Tuesday, October 29, 2013

Cerita Birthday Lagi

Last week balik KL. Kebetulan hari Jumaat tu Nuha ada cucuk setahun. Cucuk untuk MMR. Bukan MMR2 ek. Dan yes anak-anak saya, saya beri imunisasi. Pilihan di tangan anda mommies. Nak beri atau tidak anda yang tentukan dan saya percaya setiap ibu membuat pilihan dengan mengambil kira kebaikan untuk anak masing-masing.
Dah kebetulan cucuk Nuha pun di PPUM maka terus lah balik KL. PPUM dengan rumah MAMA tu bak kata orang macam hisap rokok sebatang. Belum habis hisap rokok dah sampai rumah MAMA. Jadi lets balik KL. Irfan memang sukalah. Dia mana tak sukanya. Kalau sebuat nak balik rumah Mak Tok ke rumah Wan ke memang happy lah dia.

Then hari Sabtu tu Mak Tok ajak keluar nak beli hadiah untuk Nuha katanya. Kita layankan aja. Nak belikan rantai. So telefon kedai emas tu siap-siap. Janji nak datang. Around pukul 5 macam tu kitorang pun sampai. Biar Mak Tok je yang pilih. Kita semua jadi escort bikin riuh rendah. Tak membantu pun. Buat kecoh jer lebih. Banjir kedai apek tu.

Ketiadakerjaan. Senyum jer tokeh emas tu.

Hasilnya!!! Sampai ke pusat okeh rantai. Mami jarum sangat. Eh, tapi pandai pulak minah kenit ni tak usik rantai dia. Bajet dia mesti tarik gigit or whatever sebab rimas kan. Idak nya!!! Ilek jer dia pakai. Tau ko kan barang mahal.

Malam Mak Lang dengan Mak Ngah belanja kek dan makan-makan yang lain lagi. Banyak gila makanan malam tu. Terbelahak makan. Irfan happy gila. Bajet kek tu untuk birthday dia. Budak birthday enam kali setahun memang gituh. Fenin mak ko niha.

Nyanyi-nyanyi sessi. Nuha muka pelik. Tapi layankan juga. Kang sentap mak ko ni kang.

Tengoklah abang yang paling eksited. Apa-apalah Irfan....

Thank you mak lang, mak ngah, mak tok. Belanja makan-makan dan bagi hadiah pada Nuha. Nuha jaga baik-baik. Tapi mami kata boleh pakai Sabtu Ahad jer. Pergi school tak boleh. Tak dapat Nuha nak show-off dengan kawan-kawan yang Nuha ada rantai mami jarum tau!


No comments: