Monday, August 26, 2013

Demam...

Dah dua hari. Hari ni terpaksa ambil Urgent Leave. Dia punya tak larat tu memang bukan main-main. Pagi Ahad tu terjaga around pukuk 3 pagi. Rasa "beng" semacam. Dok tersandar berfikir banyak kali recall pagi tu hari apa? Isninkah? Atau masih Ahad. Lost gila. Lepas tu rasa belakang berdenyut-denyut. Denyut yang macam berbisa tu. Perit tak ingat!

Then try baring balik. Telentang sakit, mengiring sakit, memang serba tak kena. Akhirnya terlelap juga. Bangun pagi kemain sejuk lagi rasa. Menggigil-gigil dibuatnya. MR. Daddy pegang dahi kata panas. Sah lah demam. Minum milo segelas langsung tidur balik. Anak-anak MR. Daddy incharge. Tak sedar apa dah. Tahu-tahu MR. Daddy kejut sebab Nuha nak menyusu. Nuha ni satu perangai dia kalo nampaklah bayang-bayang mami memang sekianlah dia nak menyusu botol. Mami juga yang dihadapnya.

Pagi Isnin masih tak larat. Kejut MR. Daddy pergi kerja. Sendiri masih tak larat. Baring jer. MR. Daddy pun akhirnya tak kerja juga. Takut tinggal bini sorang-sorang dekat rumah. Sebab semalam memang teruk gila. Dengan muntah macam orang mabuk mengandung. Tapi tak ai negatif ek. Waktu-waktu macam ni perkara positif adalah tidak diharapkan. Melepet atas katil sepanjang hari. Email, wassap, wechat, fb, tweeter semua bolayan. Termasuk yang dihantar oleh customer. Merajuk customer. Tapi apakan daya, memang tak larat.

Esok insya Allah akan ke pejabat seperti sediakala. Cuma tak pasti larat tak nak drive. Rasanya boleh kot. Semoga dipinjamkan lagi kekuatan. Dah lah ada kerja urgent. Dah jadi pending. Rasa bersalah giler.
Sehari sebelum kejadian merendek dengan manjers.




Thank you Qud's Collection sebab jadi follower

3 comments:

ieyza azmiey said...

yeayyy muka ada cerahh... kulit kusam suda tara???

teruskan teruskan, chaiyokkk chaiyokkk!!!

Unknown said...

Yeay..**chicken dance**
Ini pun hasil daripada kemalasan. Rajin kalo mesti lagi bersinar-sinar kan...

ieyza azmiey said...

teruskan la b, mesti flawless pasneh!
pastu leh la kasi ai testimoni uolls...!!