Monday, August 5, 2013

Last Minute...Last Minute...

Selagi tak raya selagi itulah ada jer lagi yang tak settle. Ala-ala orang nak kahwin. Selagi tak kahwin selagi tu lah rasa persiapan tu belum siap lagi. Haish merungsingkan jer. Tapi untuk raya kali ni me and family memang ala kadar jer. Buat baju raya untuk raya pertama jer. OK tipu! Untuk saya sampai raya kedua. Acilah sebab buat baju kurung pun setahun sekali jer masa raya. Lepas tu lenjan baju tu untuk pergi kerja pergi kenduri kendara bagai. Nanti next year punya raya pulak kita buat baju baru.

Tapi untuk MR. Daddy dengan Irfan memang sepasang jer. MR. Daddy pakai baju sponsored sempena Maulidur Rasul awal tahun hari tu, Irfan buat sepasang baju Melayu. Hari-hari lain raya kita pakai jer baju yang memang dah ada tu. Tak payah nak riuh rendah sangat bertukar itu ini. Kuih raya pun tak beli. Sebab dah tahu memang tak beraya di rumah sendiri. Sebab raya memang akan pusing balik rumah BONDA both side then rumah NENDA also both side. Maka perbelanjaan raya adalah dikhususkan untuk atas jalan. Fengsan!

Now tinggal lagi 3 hari nak raya. Benda major belum buat adalah bayar zakat dan service kereta. Zakat memang setiap tahun akan bayar minggu terakhir macam sekarang ni. Insya-Allah minggu akan settlekan zakat. Itu kerja MR. Daddy. Tahun ni tambah lagi satu kepala, Nuha Syarafana. Korang? Dah settle zakat?

Then service kereta. Hari ni kot. Mujur service minor jer. Sebab sebelum puasa hari tu dah service major. Siap tukar tayar segala. Itu kerja MR. Daddy lah tu. Saya salah sebut atau MR. Daddy yang pura-pura salah dengar. Tapi saya saya undi MR. Daddy pura-pura salah dengar. Saya cakap tukar tayar tapi dibantainya tukar sport rim sekali. Katanya alang-alang dah tukar tayar nilah masa paling sesuai nak pasang sport rim terus. Dia pasang dulu baru bagitau maka walaupun vervulu kita tabahkan je lah hati.

Hari ni keluarkan budget ngam-ngam jer. Takut dibuatnya pura-pura salah dengar sekali lagi, fitam-bangun-balik 8 kali kak ton kang. So korang-korang pastikan condition kereta korang juga berada di tahap maksimum sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung. Ker korang dah balik kampung..?

No comments: