Monday, August 19, 2013

Kegilaan Telah Kembali

Since sebulan dua lepas kot dah berjaya asah balik kecintaan terhadap Korean Drama. Lama juga tinggal. Dalam setahun lebih macam tu ada. Since preggy kan Nuha, memang tolak tepi terus cerita-cerita drama Korea ni. Beza masa preggy kan Irfan. Makin naik hantu tengok drama Korea. Actually saya bukan setakat tengok Korean drama, Japanese, Taiwanese pun saya sapu rata jugak. Cuma untuk drama Jepun dengan Taiwan ni ku pilih pelakon. Ok racist di situ. Sebab drama Korea memang telah lama bertahta di hati.

Oleh kerana dah hampir setahun lebih tak tengok Korean Drama maka banyaklah drama yang perlu kita ulangkaji. Dari Januari 2012 sampai la. Ada jugak dua tiga drama yang dah settle tapi list to watch masih bersusun panjang. MR. Daddy cuma mampu geleng kepala. But since ada Nuha ni dekat rumah agak payah lah nak tonton. Maklumlah asyiklah nak kena kelebet dia. By the time dia dah tidur mata mak inchik pun dah tak larat nak buka.

Tapi demi kecintaan yang tidak bertepi ku gagahkan juga tengok seepisod dua. Cuma yang tak sukanya ending each episode tu mesti macam suspend macam kena tengok terus the next episode tu. Tak sukerrrrrrrrrr. Nanti jadi ralit...leka. Kerja lain tak jadi. So kalau nak tengok tu make sure akan settlekan semua kerja dulu baru boleh on lappy or tab untuk tonton. Otherwiseeeeeeeeeee forget it!

Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn kerana kecintaan ini juga telah menemukan coming soon Korean Drama yang awal-awal dah masuk dalam list to watch. 'The Heirs'. Drama ni akan ditayangakan (di Korea) mid October. So online di Malaysia maybe around end of October. Kalau tengok sinopsis macam ala-ala cerita Boys over Flowers, sebab cerita dia pasal kisah hidup dan percintaan budak sekolah tinggi dari kalangan anak-anak orang berada. Tapi mari harapkan kelainan. Antara pelakon yang terlibat....

1. Lee Min Ho - peminat fanatik sila bergembira.
Lee Min-Ho-p1.jpg

2. Park Shin Hye - yang ni ahkak minat... i loike
Park Shin-Hye-p2.jpg

3. Kang Min Hyuk
Tumblr l7r2ucW8W51qdtym0o1 400.jpg

4. Kim Woo Bin - first time tengok dia dalam A Gentleman's dignity. Dia kalau jadi anak orang kaya yang sombong rasanya memang menjadi.
Kim Woo-Bin-p1.jpg

5. Choi Jin Hyuk
Choi Jin-Hyuk-p2.jpg

6. Kang Ha Neul
Kang Ha-Neul-p1.jpg

Dan ramai lagi. Barisan pelakon utama ni adalah antara barisan pelakon yang mempunyai rating yang agak tinggi dikalangan peminat samada di Korea itu sendiri mahupun di luar Korea. So saya tunggu cerita ni keluar nak tengok. Hopefully ceritanya boleh layan...idak kang memang ku tonton first episode je lah jawabnya.

 

No comments: