Tuesday, October 8, 2013

Behind The Scene

Phewwwwwwwwww kemain lagik behind the scene. Ini cerita masa nak ambil gambar untuk model kertu Wave Halfmoon Shawl tempoh hari.

Kemain lah payah nak ngambik gambar. Krew-krew belakang tabir langsung tidak mahu memberi kerjasama. Baik krew yang besor apatah lagi krew yang kenit tu. OMG. Stressed kak ton.

Itu belum lagi dengan bapak krew yang sama naik dengna krew-krew. Belum dan nak buat apa-apa dah snap. Belum siap pakai dah snap. Belum betulkan dah snap. Hoih stressed sangat ni.

Lepas tu konon nak pakai timer. Memang tak lahhhhhhhhhh!!!
Tak dan kamera tu nak snap dah ada tangan kecik muncul. Tak pun ada gempa bumi. Dah lah gambor macam orang parkinson yang ambik. Stressed lagik.

Dah lah model kertu asyik stressed jer bertambah kertu kak ton. Dah-dah kita kasik tidur semua krew baru kita start shooting.

Yang ini krew gila kamera. Hoih pantang tala kamera dekat model dia pun sibuk menyelit. Itu baru lepas kena marah, itu yang muka sentap tu. Tapi tetaplah nak menyelit jugak. Sentap pun sentaplah!

Ha! Tak stressed ko. Aku tengah terteleng-teleng betulkan duduk shawl tu dah snap. Kang kita membebel-bebel lagi banyak dia snap. Kang dah snap bila tengok blurrr jer. Lepas tu buat muka tak bersalah....oh kamera tak setting!!! Hoih kena carik krew lain lepas nih.


No comments: