Saturday, August 17, 2013

I Hear You Voice [KOREAN Drama]

Cerita ni baru habis tengok. Tengok pun sebab boring naik cuti raya tu tak ada orang dekat office. So sambil buat kerja layan kan cerita ni. Main klik jer berdasarkan comment orang. Then bila dah tengok dua tiga episod terus rasa macam nak kena tengok sampai habis. Korang kalau nak tengok drama Korea yang plot ceritanya lain sikit boleh layan cerita ni.

Title:
I Hear Your Voice


Synopsis:
Kisah tentang kepercayaan, kesetiaan, dendam, dan percintaan yang berlangsung selama sebelas tahun. Park Soo Ha yang mempunyai kelebihan membaca minda orang yang diperolehi setelah terlibat dengan kemalangan bersama ayahnya 11 tahun yang lepas. Jang Hye Sung, saksi yang melihat kemalangan tersebut telah tampil untuk membuktikan bahwa kemalangan tersebut bukan sekadar kemalangan biasa sebaliknya kemalangan yang dirancang untuk membunuh bapa kepada Park Soo Ha. Dan mahkamah itulah yang telah menemukan Park Soo Ha dan Jang Hye Sung. Walaupun takut tetapi Jang Hye Sung tetap memberikan kenyataannya dan Park Soo Ha telah berjanji akan melindungi Jang Hye Sung daripada ugutan Min Jook Gook.

Min Jook Gook orang yang telah merancang pembunuhan tersebut akhirnya disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. Kerana itu dia menyalahkan Jang Hye Sung dan menyimpan dendam terhadap gadis itu. Dia berjanji Jang Hye Sung akan dibunuh setelah dia dibebaskan dari penjara nanti.

Sepuluh tahun telah berlalu. Jang Hye Sung berjaya menjadi seorang peguam yang bermuka tembok, mulut tajam, berani dan selalu dituduh tidak beradab. Manakala Park Soo Ha membesar menjadi pelajar pintar. Dan dia berusaha untuk mencari Jang Hye Sung bagi melunaskan janjinya melindungi wanita itu daripada ancaman Min Jook Gook. Takdir telah menemukan mereka.

Adakah mereka akhirnya jatuh cinta? Berjayakan Min Jook Gook melangsaikan dendamnya?

Cast:
Lee Bo Young as Jang Hye Sung
- Kim So Hyun as Jang Hye Sung (young)
Lee Jong Suk as Park Soo Ha
- Goo Seung Hyun as Soo Ha (child)
Yoon Sang Hyun as Cha Kwan Woo
Lee Da Hee as Seo Do Yun
- Jung Min Ah as Do Yun (young)
Yoon Joo Sang as Shin Sang Duk
Kim Kwang Gyu as Kim Gong Sook
Choi Sung Joon as Choi Yoo Chang
Jung Dong Hwan as Seo Dae Suk
Choi Dae Sung as Yang (chief clerk)
Jung Woong In as Min Joon Gook

 

No comments: