layer tu juga. Cuma untuk double layer buatlah dengan panjang yang berbeza. Yang luar tu buat saiz yang ditunjuk pada tutorial dan satu layer lagi pendekkan beberapa cm di kelilingnya.

Hari ni taip entry untuk lepaskan rasa beban dalam jiwa. Tak dapat nak cerita tulis sikit-sikit pun rasa lapang dada.

Insya Allah semoga hari esok dan mendatang diberikan kekuatan untuk menempuhnya....

No comments: