Tuesday, August 27, 2013

Bertemu dan Berpisah...

Adat manusia biasa...
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa...

Ini cerita transfer salah seorang officer di department saya. Officer ni services ni department kitorang ni dah masuk tahun ke tujuh hampir lapan. Kira lama lah juga. Polisi jabatan saya minimum tempoh berkhidmat di sesuatu deparment sebelum layak di transfer kan adalah tiga tahun. Lima tahun adalah maksimum. Makna kata selepas lima tahun duduk sedap dekat satu-satu department tu bersedialah untuk ditukarkan. MAcam officer ni dah tujuh tahun. Dah layak untuk transfer...kata orang atasan.

Maka dia telah menerima surat pertukaran keeeeeeeeeeeeeeeeeeee Kota Kinabalu sabah berkuatkuasa 2 September. Jauh???? Keputusan hakim adalah muktamad, sebarang bentuk rayuan tidak akan dilayan kecuali kematian. Itupun bukan batalkan transfer tapi tangguh transfer. Namun transfer tetap transfer. Kijam kah??? Tetapi itulah kenyataan. Habis kalau dah ada family semua macam mana? Bincanglah dengan husband/wife kau sendiri. Carilah jalan keluar yang terbaik untuk kau sendiri.

Kak Ton ni pun dah lima tahun dah duduk dekat department ni. Panas jugak dah vontot nih. Keluar jer surat transfer berdebor-debor. Tapi awal-awal dah warning dekat MR. Daddy and both BONDA. Kemungkinan itu (transfer) akan berlaku so selain meyakinkan diri sendiri ikut juga yakinkan mereka. Takut kang ada yang terkujat.

Jadi sempena perpisahan ini kitorang buatlah makan-makan untuk officer tu. Makan dekat restaurant jer. Seba kitorang sepuluh orang jer pun satu department. Tak kuasa eh nak cari-cari carter makan dekat office. Lagipun boringlah terperap dalam office ni. Tak ada pemandangan langsung. Asyiklah menghadap kapal torobang turun naik, boring ah!

So lets makan luar.
Makan di sini...Nasi Arab Marhaban Bikum. Sebelah dataran Nilai. Konsep restaurantnya adalah terbuka. Open air.

Yang akan pergi meninggalkan kami ke Kota Kinabalu...Cik Munirah Ariffin. The best officer ;) Teman gossip juga....

Barisan bos-bos. Left. Bos paling besar MR. Subramaniam. Right. Bos kecik Dr. Fariza. In between. Bos antara bos Pn. Norazura

Yang ikut meraikan.

Ucapan alu-aluan dari yang bakal pergi berhijrah

Cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Owh yang menyampaikan cenderahati tu pun dah tak berapa lama lagi nak services. Pencen option next year Januari. Tapi akan bercuti sebelum pencen sekitar oktober. Syok ooooooo. Eh tetiba rasa nak pencen option jugak lah. Layak tak saya puan KP. Kui kui kui

Santai lepas makan. Gambar ni ada cerita sebenarnya tapi historynya agak panjang jadi untuk korang hanya sebagai tatapan jelah ye. Tapi untuk officemate tajuk gambar ini adalah "on the go"

Kekenyangan lepas melantak. Masa order kemain sorang-sorang nya eksyen. Nak menu paling mahal paling banyak. Syaiton nirajim sungguh. Bila dah separuh makan memasing kembang kempis hidung nak menghabiskan. Senak ok perut.

Ini murtabak ayam. Kemain mintak nak yang besor sesajer. Katanya boleh makan 7-8 orang. Sekali datang sedulang ko saiznya. Ini bukan takat 7-8 orang. Ini 15 orang pun boleh makan. Dah lah besor, tebal. Terus rasa tak boleh nak bernafas. Penyudahnya tapau.

Interior...open air. Tak perasan pulak kalau ada tempat makannya yang berhawa dingin. Mungkin dekat atas. Sebab tempat ni dua tingkat. Betul-betul sebelah dataran Nilai.

Rasa makanan dekat sini? Susah nak explain. Sebab this is my first time try nasi arab. Tapi pada saya nasi arab ni nampak macam dah dimelayukan sikit. Maksudnya tajuk nasi arab tapi citarasa tu 40% citarasa Melayu. Macam kak ton yang perut tak berapa nak antarabangsa ni memang ok jer lah tapi kalau untuk korang yang nak pure rasa Arab rasaya kena pi cari kat tempat lain kot.

Buat Cik Munirah...selamat maju maja di tempat baru. Insya Allah tahun depan ada rezeki kak Ton datang melawat naaaaaaa. Agak-agak masa tu mesti you dah 5 kali panjat kinabalu kan.


4 comments:

ieyza azmiey said...

MUN!!!!!!!!!!!
dia pergi jugak ke B???
jauh tu KK!! ingat dia tolak transfer tu...
tak de da lah teman tepon saya gosip2 gelak2, takde da lah org yg kol nak pggl "adeyyy manissss" then diriku menjawab "ye kaka chanteeekkk"
sobsobsob... tetiba rasa sedih pulak...

sebab tatau memang dia kena transfer jugak ke sana, ingat boleh tolak...

harap2 tk lama... dia akan balik ke sini :'(

Unknown said...

Ieyza,
Take it or leave it. Take it...go. Leave it also go so???

Sabtu ni flight dia. Actually news spread 4-5months back cuma tak sangka jadi kenyataan. Nak buat macam mana...alasan diorang sebab dia masih bujang.

Me too hilang dah sorang teman gossip dan teman meluahkan kepanasan hati di sini. So u tunggulah kedatangan kitorang ke HQ bln 10 nnt. Jgn marah kalo u pulak jadik mangsa luahan hati dan perasan ai nnt ek.

ieyza azmiey said...

sedihlaaa..... tetiba rasa nak nanges...
nak mesej beliau la... nak buat ayat sedih2...

hahhaha... takpe ai sedia mendengarnya pon.... hihihi... sblm ni pon kita sempat bgandingan setahun kan

Unknown said...

Mesej lah wish her good luck. Kitorang cakap walaupun sedih ambillah positif. Perancangan Allah itu lebih hebat kan.

Mana tahu dua bulan dekat sana tetiba dapat kad jemputan makan nasi minyak :)